Friday 29 March 2013

Simptom


"Kau bila nak pinang aku?"
"Pinang? Tunggu lah dulu. Kan kita baru je habis belajar."
"Memang lah, aku tanya je. Bila?"
"Hmm, lepas aku habis sambung belajar. Boleh?"

*senyap*

"Hey, kau okay tak?"
"Aku? Okay je."
"Serius lah. Okay tak kalau kau tunggu aku habis belajar?"

*senyap*

"Aku anak sulung. Ada tiga lagi adik still sekolah."
"Aku tahu tu."
"Kau tak tau."

*senyap*

Aku pun tak tahu nak cakap apa. Bila dia tanya soalan macam tu, biasanya aku buat lawak bodoh, aku tukar topik, kadang-kadang aku cabut lari je terus. Bukan salah siapa-siapa. Betul kata dia, perempuan yang sulung ni kebanyakkannya akan kahwin awal. Tambah pulak, kalau umur perempuan tu lagi tua daripada kita.

Jadi, aku tak boleh nak salahkan dia. Aku bukan nak lambat-lambatkan masa. Cuma nak tentukan masa depan. Kalau boleh, biarlah ada tempat berteduh sebelum ribut petir turun.

Zaman sekarang, semua pun nak dilema. Dilema kahwin lambat lah, dilema kahwin awal lah. Itu lah, ini lah. Nak buat sesuatu tu bukan benda yang senang. Paling tak, bersedia. Bukan main taram je.

7 comments:

Anonymous said...

x semua laa anak sulong kahwin awal...

xallehrazax said...

Tak kata pun anak sulung kena kahwin awal.

Mikael Sahaja said...

Lagi mula pressure dia kalau umur perempuan lagi tua. Benar encik. Benar.

xallehrazax said...

Betul tu, saya sedang mengalaminya.

jane said...

100% macam situasi aku sekarang. cuma aku di side perempuan. aku stress sebab risau dengan umur yang makin meningkat. tapi aku faham dengan keadaan si lelaki. mahu paksa pun susah juga. tambah lagi bila tiada sokongan keluarga. terpaksa tahan hati.

xallehrazax said...

jane, kau relax je. ahahaha

Eppy Ismail said...

Dude. Aku anak sulung. mak tak kasi chance pon nak kawin selagi belom keje. Haram doe sebut2 kawin nih selagi belum habis diragging kat uni.