Friday, 29 March 2013

Ini Cuma Fiksyen Saya

Tak ramai yang kenal aku dekat luar, aku rasa lah. Jadi, entri pertama aku kali ini merupakan entri memperkenalkan diri sendiri kepada awak-awak semua. Terutama sekali kepada makwe-makwe yang masih lagi tak tidur. Yang masih mengharapkan pakwe-pakwe mereka buat panggilan telefon kepada mereka. Yang masih cemburu dengan kisah cinta pasangan-pasangan lain diluar sana. Atau, yang masih lagi belum kenal erti cinta mahupun cabaran sebenar dalam dunia ini.

Untuk siapa yang nak tahu dengan lebih lanjut pasal aku, aku syorkan korang semua klik link twitter aku pada akhir entri ni nanti. Dari situ,korang boleh lah kenal siapa aku. Aku paling selesa melepak dekat twitter sebab benda alah tu sangat simple dan banyak cerita aku boleh baca setiap hari. Cerita makwe kena sailang lah, cerita pakwe kantoi beromen dengan orang lain lah, cerita publisher buku indie bergaduh lah, cerita politik lah, macam-macam lagi. Twitter ni kadang-kadang jadi bahan untuk aku tulis blog aku.

Cinta,

Okay apa sebenarnya yang aku faham dengan cinta. Yang sebenarnya, aku sendiri pun masih tak faham apa kejadah tu cinta. Aku rasa semua orang pun tak faham, tapi acah-acah faham. Konon doktor cinta. Cinta ni sebenarnya meluas, dari sudut pandangan aku lah. Ia membawa maksud yang menyeluruh dari pelbagai aspek. Tak semestinya cinta je kau nak kaitkan dengan teman wanita/teman lelaki, valentine, cemburu, orang ketiga atau sailang-menyailang. Buka minda. Jangan jadi kolot. Ini sudah masuk 2013. Come on.

Bagi aku, cinta ni macam "kehidupan". Semua yang kau buat dalam dunia ni, semua berkait dengan cinta. Tak percaya sudah. Cuba kau perhati daripada kau kecik, sampai kau besar sekarang. Semua berkait dengan cinta. Apa sebab mak kau lahirkan kau? Sebab cinta mak dengan ayah kau. Apa sebab mak kau hantar kau pergi sekolah? Sebab nak kau pandai, jadi orang berguna. Itu cinta dik, cinta. Apa lagi? Apa sebab Najib kasi baucar buku dekat kau semua? Itu tanda cinta dia kepada kita. Eh?

Aku lebih selesa berkongsi cerita. Maksud "cerita" aku dekat sini, adalah kejadian yang aku nampak dalam hidup aku, depan mata aku, atau yang aku perhati dari jauh, lepas tu aku fiksyenkan dan aku jadikan cerita. Selama ni aku biasa menulis cerita yang tak masuk akal, contoh macam anak paderi bunuh mak dia sebab nak lari daripada syurga, kemudian aku tulis cerita tentang dunia yang nak kiamat tapi ada seorang lelaki ni datang selamatkan dunia, cerita manusia yang terperangkap didalam filem yang dia tengok sendiri.

Dalam kata lain, aku lebih selesa meng-fiksyen-kan kejadian. Itu pun dinamakan cinta, cinta aku terhadap fiksyen. Jangan cakap aku gila. Kau orang pun ada cinta masing-masing, jangan tipu. Apa yang korang suka buat bila bosan? Itupun cinta. Korang sendiri je yang tak perasan. Yang sebenarnya cinta tu ada dimana-mana. Bila dijaga dengan betul, baru dapat rasa lainnya. Kalau dibiarkan, dan diabaikan, pedih jugak yang korang rasa. Jadi, pandai-pandailah mendefinisikan cinta masing-masing.

Jangan ikut definisi cinta orang lain. Anggap ni macam peperiksaan, tak boleh meniru. Lepas tu ada cikgu garang bermisai depan mata kau sambil pegang rotan yang tebal nak mati. Dia tenung je kau jawab soalan definisi cinta tu. Apa korang nak jawab? Bila dah dapat jawapan, definisikan cinta korang dalam ruangan komen ya.

Yang banyak mengajar aku,
https://twitter.com/xallehrazax

No comments: