Berbalik persoalan kat atas, kenapa agaknya?
Jap. sebelum tu. Kau tak rasa ke dunia ni berat sebelah. Perempuan tak cantik sibuk cari pakwe dikata terdesak. Terhegeh-hegeh. Yang lelaki tak hensem duk menggagau cari makwe tak menyempat-nyempat tu orang tak ambik kesah sangat. Kenapa? Sebab dia lelaki.
Fine. Sambug balik isu tadi.
Biasalah, alasan paling klise menjelang era pengakhiran dunia ni katanya perempuan kena fight sebab lelaki makin pupus. Alasan yang buat para jejans rasa diri diorang tu acah-acah mahal dan eksklusif. Jadah apa entah nak banggakan. Kaum kau nak pupus kau tahu. Jangan nak canang sangat. Tapi, alasan tu dah lapuk lagi lekang. La ni dekat Malaysia lelaki lagi ramai dari perempuan dengan nisbah 106:100. Tu diaaaa fakta aku bagi.
Walaupun para imam lagi ramai dari makmum bak kata para hijabster, hakikatnya perempuan yang kurang nak cantik ni masih kena fight untuk dapat pasangan. Sebab saingan boleh tahan sengit kat luar sana. Manusia terutama lelaki ni pesen suka nengok benda yang cantik lagi indah. Yang tak berapa nak bertuah ni kena lah usaha lebih sikit untuk membuatkan diorang ni layak bertanding. Ya lah bak hang, saingan semua muka pan-asian, kacuk entah berapa banyak darah sampai diri sendiri pun confused. Kau yang tak berkacuk, pure Malay, kalau kacuk pun dengan darah Minang takpun Jawa, nak duduk diam je tunggu anak raja datang meminang? Nan hado lah cerita dia.
Lelaki pun kekadang tak adil jugak, bagi perhatian dekat yang cun je. Kalau jumpa sekumpulan gadis, nak hai yang cantik je. Kalau barat sikit siap salam peluk bagai. Tak ramah pun tetiba jadi pandai bercakap. Yang rate 5/10 semua buat tak nampak je, hai pun tidak. Kalau ada yang baik sikit pun setakat senyum je. Kemain mendongak ke langit memasing kalau nak berkenalan cari awek. Situasi ni buat perempuan kurang nak flawless ni rasa terpinggir dan tercabar mungkin. Aku percaya diorang pun mesti nak rasa dapat perhatian macam tu. Kalau ikut hati diorang agaknye nak je tarik sideburn sengsorang biar sedar diri sikit. Macam muka hensem sangat nak cari yang hot.
Disebabkan perasaan insecure ni lah buat perempuan (aku sebut perempuan je lah. Sakit pulak hati kita nak ulang kurang cantik tu banyak kali) ambik langkah drastik untuk dapatkan pasangan. Tak salah sebenarnya nak berusaha, cuma kekadang tu tak kena dengan cara. Semua yang kau lakukan tu buatkan kau nampak terdesak.
Aku kena ada bf. Biar aku tak nampak loser.
Apa ke teruk kau ni? Jauh sangat dah kau menyimpang.
Keadaan sekeliling buat golongan kurang nak cantik ni rasa terdesak. Aku bet kalau takde benda pressure diorang, mesti diorang goyang kaki je menikmati duniawi yang sementara ni. Tapi mustahil kau tak hadapi tekanan terutama dari luar. Golongan makcik suka bertanya soal kahwin tu tak kan pupus, golongan bercinta tak kan habis, umur kau tak kan menurun. Dan kau sendiri terutamanya, tak kan kau tak stress tengok member semua kepit arjuna sambil mengilai yang konon manja sedangkan kau kepit handbag? Makanya, kau akan terus tertekan dan membawa ke tahap terdesak.
Pressure tu bagus jugak sebenarnya. Tapi bukan dalam soal jodoh sebab itu berkaitan masa depan kau. Masa depan yang terlalu panjang. Kau bukan nak hidup sehari dua dengan dia, bukan setakat dapat satu anak lepastu pisah. Aku pasti kau mesti nak hubungan yang boleh kekal sampai akhir hayat yang kalau diizinkan sampai ke syurga.
Jodoh tu seeloknya biar datang dengan sendiri. Sebab Tuhan tu tahu bila masa paling sesuai untuk kau jadi isteri. Dan kau jugak kena tahu, cantik tu subjektif. Yang putih tak semestinya cantik, yang hitam tak semestinya buruk, yang gemuk tak semestinya hodoh, yang kurus tak semestinya menawan. Apa kau lupa yang manusia itu adalah ciptaan Tuhan yang paling indah?
4 comments:
tepat sekali!!! cantik itu subjektif
betul2..suka entry pasai ni :)
Ermm... betullah cakap awak... tapi saya tak tau saya ni terdesak ke ape... sbb saya cuma luahkan perasaan saya pada dy ja... tp dy kata sy mcm desprate gila nak dy... malu weyh...hahaha... last sekali, aku assume perempuan tak lawa mmg susah nak ada org suka... so aku nak move on and teruskan hidup sebagai andartu... kalau suka, hanya mampu simpan dalam hati...
Jenis aku plak nak carik yang tak lawa je .pelik kan? ..haha
Post a Comment