Thursday 28 March 2013

ORANG KETIGA

Dulu orang kata kalau keluar berdating, jangan keluar berdua. Nanti akan wujud ‘orang ketiga’. Syaitan lah tu kan. Tapi sekarang ni terms orang ketiga dah masuk pada era baru. Orang ketiga itu bukan syaitan yang betul-betul syaitan yang ada tanduk merah tu, tapi syaitan yang bertopengkan manusia (ini dalam nada marah). Dan ia lebih merujuk kepada pemusnah hubungan bagi yang bercouple, berkahwin. Dia lebih kurang macam terminator lah. Pantang nampak bahagia orang lain, habis semua nak dimusnahkan. Dan korang-korang yang sedang in relationship tu jejaga. Orang ketiga ni dia wujud di setiap sudut, di setiap masa, di setiap gerak langkah korang-korang tu. But how nak menjaga dan mengelak hubungan korang itu dari dilanda ombak oleh orang ketiga? Hurmmmm….. 

1)      Jangan terlalu selesa dalam perhubungan

FIZIKAL
Bila kita berada dalam suatu perhubungan yang agak lama bertahan, kita selalu akan meletakkan diri dalam zon selesa. Ya, ini satu kesalahan paling besar. Katakan tidak pada zon selesa. Zon selesa tu yang macam mana? Dulu masa di awal  perkenalan; kemain lagi wangi sebatu, cantik berseri-seri, kemas pakaian siap berkasut, baju colar bagai. Bila dah lama sangat dan dah kompem kau untukku dan aku untukmu, mulalah dengan perangai; mandi sehari sekali, kuku potong ikut sempat, selipar tu lah ke tandas, selipar yang itu jugaklah bawak gi dating. T-shirt yang sama dok pakai seminggu 2,3 kali. Yang perempuan pulak, masa awal kenal kemain kurus ala-ala model Victoria Secret. Bila dah lama sangat dan bahagia bagai di alam syurga, mulalah tak sedar diri badan tu macam dipam-pam serupa itu kuih apom. Memanglah kalau dah bercinta, setiap buruk perlu diterima dengan hati terbuka. Tapi kalau masa memula jumpa kau serupa orang tapi makin hari makin bertukar jadi orang utan, sape yang nak tahan kan?

MENTAL
Awal-awal dulu kau punya bahasa bukan main baik, sopan dan sedap didengar. Tak pernahlah nak tinggikan suara, semua apa yang diperkatakan angguk tanda setuju. Tak pernah nak menolak. Iakan saja setiap permintaan. Sekarang kau berdua bercakap pun dah serupa langsi. Bila bergaduh, habis satu blok boleh dengar suara engkorang. Tipulah kalau dalam bercinta tak pernah gaduh kan. Tapi dulu bila bergaduh, lima minit kemudian dah ade adegan pujuk memujuk. Sekarang korang dah bergaduh serupa itu mahu cipta satu lagi perang dunia. Sebab dah terlalu selesa, dalam bergaduh bukan main engkau carutkan aku dan aku carutkan engkau.  Sebab tahu nanti akan berdamai semula. Tapi sampai bila?

2)      Sentiasa ambil tahu

Jadilah busy body sikit ke partner awak tu. Janganlah dibiar dia ke sana ke sini tanpa tak ketahuan mana perginya. Bukanlah nak bersikap mengongkong atau menyibuk dalam setiap pergerakan. Tapi atleast ambil tahu. Mana perginya, dengan siapa dia keluar, pukul berapa nak sampai rumah semula. Sentiasa buat walaupun hubungan engkorang dah cecah 5,6 tahun. Why? Itu untuk menunjukkan yang kita kisah akan perihal dia. Sentiasa ingin dia berada dalam keadaan selamat. Bukan pada awalan korang buat macam tu, bila dah lama-lama mulalah nak buat perangai, lantak kaulah nak pergi mana pun. Bila partner start nak makan luar, masa tu kau nak menyanyi sambil menangis pun orang dah tak hirau.

3)      Sentiasa ada kejutan

Amboi, kejutan macam mane tu? Kejutan beritahu si dia yang ada orang nak masuk meminang? Tapak kakilah jawabnya nanti. Kejutan yang dimaksudkan kat sini lebih kurang macam korang kenalah sentiasa ada sesuatu yang surprise walaupun bukan pada hari ulang tahun atau birthday saja. Kadang-kadang kejutan ni tak memerlukan duit pun. Unless kalau korang tu dah memang kaya sangat. Nak hadiahkan bunga dan coklat tetiap hari. Sekadar puisi yang diselit di merata pun dah cukup okay. Amalkan selalu buat sesuatu yang surprise supaya hubungan yang panjang tidak akan menjadi hambar. Hehari cakap rindu pun tak guna juga kalau rindu yang dilafaz tu dah takde fungsi kan. Jangan jadikan sesuatu itu sebagai rutin. Kebosanan akhirnya nanti.

4)      Jadilah diri sendiri, jangan berubah

Memula dia kenal kau sebagai Emma Maembong tetiba satu hari kau berubah menjadi Abby Abadi. Awalannya aku kenal kau sebagai Ustaz Azhar Idrus dan tetiba satu hari kau berubah menjadi Hugh Hefner. Satu masalah lagi tu. Memang manusia akan berubah tapi janganlah secara mengejut. Dan kalau kau rasa kau mahukan hubungan yang panjang dengan si dia, berubahlah secara sedikit demi sedikit. Biar seiring dan sekata dengan si dia. Berubah ke arah kebaikan tak salah tapi jangan memaksa untuk dia juga perlaku benda yang sama seperti kau. Mungkin seru kau sampai awal dan mungkin seru si dia sampai masa dah nak ajal nanti. Mana kita tahu kan. Itu semua kuasa Tuhan. Dan jika berubah ke arah keburukan, kau jangan terikut-ikut. Jadi diri sendiri. Kita dah dikurniakan dengan akal, maka fikirkanlah mana baik dan buruk. Kita hidup sebagai melengkapi. Itulah gunanya berpasangan. Saling mengingatkan satu sama lain.

 
Banyak lagi cara yang boleh dilaku demi menjaga dan mengelak dari kejadian wujudnya orang ketiga. Itu terpulang pada bagaimana cara korang nak hadap setiap masalah. Tapi kan aku ada sedikit kemusykilan. Bersalahkah orang ketiga itu? Apa orang ketiga itu hanya layak untuk dimaki hamunkan saja kah? Kewujudan orang ketiga itu adakah benar-benar merosakkan perhubungan atau sebenarnya orang ketiga itulah punca untuk merubah segalanya? Kebanyakkan orang hanya memandang yang negatif pada watak orang ketiga. Tapi kalau kita perhatikan secara mendalam, orang ketiga hanyalah satu watak kecil yang hanya wujud demi nak menguji sedalam mana cintamu. Okey, kalau korang nak cakap yang orang ketiga lagi banyak memusnahkan perhubungan, cuba pandang balik pada punca kejadian. Pasti akan patah balik ke diri sendiri. Jangan mudah menuding jari pada si orang ketiga. Kaji diri semula. Mana silap dan kurangnya. Jika hubungan kau runtuh disebabkan orang ketiga, redha dan jangan mendoakan yang karma akan kembali menampar pada orang ketiga itu. Bertenang. Hiduplah seperti biasa. Dan perbaiki diri. Sekurang-kurangnya watak orang ketiga menyedarkan kau dari mimpi indah dan menjadi pengajaran pada kemudian hari. Dan jika dalam setiap perhubungan yang seterusnya sentiasa ada orang ketiga, aku rasa lebih baik kau bertafakur. Mesti ada something wrong somewhere  tentang korang ni. Perihal engkau terlalu baik hingga sentiasa wujud orang ketiga itu hanya berlaku dalam drama atau movie. Dalam kehidupan realiti, nan hado. Sekali lagi kaji diri, perbaiki akhlak. Sejarah hanya akan sentiasa berulang bila kau sendiri masih seperti yang lama. Itu sahaja.

“Cinta kita kukuh, tegap dan bertahan lama. Tiada ombak mahupun badai yang berani menghampiri. Hingga suatu hari wujud  kebosanan dalam hidup. Dan masa itu si dia datang tanpa dipinta.” SD


2 comments:

Mikael Sahaja said...

Ada sesetengah gadis yang anggap mengambil tahu tu mengokong. Walhal, orang sayangkan dia. Acane?

Unknown said...

Yang penting macam mana cara kita. Dont push. Perempuan ni lembut. Cakap elok2 pasti akan diterima.