Wednesday 27 March 2013

You Are Worth It.




You deserve someone better. Bukan orang macam saya yang awak patut ada.

Fuck you!

Ke kau nak cakap,

Aku boleh dapat lagi baik dari kau. So, senang cite kau cari lah lain.

Sial.

Aku tak pernah cakap dekat ex-bf aku atau orang yang aku reject macam tu. Entah. Maybe sebab aku rasa, dia pun tak lah baik mana, so tak payah nak acah-acah konon boleh dapat lagi baik dari aku. Tapi bukan lah bermakna aku ni dah cukup baik sampai kau tak kan dapat lebih dari aku. Tak. Sumpah bukan. Aku ni pun boleh tahan jahat jugak perangainya. Kira seri lah.

Ayat boleh dapat lagi baik lah, apa lah ni semua klise. Kau fikir balik, kalau memang dia boleh dapat lagi baik, kenapa dia still pilih kau. Kenapa dia still nak stick dengan kau sedangkan berderet kat luar tu yang kau cakap lagi better dari kau. Kau pernah fikir tak? Aku tak rasa dia bodoh, dan aku tak rasa dia buta sampai tak sedar wujudnya manusia lain yang lebih hensem, baik, kaya, cun dan hot dari kau.

Bila dia ada pilihan yang lagi baik dari kau yang Gred A, tapi dia still pilih kau yang Gred B or Gred C, rasanya kau dah boleh nampak apa yang dia sebenarnya nak. Dia tahu apa yang dia cari. Tak payah tunggu kau cakap, dia boleh cari sendiri. Isunya, dia tak nak yang lagi baik tu. Dia nak kau. Ada sesuatu yang dia nampak kat diri kau yang kau sendiri pun tak tahu apa yang dia berkenan sangat.

Kalau nak ikutkan, takde siapa yang sempurna dalam dunia ni. Macam aku sendiri, aku tak sempurna mana pun. Makanya aku pun tak mencari seseorang yang sempurna. Cukup sekadar aku selesa dengan dia. Dalam hubungan tu kan saling melengkapi. Kalau aku sempurna, tak payah lah aku cari pasangan. Dah semua aku ada. Kalau aku nak cari yang sempurna pulak sah sah sampai kiamat pun memang tak dapat lah cerita dia. Jadi, takde isu aku tak sempurna untuk kau dan kau tak layak untuk aku.

Orang keliling pun kekadang mulut kemain boleh tahan jugak. Cakap tak pandang kiri kanan. Ikut sedap mulut. Suka hati nak jatuh hukum orang ni tak sesuai dengan orang tu. Orang ni boleh dapat lagi lebih dari orang tu. Kau punya pasangan tu elok sangat ke? Kira kau dengan pasangan kau tu dah habis ngam lah match dia sampai cakap orang lain tu tak layak untuk each other? Ptuih!

Tuhan tu Maha Adil. Dia ciptakan manusia secara berpasangan. Kau lack in something, macam tu jugak dia lack in something. But both of you still can meet at some point. Orang boleh cakap apa pun dekat kau. Tolak tuah, tak realistik, cinta buta. Aku cakap dengan kau, persetankan je semua tu. Diorang yang pandang tu tak tahu apa yang ada dalam hati kau. Diorang tak tahu apa yang kau rasa. Kau biar je. Penat kang berhentilah tu.

Jadi, terus tenang dan jangan ulang ayat celaka tu lagi.

3 comments:

szumika sakni said...

tu la yg sy alami skrg...asyik keluar ayat suruh cari laki lain...tp hati sy still nk kat dia even ada orang yg nak ngan sy...delima...sy pn xtw nk buat cm mna hnya brdoa memohon ptjuk je....suka entry ni :)

Mikael Sahaja said...

Kadang2, mungkin dia nasihat berdasarkan apa yang dia nampak bukan pada apa yang kita nampak. Atau mungkin dia jeles sebab bukan tangan dia yang pegang tangan kita. Sibuk je.

Faqrul Zaidi said...

Ayat cliche. Hr ji keluar ayat mcm tu esok dh berderet laki lain kau layan. Rasa laki kau chat tu mcm gatal ckp lucah xterjaga perangai. Baru kau nk cari balak kau balik. Alih2 kau gmamp kan balak kau. Go to hell then. Bengang betul aku.