Friday, 1 March 2013

Janji Manis Kita


“Nothing is sweeter than the togetherness we share.” Kata J.Co kepada pelanggannya. Sweet sangat ayat dia kan. Dan kita yang memang mudah-mudah termakan akan kata-kata manis ni pun, setiap harilah nak pergi menghadap J.Co. Terpujuk akan kata manis. Terpedaya akan janji manis. Dan kesimpulan, terjatuh pada segala benda yang manis lah. Hujung bulan bila buat pemeriksaan darah, Öh my! Kandungan gula tinggi dalam darah. Sipi lagi nak kena darah manis.” Itulah kita yang mudah termakan akan kata-kata manis. (Oh, plis. Jangan banned J.Co. That’s my favourite doughnut.)

Itu hanyalah perumpamaan. Yang mahu dibicara di sini adalah kata-kata manis.  Siapa yang tak suka mendengar kata-kata manis. Janji indah yang ditabur mengaburi mata. Pujuk rayu yang membawa kita jauh dalam tak sedar. Tanpa kita dapat menilai akan kesan baik dan buruknya. Dan kebiasaan mangsa untuk kata-kata manis ini tak lain dan tak bukan pastilah perempuan-perempuan di luar sana. Oh, perempuan. Mudahnya kamu terpedaya akan bicara indah secara melulu. Dan adakah perlu kita salahkan lelaki yang sentiasa menabur kata manis? Tidak bersalahkah mereka yang bernama perempuan itu? Dan mungkinkah pada waktu ini, perempuan lebih hebat bermain janji manis. Dan lelaki pula mudah tertewas? Jadi, dimana salahnya? Lelaki atau perempuan? Atau kata-kata manis itu sendiri?

Lelaki, please take note. Hati perempuan sangat lemah. Bukan salah mereka untuk cepat hanyut akan kata-kata manis kamu. Diciptakan kamu lelaki untuk menabur cinta yang panjang, bukan membawa mereka hanya untuk singgah di ranjang. Hebat sangatkah kamu mahu menunjuk hero. Membukti bahawa kamu berjaya menjadikan perempuan sebagai senarai panjang yang pernah kamu telanjangkan. Sejauh mana mahu dibawa kehebatan itu? Bila dikatakan “Life start at 40”, makanya itu menjadikan kamu angkuh untuk bermain kata, bermain mata malah bermain lebih dari cinta. Kamu mahu memilih perempuan yang indah, yang suci untuk diperisterikan. Tapi pernahkah kamu terfikir, jika ada 100 manusia yang mahu menunjuk hero seperti kamu, adakah di masa kamu berumur 40, masih ada lagikah perempuan yang seperti kamu idamkan itu layak di dalam senarai calon isteri kamu? Lelaki oh lelaki.

Perempuan, sila buka mata. Janganlah diberi alasan akan hati kamu yang lemah itu. Tergoda dek ucap kata. Rayuan indah di depan mata. Perlukah kamu berperwatakan seakan-akan anak kecil. Yang senang disogok dengan gula-gula lalu mudah memberi izin untuk dipegang merata. Mana ego kamu? Mana maruah kamu? Betapa yakin pun kamu akan kata-kata manis itu, perlukah diserah segala benda manis pada diri kamu? Peganglah pada pembuatan tapai. Diperam elok di dalam bekas untuk menjamin akan tahap kemanisannya. Tapi jangan diperam terlalu lama. Menjadi tapai yang masam pula nantinya. Ikut lah pada kesesuaian kamu. Perempuan di luar semuanya bijak, tapi selalu sengaja membiarkan hati untuk menghalalkan setiap perbuatan. Simpanlah kemanisan kamu untuk dinikmati bersama dengan orang yang tepat dan pada masa yang sesuai.

Adakah kata-kata manis itu menjadi satu kesalahan? Sebenarnya, ia menjadi satu medium untuk membuka hati. Membuka akal fikiran. Jangan terlalu mudah meluah kata manis, namun juga jangan terlalu cepat untuk menghadam setiap kata-kata itu. Tak salah kata-kata manis itu dibalas dengan senyuman. Mungkin ia suatu kata-kata yang jujur. Tapisilah dengan akal. Adakala bicara manis juga menghiris kalbu. Kehidupan yang mendatang semakin hari semakin mencabar. Cabar diri untuk sentiasa membenarkan akal untuk mengadili. Bukan diadili setiap keputusan itu setelah segala kata-kata manis dihadam sepenuhya.

"Äwak manis, memang sangat manis. Kemanisan awak memabukkan saya. Tapi ada dengan baiknya kemanisan awak itu sentiasa kekal manisnya sehingga ke syurga." SD


No comments: