“Come on. Realistic sikit please”
Cinta tu kan buta. Perasaan itu memang diturunkan satu dari sembilan puluh sembilan bahagian atas muka bumi tu dengan sifat tak realistic. Hanya perasaan tu sahaja yang real.
Beritahu aku berapa banyak manusia jadi bodoh atas dunia dek kerana cinta. Aku salah satunya. Dan kau tak terkecuali. Kita sama-sama pernah rasa duduk di tempat masing-masing. Jadi jangan cakap aku buta kalau kau jugak pernah tuli. Berhenti tanya kenapa nak jadi bodoh kalau kau sendiri pernah ada sikap bodoh. Setiap sebab yang aku beri tak jauh lari dengan alasan yang kau pernah bagi. Sayang.
Panggil aku indenial, sikit tak bergerak. Sepanjang hidup kau merasa cinta, apa tak pernah sekali kau duduk dalam situasi cuba menafi yang sesuatu yang pasti? Berharap juga pada yang tak pasti?
Cinta tu tak cuma datang dalam bentuk yang membahagiakan. Dah dijanjikan Tuhan yang baik itu pasti punya sisi buruk. Sama ada kau, aku, mahupun perasaan yang tak dilihat itu. Kita semua pernah memperjudi hati demi rasa yang tak pasti sejauh mana akan kekal. Bermain cinta yang tak tahu sekuat mana. Membina sejuta harapan yang entah lama mana akan bertahan. Masih kita mahu berjalan atas takdir ciptaan kita yang entah membawa ke arah mana.
Setiap kali kita mempertaruh janji yang tak pasti, setiap kali jugak risiko menanti. Risiko yang kita tahu setiap satu daripadanya bakal membunuh. Aku telan setiap madu yang aku terima, aku hadam setiap racun yang aku dapat. Biasalah, pepatah omputih ada kata ‘if you can’t handle me at my worst, you don’t deserve me at my best’. Dengan rela hati kita terima apa ada nya.
Macam mana kita mencuba untuk pasak kaki atas dasar perasaan yang kita cuba jaga, macam tu jugak kuatnya kita diuji. Dan aku masih bertahan ditempat asal sedangkan kau sudah mengalah. Entah, mungkin ini yang orang kata cinta pelarian.
Orang kata masa dan ruang itu mampu mengubah segala. Kadang bila kau terlalu cinta, kau lupa untuk memberi sedikit jarak antara kau dan dia. Sedar dalam tidak, sama ada kau atau dia akan mati dalam pegangan erat yang kau dan dia genggam. Atau kadang ruang tanpa niat kau beri membuka pada jalan lain yang memakan diri sendiri. Entah kau yang silap langkah, atau dia yang salah langkah. Ah, setiap haluan ada hitam dan putihnya. Takpe, berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang dia minta. Mungkin yang buruk boleh jadi baik. Siapa tahu?
Kalau lah semudah meniup angin lalu membiar segala macam rasa hilang, aku rela hidup seribu tahun lagi. Sebab sakitnya hari ini tak ubah seperti di seksa seribu tahun.
1 comment:
Takpe berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang dia minta. ;)
Post a Comment