Lama sungguh menyepi. Membawa diri ke arah satu fasa kehidupan yang lain. Jauh meninggalkan dunia pengkhianatan yang maha kejam. Melarikan diri dari dunia yang penuh dengan diam dan diterjah dengan kebenaran yang telah diduga. Sakit? Mungkin kalau mati itu boleh dirasai, mungkin ia boleh dibandingkan dengan rasa sakit yang dikhianati. Mungkin. Pernahkah merasa mati?
Kadang-kadang kita tak sedar kita terlalu meletakkan percaya pada satu bahu yang kita sayang. Kadang-kadang dalam kita menilai orang itu naif sebenarnya kita yang terlalu naif. Kadang-kadang kita terlalu ralit menjunjung mereka yang kita percaya sehingga meminggirkan orang yang sepatutnya di tempat yang betul. Kadang-kadang (terutamanya perempuan) hanya bergantung pada satu bahu untuk meluah segala bahagia dan derita demi melepaskan segala rasa sesak di dada. Berbaloikah? Bukankah sepatutnya memang begitu. Cerita dalam kelambu takkan mahu dihebah serata dunia? Mahu apa? Ditonton ramai untuk dipuji ketika bahagia dan dikeji ketika derita? Dan begitulah jadinya hanya satu bahu yang diperlukan. Hanya satu bahu.
Tapi apa kesudahannya jika satu bahu yang ditatang itu membawa bersama pengkhianatan dalam diam? Kau mampu untuk membayangkan? Adakah segala penjelasan yang dikhabarkan cukup untuk meredakan segala setelah soalan bertubi yang berulang kali ditanya hanya dijawab sepi? Perlukah penjelasan panjang lebar diceritera walhal nasi sudah menjadi bubur? Di mana pendirian kau wahai bahu yang dijunjung? Di manakah kasih sayang yang dihambur telah engkau campakkan wahai bahu yang disayang? Perlukah jujur yang dibentangkan engkau cukur-cukurkan wahai bahu?
Bila orang cakap 'People changed', aku dengan senang hati nak menaikkan jari hantu dan menunjukkan tepat ke arah muka manusia tu. Yup, that's right. Ingin betul aku nak buat macam tu. Macam akan ada rasa satu bentuk kepuasan yang maha puas sangat-sangat. Kalau manusia berubah dari segi fizikal tu kira logiklah jugak. Itu tolak ketepi. "Sometimes it's not the people change, it's the mask that falls off." Dan kita namakan ia sebagai hipokrit. Manusia hipokrit yang keliru tentang perasaan sendiri. Manusia ego yang menyangkal pada benda yang dia sendiri tahu dia rapuh. Manusia pengkhianat. Dan manusia durjana dalam senarai manusia pengkhianat level paling tertinggi adalah kawan baik sendiri yang memegang watak tersebut. Okay, sekarang kau cuba bayangkan pulak macam mana perasaannya. You got it?
Apa bentuk hukuman yang mampu kau berikan pada mereka-mereka ini? Kata nista? Caci maki? Sumpah seranah? Bakar rumah atau kereta diorang? Hehhh.... nothing. Kau fikir mereka kisah? Buang masa kau je. Tapi sebagai manusia normal kau memang akan lalui fasa meroyan. Dan fasa meroyan paling normal sebulan ke dua bulan. Itu je. Kalau masih kau meroyan dalam bulan ketiga dan keempat, aku rasa ada lebih baik kau fight for your right. Sebab ternyata kau belum move on. Dan nanti dalam fasa fight for your right kau akan sedar samada itu satu perkara yang berbaloi atau tidak. Believe me, you can feel it.
Melarikan diri bukanlah bererti satu kekalahan atau kita yang salah. Kadang bila kau penat memandu kau akan bagi signal ke kiri dan perlahan-lahan menuju ke RnR atau lepak ke bahu jalan. Berhenti seketika. Take a break. Inhale and exhale. Minum air kejap. Cari gula-gula, makan. Berehatlah. Berehatlah dari peperangan yang timbul. Berehatlah dari persengketaan yang boleh membawa mungkin luka yang makin parah. Berehatlah sebelum kau mati sebelum waktunya. Berehatlah dan kembalilah semula sebagai manusia yang baru. Mungkin sudah sampai masanya kau juga perlu menanggalkan topeng di muka.
"Sabar dan percaya ceritanya untuk kita. Let go of your steering. Kasi chan Tuhan drive." SD
No comments:
Post a Comment