Wednesday, 13 August 2014

Jual Mahal

Hello! Biasa shopping dekat PS tak? Hahhhhh, PS? Kat mana tu? Petaling Street. Ala, yang jual semua barangan immitation jeeee tu. Macam aku ni masuk PS tu empat tahun sekali jek. Bila tibanya WorldCup. Sebagai makwe yang tengok bola empat tahun sekali rasanya lebih afdhal lah kalau cari jersey bola kat situ. Kannnn. 

Okay, bukan nak cerita pasal shopping punya hal kat sini. Tapi siapa yang biasa pergi PS mesti akan kenal akan satu scene ni. Bila kita nak membeli satu barang tu, akan ada satu scene kita panggil tawar menawar. Memula kita bukak harga. Sebagai contoh sepasang kasut yang dijual tokey kedai jual dengan harga RM100. Kita yang bajet bagus macam tau sangat berapa harga kos kasut tu terus pangkah nak beli dengan harga RM60. 

"Aiyaaa, mana boleh makan itu harga. Wa punya komisen pun tak lepas itu macam. Up sikitlah. Wa  kasi lu harga RM90."

"Kalau lu tak bagi RM60, saya taknaklah. Kasut macam tu mana boleh jual RM90. Takpelah, saya cari tempat lain."

Dalam kita nak blah dari kedai tokey kedekut nak bagi harga RM60 tu tetiba pulak dia jerit cakap nak turunkan harga lagi. Tapi tak capai lagi target kita. Kita blah jauh sikit lagi dia menjerit-jerit lagi turunkan harga dan last yang kita dengar dia cakap, "Freelah, free. Wa bagi lu free lah. Angkat kasut ni!!" Okay, kalau dah sampai scene macam tu, aku nasihatkan kau blah laju-laju sikit. Tokey kedai tu dah mengamuklah kau dah bukak harga tapi tak jadi beli barang dia. Hehhhh. Siapa suruh jual mahal.

JUAL MAHAL dan DISKAUN LAST MINUTE. Itu yang aku nak cakap sebenarnya. Aku syak sebenarnya ramai perempuan kena cop jual mahal bila ada segerombolan lelaki yang lepak-lepak tepi jalan lepastu swiiitt-swiitt kat engkorang macam bunyi cencorot tu. Bila yang perempuan tak layan, mesti diorang akan cakap, "Eleh, jual mahal konon." Paling teruk aku pernah kena, "Jual mahal lah kau. Jadi andartu baru tau." Celaka betei! Aku kalau jumpa balik budak yang cakap tu memang senang-senang je aku nak tampar mulut dia lepastu cakap, "Apahal mulut kau masin sangat???" Kakakakakkakaaka.

Salahkah seorang perempuan itu jual mahal? Entah, bagi aku tak salah tapi kena kenal pasti mahal mana yang dijual tu. Dan aku pun rasa lelaki lagi suka perempuan yang jual mahal. Sebab scene nak mendapatkan barang yang mahal tu lagi menyeronokkan dari beli barang longgok. Macam jinak-jinak merpati, mahu dipegang akan lari. Orang kata lagi adventure. Barulah boleh dibawak cerita ke anak cucu nanti. Amboihhh, jauh sangat berangan. 

Perempuan kalau nak jual mahal boleh, memang aku galakkan. Tapi satu yang aku pesan, teguhkan pendirian kau tu. Faham apa maksud jual mahal dulu. Tahu apa tujuan kau nak jual mahal. Yang paling penting, set your benchmark. Apa yang kau mahu sebenarnya. Dan apa yang kau boleh tawarkan. Barulah ada kredit dan debit. Kalau kau sendiri pun takde benda untuk ditawarkan semula, macam mana nak jual mahal ye dok? 

Kes jual mahal yang akhirnya menjadi diberi diskaun ni pun banyak jugak sebenarnya. Memula kemaen kau jual mahal bila orang tu beriya-iya nakkan ke ngko. Bila orang tu dah start nak blah, mula lah kau nak kelam kabut kan. Kes macam ni terjadi sebab kau takde pendirian dan kau sebenarnya tak dapat nak kenal pasti perasaan sendiri. Mungkin juga ada sedikit rasa 'over confident'. Kalau kau sendiri kenal harga diri sendiri, kenapa perlu risau bila pembeli tak jadi nak beli? Kenapa perlu kau pula nak bagi 'diskaun' bila nampak pembeli nak lari? Atau pun aku rasa dalam kes ni, kau cuma acah-acah jual mahal. Bila orang nak blah kau mula menggelabah. Hey, payah ni. Payah. Dan akhirnya bila keadaan tiba-tiba jadi genting macam ni, percayalah akan jadi macam-macam hal lagi. Mungkin dalam memberi diskaun, ada banyak lagi 'benda lain' yang dah terberi. Membelinya belum tentu, tapi yang dah diberi diskaun tetap telah diberi. Takut kan? 

Jadinya dalam kes jual mahal, tak semua perempuan boleh hayati watak untuk menjual mahal. Perlukan ketetapan hati yang kuat. Perlukan rasa tabah yang jitu. Dan cara nak menjual pun bukan boleh pada sebarangan orang.  Bukan kejap kau rasa nak yang itu, nak yang ada ciri-ciri macam ni. Tapi esok lusa, kau punya pilihan berubah. Itu yang namanya kau takde pendirian. Set your target, confirm your choice. Lepastu kau nak jual mahal sampai 30k masa orang nak memasuk meminang, lantak ngko lah. Kalau kau rasa harga itu layak untuk kau, teruskan. 

"Dia menjual hanya untuk dibeli seorang itu sahaja. Namun yang seorang itu galak sangat membeli pada yang lain.Tinggallah si dia masih menunggu untuk dibeli dari yang satu itu." SD

No comments: