Honestly, aku happy dapat jadi sebahagian daripada komuniti Terfaktab. Aku mula sebagai pengikut pada 2010, peminat, pekerja booth dan finally part of this. KT1 cover lama tu aku simpan lagi kot. Pada aku, ianya bukan sekadar satu komuniti penulisan. Its more than that. Brotherhood, family, its about orang yang kita boleh harapkan tika kita jatuh ke pelusuk kekejaman dunia paling bawah. Fuh.
It really is.
Dan sebagai entri pengenalan, aku nak bagi pandangan aku sendiri pasal relationship. Pada aku, relationship bukan berasaskan rasa sayang semata. Bukan juga willingness nak berkorban semua benda demi kebahagian si dia. Definisi relationship yang paling true, dan yang aku pegang selama ni ialah rasa tanggungjawab. Responsibility.
Kau bertanggungjawab terhadap perasaan dia pada kau. Semua action atau perbuatan kau sama ada baik atau buruk akan bagi impak pada perasaan dia dekat kau. Kenapa aku pegang benda ni? Mudah. Bagi aku tak wujud istilah salah seorang mendominasi perhubungan. Keduanya sama penting, keduanya patut main peranan dan paling penting, keduanya perlu bertanggungjawab.
Kalau kau bertanggungjawab, ending dia cantik lah nanti. Kalau kau buat keras je taknak bertanggungjawb terhadap hubungan, sendiri mau ingat. Ini bukan soal tanggungjawab sebab dah terlanjur ke apa ke. Yang itu kita cerita lain okay. Kakaka. Tapi ini yang aku selalu pesan pada diri sendiri.
Dugaan perhubungan tu datang dalam macam-macam bentuk dan cara. Dengan sikit rasa tanggungjawab, aku rasa paling tidak kita mampu buat keputusan terbaik dalam relationship.
Akhir kata, ini cuma pandangan personal aku kalau orang tanya definition of relationship. Setakat ini dulu. Kita jumpa dalam entri lain. Yang ni pendek sangat pasal aku takde idea dah ni. Tenenenene
Kisses, -SA
1 comment:
Tanggunjawab ni sama dengan komitmen tak? Atau komitmen ni termasuk dalam cabang bertanggungjawab? Hmm.
Post a Comment