Wednesday, 22 January 2014

Had Cinta

“Aku tak boleh hidup tanpa dia”

Belum kemana dah tahu tak boleh.

Nak lupakan orang yang pernah kau sayang tu memang tak mudah. Susah. Tapi kalau tak cuba mana kau nak tahu.

Macam mana untuk kau jatuh sayang kat seseorang tu perlukan masa, macamtu jugak untuk lupakan dia, jugak perlukan masa. Bagi diri kau masa dan ruang.

Aku dulu pernah jugak ada dalam fasa macam nyawa tu kena tarik sama bila orang yang aku sayang pergi. Kalau saat tu kau tanya aku, Ya Tuhan, level jasad tanpa jiwa. Kosong. Setiap hari meratap pilu. Tak reti jemu. Macam mana seronoknya terbang tinggi masa bercinta sakan, macam tu jugak lah dia punya sakit terduduk kat tanah bila hilang orang yang kau sayang. Nak ubat hati tu dah macam takde penawar. Macam penghabis hayat dah. Esok nak mati.

Tapi aku lupa, masih ada remedi untuk sakit yang satu ni. Masa. Ruang.

Kalau harini kau kata kau tak kan penat merindu, tunggu lama sikit. Kalau harini kau tak kan berhenti mencinta dia, tunggu nanti. Kalau harini kau kata sayang kau pada dia tak kan pernah mati, tunggu kemudian hari.

Rindu tu akan pergi.
Cinta tu akan mati.
Sayang tu akan hilang.
Dengan izin Tuhan.

Kalau tak seminggu, mungkin sebulan, atau setahun, boleh jadi lagi lama. Takpe. Bagi masa kat diri sendiri. Masa kita untuk pulih mungkin berbeza. Sebab tahap perasaan kita pun tak sama. Tuhan tu pun tak kejam nak bagi kau rasa macam gampang untuk selamanya. Melainkan kau sendiri yang tak membenarkan dan terus membiarkan kau hidup dalam kancah penuh kesialan. Kalau harini sakit, esok akan pulih. Sabar.



Kau takkan tahu yang kau boleh hidup tanpa dia sampai lah kau duduk dalam situasi tu. Sama ada secara paksa atau rela. Semua berkaitan masa dan usaha. Ada seorang tua pernah cakap,

Jaga cinta dan sayang tu. Letak keutamaan cinta tu pada kedudukan yang sepatutnya. Mana yang dulu, mana yang kemudian. Jangan terlalu kejar yang atas tanah sampai lupa apa yang ada dekat atas sana. 

Sentap.

Manusia memang mudah lupa. Terutama soal cinta. Bahagia tu sangat melekakan. Sedih tu jugak melalaikan. Baik bahagia mahupun sedih, dua-dua boleh buat manusia hanyut dalam mainan perasaan. Bahagia sampai nampak syurga semata. Sedih sampai nak campak diri dalam neraka.

Meletakkan dia pada satu kedudukan istimewa tu mungkin betul, tapi meletakkan dia teratas seolah mengagungkan tu salah. Dia mungkin sebahagian dari kau, tapi dia bukan pemegang nafas, bukan pengalir darah, bukan penggerak jantung. Kau masih boleh hidup tanpa dia. Berhentilah rasa yang dia segalanya. Dia manusia, kau juga manusia. Dia masih punya keluarga, kau jugak punya keluarga yang mana itu sebenarnya jauh lebih penting untuk buat kau berdiri tegak atas muka bumi.

Jangan terlalu cintakan dia sehingga kau lupa untuk cintakan insan yang bawak kau ke atas dunia sampai kau mampu merasa cinta.
Jangan terlalu cintakan hamba-Nya sehingga kau lupa pada pencipta manusia yang kau sedang cinta.

Melepaskan cinta sesama tu takkan buat kau mati. Buktinya, berapa ramai manusia yang masih bernafas atas kurniaan oksigen dari Tuhan selepas hilang cinta yang dulunya dikata sebahagian dari nyawa. Salah seorangnya, aku.

7 comments:

Umairah 'Aqilah said...

feel it now. :(

Unknown said...

Powerrrr

Bukan Bidadari Awak ;) said...

salah seorangnya - aku

perlu masa. ruang . betul apa yang kau tulis effa. aku ambik masa 5 tahun yang perit untuk let go. mungkin sebab dia pakwe first aku.

dan sekarang aku bahagia. sebab aku dapat rasa Tuhan ada plan lain untuk aku dan dia :)

izah said...

Allah plans better :')

Zura...ItuAku... said...

sedih..tapi apa2 pun kena hadapi.Allah punya perancangan terbaik buat kita.

bintangmalam said...

deep..nice entry!

SHAFIKA AMIN said...

Setuju.