Di pengakhiran tahun 2013, aku berada dalam satu fasa di mana aku rasa nak mengalah dalam semua benda. Aku jadi lemah, dan aku rasa tak larat dah nak berjalan, apatah lagi nak berlari atau pun mengejar. Tak kisah la pasal pelajaran, makan atau minum, nak pergi tandas pun aku rasa penat. Tak penat ke rasa nak berak hari-hari? Jemu nak kena bukak seluar dan meneran. Lagi la kalau kita bukak soal bercinta. Bulan Disember adalah bulan yang paling depressing. Aku rasa nak lari dan terjun dalam lubang sedalam enam kaki sambil bawak selimut dan bantal.
Aku hanya nak rest in peace. Serious.
Jadi kononnya aku pun berkata dengan megah, mungkin aku tak perlu keluar dan meraikan tahun baru kali ini. Tak, meraikan dalam konteks ini bukan lah pergi party ke apa, cuma tahun sebelumnya aku suka keluar dan travel ke satu tempat di mana aku boleh duduk dan fikir balik apa yang aku buat dalam satu tahun. Itu definisi meraikan bagi aku. Muhasabah, dan lihat kembali kesemua benda yang aku capai. Aku dah siap berbungkus dengan dua selimut, minum secawan milo dan bersiap-siap untuk tidur seawal jam 1 petang.
Entah macam mana, Tuhan takdirkan aku bangun pada pukul 4 petang dengan satu azam yang tiba sehari lebih awal. Aku buka kedua-dua mata dengan perasaan yang panik. Aku tiba-tiba jadi takut. Aku mula terasa yang tahun 2013 makin menghilang, dan aku fikir, what's the point of sleeping? What's the point of giving up? Sudah hampir genap 21 tahun aku cuba nak hidup walaupun kena berebut sedut oksigen dengan berbilion lagi manusia dalam dunia. Kenapa aku kena mengalah sekarang?
Dengan pantas aku bersiap dan keluar dari rumah. Aku bayangkan dalam kepala, macam mana kalau hidup ni ibarat satu lagu yang panjangnya hanya 365 hari, dan hari ini adalah yang terakhir. Kalau dulu, mungkin tujuan aku keluar adalah untuk have fun, untuk kenal rakan-rakan baru, untuk make new relationships. Tapi kali ini, aku hanya mahu menghabiskan 24 jam yang terakhir tahun ini dengan orang yang aku anggap meaningful.
Mungkin orang yang lebih tua akan cakap, ah engkau ni muda lagi, baru je 21 tahun. Rileks dan masih perlu enjoy, jumpa orang-orang baru and make connections. Bagi aku ini ridiculous. Mungkin nasib kau baik, masih lagi boleh hidup sampai umur kau yang sekarang, tapi tak semestinya aku pun akan dapat umur yang panjang macam kau. Aku mungkin ada dua tiga tahun je lagi untuk hidup, dan sebenarnya dalam konteks tersebut, aku sudah dikira tua. Sudah di penghujung usia.
Sebab tu aku berterima kasih dengan Tuhan kerana mengejutkan aku pada pukul 4, 31 Disember 2013. Kerana masa tu, sebaik sahaja aku melangkah keluar dari rumah, aku dah tahu dengan siapa aku nak jumpa. Dengan siapa aku nak beri hadiah masa terakhir aku tahun ini. Mungkin jika keputusan aku berbeza pada masa itu, aku akan kenal ramai orang, mungkin aku akan ada lagi ramai followers baru di Twitter dan senarai nombor telefon yang lebih panjang. But who needs it when you already know the worth of certain people that you already have in your life?
Dalam banyak banyak benda yang aku belajar tahun lepas, yang paling penting aku rasa adalah masa dan prioriti. Banyak hubungan yang gagal mungkin kerana mereka lihat ah, masih lagi panjang perjalanan yang mereka harus tempuhi, lantas rasa penat dan rasa lelah mula datang. Mereka lupa why they started the journey at the first place. Ramai yang lupa, we have to appreciate what we have now rather than seeking and chasing something that is uncertain.
Mungkin boyfriend kau yang sekarang ni takde lah handsome mana, mungkin dia tak adalah kaya mana. Jadi kau lepas kan dia, sebab kau fikir untuk cari yang lebih baik, yang lebih handsome dan mampu untuk belanja kau makan kat Tony Roma's. Mungkin kau pun sudah penat mahu berusaha untuk memenangi hati orang yang kau sayang, sebab dia asyik berdolak-dalik dan nampak macam tak sayang kau pun. Jadi kau mahu berhenti berusaha.
But really, who the hell cares about them? Biarlah dia tak handsome, tak kaya, tapi kalau dia sayang kau, dia layan kau dengan baik, then what's wrong with that? Kalau kau cantik, nanti kahwin pun mungkin genetik kau lebih kuat maka anak anak korang pun akan jadi comel. Kalau kau hodoh, haa itu memang aku rasa nak hempas je cermin kat muka kau, dah sedar hodoh pastu nak buang boyfriend sebab hodoh. Patut single jadi andartu je kau ni.
Biarlah orang yang kau sayang tu tak sayang kau balik pun, just be there for him. Ramai jatuh cinta dengan expectation kalau kita suka orang tu, dia kena suka kita balik. Wajib kena suka kita balik! Gila ke apa kau ni. Kalau betul kau sayang, biarlah dia kalau nak jadi kawan je sekalipun. Hormat perasaan dia, dan dia pun akan hormat perasaan kita. Dunia akan jadi satu tempat yang lebih baik kalau semua hidup dengan adab dan jangan biadap, jangan nak pentingkan diri sendiri. Kalau rasa tak tahan nak hadap dan be professional, dah pergi seret bontot sana dan mohon move on.
Sebenarnya, tepat pukul 12 malam, 1 Januari 2014, bertemankan sorakan orang ramai dan bunga api yang tak berapa nak cantik di langit gelap, aku berdiri seorang. Dan aku tahu apa yang aku perlu untuk terus hidup adalah diri aku sendiri. Tapi sebenarnya, selang dua tiga minit lepas tu, aku pandang ke kanan dan aku nampak juga dia yang aku rasa penting. Penting buat masa sekarang, masa hadapan siapa yang tahu. Tapi mungkin aku tak sempat nak hidup sampai masa hadapan, so who cares anyway?
I just want to live the moment and cherish everything, before it's too late.
With my own favourite people and priorities.
1 comment:
tq zaffe...entry ni buat aku realize satu benda...thankz a lot... =))
Post a Comment