Hai readers Terfaktab Zine. Masing-masing dah ada kat kampung ke? Baju raya dah siap? Kuih raya berapa balang tahun ni? Kuih raya buat atau main kuih Harry Potter jek? Sampul duit raya semua dah berisi ke atau hanya sekadar sampul kosong? Yang nak balik beraya kat kampung tu, rumah jangan lupa kunci bagi kemas. Pesan pada jiran tetangga untuk tengok-tengokkan rumah sepanjang bercuti raya nanti. Owh, masa ni lah baru nak kenal jiran kan. Manalah tahu jiran rupanya ada anak bujang / anak dara yang selama ni tak terperasankan. Nak kira dah terlepas peluang ke atau balik raya nanti dah boleh mula nak tegur-tegur jiran tetangga?
Sebab sekarang pun semua dah mood2 raya. Kira kalau nak bercerita pasal hubungan, kisah hati, rabak etc memang dipandang sepi jerklah. Cuba kalau bukak topik baju raya designer mana yang kau beli tahun ni, mahu sampai esok subuh pun tak habis lagi.
Masih lagi beraya bersama orang tersayang yang sama dengan yang tahun sudah? Ke tahun ni korang beraya dengan pakwe / makwe baru? Class kau Jah kalau tetiap tahun bertukar partner. Seronoklah dapat tayang pakwe / makwe ke sepupu sepapat yang lain. Barulah ada standard, orang tak pandang kau losers sangat. Yerklah dedulu time kecik-kecik, kaulah yang paling selekeh. Dah besar ni, haaaa. Tetiap tahun ada partner baru. Kau suke kan?
Ke ada yang tahun ni kali pertama beraya dengan status single? Ala, kesiannya. Padan muke, siapa suruh breakup bila dah nak dekat raya ni. Tak pasal-pasal tak dapat duit raya / kad raye dari pakwe / makwe. Orang lain seronok makan lauk raya sampai ada sikit lagi nak serupa lembu, kau kenyanglah makan tangisan di pagi raya. Sekarang ni kau nak marah aku ke sebab cakap padan muke ke kau? Rileks brader. Aku cakap cenggini pun hati ada sikit pedih jugak. Sikit jerklah tapinya.
Menjelang Hari Raya ni dah sinonim orang semua akan mula bersalaman meminta maaf atas segala keterlanjuran yang pernah terjadi. Agak-agak korang, nak tak ex-ex korang datang minta maaf atau nak tak korang maafkan ex-ex korang? Kalau tak dimaafkan mesti akan ade ayat klise macam; "Sedang nabi pun maafkan ummat...." Lepas tu kau rasa serba salah, lepastu maafkan. Padahal dalam hati tak ikhlas dan masih simpan dendam. Ada ke yang macam tu? Eleh, jangan tipulah, mesti ade tu....
Okaylah, aku nak sambung shopping raya. Apa kau ingat orang single tak boleh beraya sakan macam orang lain ke? HELLO. Single lagi seronok hokeh. Tak payah sesak kepala nak pikir tahun ni nak bagi apa ke dia. Hiks. Okaylah, kepada semua pembaca Terfaktab Zine aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
"Duit raya? Pi mintak kat Aqram. Aku takde bonus tahun ni. Kekekekeke." SD
1 comment:
selamat hari raya :D
Post a Comment