"A man who treats his woman like a princess is a proof that he has been raised by a queen."
- Wiz Khalifa
Sehina-hina seorang perempuan, aku tak rasa dia patut kena pukul dengan lelaki. Sedap mulut panggil perempuan whore, bitch, sundal, kau tu takde telur ke nak pukul perempuan? Mak cik aku pernah pesan, kalau boyfriend pernah pukul, janganlah kahwin dengan dia. Perempuan, perlu dibelai, perlu dijaga. Kalau buat salah, bimbing. Pukul sampai lebam, akan buat perempuan tu takut dengan kau je.
Okay maaf, ter-emo. Seriously dude, you gotta know how to treat a woman. Selain jangan pukul perempuan..
1. "I love you"
Ada jenis lelaki yang ada girlfriend tapi payah betul nak cakap I love you. Ye tau la more than words, action speaks louder than words tapi perempuan nak la jugak dengar I love you, so that dia rasa secure sikit. Takde lah setiap malam tertanya kau sayang dia ke tak. Kalau malu, you can always be romantic. Bagi la kad ke, lukis ke. Be creative.
2. Fokus
Masa sekolah dulu, cikgu English korang ajar tak beza hear & listen? Senang cerita, listen is when you pay attention and hear is when you are aware of the sounds coming through your ear but you are not paying attention. Perempuan (atau mungkin aku je) tak suka ulang benda yang sama banyak kali. Semalam dah pesan, harini nak kena cakap lagi, esok ulang lagi. Cuba bila perempuan cakap, dengar betul-betul. Kalau tak dengar, memang lah kitorang bebel.
3. Jaga mulut
Perempuan ni kan hati lembut. Kalau marah, tolong lah jangan keluar ayat hina caci maki ugut ungkit dari zaman tok kaduk. We fall for words, so kalau ayat manis boleh cairkan kitorang tak mustahil ayat kurang ajar mulut kau tu boleh buat kitorang tawar hati nak dekat kau. Don't blame us.
4. Menunggu
Jangan buat perempuan tunggu kau please? Ajak jumpa pukul 3, tapi pukul 5 tak sampai lagi. Amboihhh. Rupanya kau tidur. Amboihhh.
5. Keluarga
Kalau girlfriend kau gaduh dengan bapak dia ke kan, kau jangan mengada nak kutuk bapak dia. Kau siapa? Jangan hina family/keturunan girlfriend kau. Ni patut no 1 sebenarnya tapi aku malas nak edit letak atas. Ni paling penting woi. Jangan cakap apa-apa yang buruk pasal family girlfriend kau. Tau la nak kahwin dengan girlfriend kau, bukan bapak dia. Tapi dari baby, kau ke yang jaga tanggung makan minum girlfriend kau? Eleh, keluar dating pun girlfriend keluar duit.
Okay lima je la kasi. Banyak lagi sebenarnya tapi common sense la. Jangan kritik, jangan selalu nak menang, make her feel special, yada yada. Sempena kempen 'Love your woman, Defend your country', cuba kita sama-sama hayati, boleh?
3 comments:
6. kalau dah perempuan, memanglah mengada, Biar je dia nak mengada-ngada tu.
weh nombor 4 weh nombor 4.part menunggu lps tu bila kita emo diorg plak maki hamun.oi semua org xsuka menunggu ok?
betol..laki patut treat pompuan tu elok2..kalau laki tu nak kawin dgn laki jugak, lain cerita la... tak pyh buat semua ni..
Post a Comment