Monday, 24 February 2014

Let It Go

  'Cause love comes slow and it goes so fast

Kau build up perasaan kau sikit, sikit, sikit macam menabung sepuluh sen sehari sampai satu hari tabung kau dah ada RM100. Bayangkan, kau perlukan 1000 hari nak dapat RM100 tu tapi tak sampai sehari dah lesap dah RM100 tu sebab kau dah spend  macam tu je. Samalah dengan perasaan yang serupa bodoh ni, penat je kau kumpul perasaan kau bertahun-tahun tapi kelakarnya tiba-tiba je perasaan tu dah lesap.

Tapi, kau keras kepala. Deep deep inside kau tahu, kau dah tak rasa apa untuk dia tapi kau taknak let go jugak perasaan kau tu. Kenapa? Kenapa?! Sebab yang kau taknak let go tu sebenarnya usaha kau menabung perasaan kau tu. Sikit-sikit sampai dah jadi bukit tapi hilang macam tu je. Sedih tapi kau tak boleh nak let go, kau still cling on dengan harapan duit/perasaan kau tu akan muncul balik sebab sumpah penat gila nak kumpul takkanlah hilang macam tu je?

Fikir balik apa benda yang kau taknak let go tu. Betul ke kau still ada simpanan perasaan atau pun kau cuma berpegang kepada usaha menyimpan perasaan kau tu? Tapi tulah aku faham sebab line yang divide, yang ada border tu nipis sangat kadang-kadang kau sendiri tak sedar apa sebenarnya yang kau taknak let go tu. Macam Ted dengan Robin, sampai 13 jam before Robin nak kahwin pun Ted kalau boleh taknak let go.

Aku rasa semua orang mesti pernah ada 'Robin' diorang sendiri, someone yang habis mati pun kau taknak let go sebab kau sumpah rasa yang Robin kau tu the one dan tak mungkin, tak boleh, tak akan ada yang lain. Tapi hakikatnya bukan Robin yang end up dengan Ted walaupun Ted dah spend 8 tahun hung up dengan Robin. Jadi, bagi aku, let golah Robin kau tu supaya kau boleh jumpa the one yang sebenar-benarnya dan bukan the one yang kau sangka.


2 comments:

Mikael Sahaja said...

Cerita HIMYM tu memang terkesan betul dekat aku. Terutama episod ni.

n. ain nadirah bukhri said...

Tulah episod 'Sunrise' ni memang power gila nasib baik tak nangis masa tengok.