Tuesday, 4 March 2014

Kekasihku Artis

Bercinta dengan orang yang dikenali ramai bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi bila orang itu adalah artis. Sebut saja nama dia, siapa yang tak kenal. Memanglah seronok. "Weyh, pakwe aku artis, kau hado?" Tapi seronoknya sampai dekat situ jerklah. Sebab hubungan kau itu tak boleh diketahui umum. Kau kena simpan sendiri. Tak boleh sesuka hati nak show off sana sini. Demi nak menjaga air muka, demi nak menjaga prestasi dia sebagai artis. Dan sebenarnya demi nak menjaga hubungan pertama pakwe kau tu. Iye, dia dah berpunya sebelum dia ketemu engkau. Hurmmm.

Macam mana kau boleh teruskan hubungan bilamana kau tahu yang dia sudah berpunya? Kau tak takut ke dituduh sebagai perampas? Kau giler ke nanti kalau paparazi cari dan serbu kau untuk dapatkan cerita panas korang? Bersedia ke kau? Ke kau tak kisah? Sebab dia artis, so kau pun nak tumpang popular dia jugak? Macam tu ke? 

Gila popular ke aku? Kalau ikut zodiak, aku adalah pesen manusia yang low profile. Kalau boleh nak hidup dalam rumah jek. Taknak jumpa orang. Owh, mungkin dengan alasan itulah 'artis' itu pilih aku untuk menjadi teman hubungan sulit yang tak diketahui umum. Sebab dia tahu yang aku tak suka akan publisiti dan aku boleh menjaga rahsia kami berdua. Apa yang terjalin antara kami? Cinta rahsia.

Berapa lama ye kami dah berhubungan secara sulit macam ni? Hurm, dah menjangkau dua tahun. Atau lebih. Kalau nak dikatakan ada orang yang boleh smell fishy pasal kami, memang takkan dapat cari bukti. Sebab kami masing-masing cuba menjaga bahagian masing-masing. Jahat ke buat benda macam ni? Adakah untuk ada rasa cinta dalam hati itu sudah dikatakan perkara jahat? Kejam ke kami? Sebab menipu orang sekeliling? Adakah untuk menikmati bahagia seperti orang yang lain adalah sesuatu yang kejam? Artis atau pun tidak, dia tetap manusia biasa. Apatah lagi aku.

Sebenarnya untuk bercinta dengan artis bukanlah satu impian. Malah tak terdetik langsung dalam akal fikiran. Tolaklah perkara dia itu artis. Dia pun insan biasa. Yang punya hati. Mungkin hati yang besar sebab mampu untuk punya ruang  mencintai dua insan dalam satu masa. Aku tak salahkan dia dalam hal itu. Mungkin dah ditakdirkan dia untuk menjaga dua hati. Mungkin memang dia dilahirkan untuk punya tanggungjawab seberat ini. Tak mudah untuk dia. Aku faham. Walau berat mana aku rasa untuk sembunyikan hal antara kami berdua, payah lagi bagi dia. Untuk sembunyi rasa. Untuk sentiasa meyakinkan aku bahawa aku sentiasa bertakhta di hatinya. Untuk sentiasa mengelakkan aku dari sentiasa timbul rasa cemburu untuk setiap cerita tentangnya yang terpampang di dada akhbar.

"U, next week U tak payah beli paper tau. Hurm tak payah tengok internet sangatlah. U bizikan. Lepas next week takpe." 

Dia memang bersungguh menjaga hatiku. Sengaja diberi amaran awal. Padahal aku tahu. Memang cerita tentang dia sedang hangat dihebohkan sekarang ni. Tentang dia dan hubungan pertamanya. Dan sedikit sebanyak tentang cerita panas dia dan kawan-kawan artis yang lain. Sampai begitu sekali dia nak menjaga hati aku. Macam mana untuk aku tidak semakin sayang? Sebab aku tahu dia ikhlas. Cuma keadaan dirinya yang tak membenarkan kami untuk bebas menyuarakan keadaan kami.

Setelah setiap hujan yang turun dihadiahkan dengan pelangi yang indah, akhirnya tiba juga suatu masa hujan akan turun tanpa berhenti lalu menjadi bah. Dan begitulah juga dengan hubungan kami. Setelah banyak ranjau yang dah dilalui, setelah banyak perkara yang berjaya disembunyi, setelah banyak kali hati telah disakiti akhirnya kami rebah. Rebah kerana muncul pelbagai watak baru yang menghentam dari kiri dan kanan. Muncul satu keadaan yang menjatuhkan kami dari dalam. Pasrah. Redha. Aku terpaksa berundur sebelum keadaan menjadi semakin buruk. Sebelum ada paparazi yang dapat menghidu keadaan kami. Sebelum pasangan pertamanya tahu akan kewujudan aku. Aku terpaksa walau tanpa rela. Sakit? Sudah hampir separuh mati. Penat? Terlalu penat sampaikan untuk mati pun dah tak larat.

Aku pergi tanpa kerelaan diri dan mungkin tanpa kerelaan dia. Sebenarnya perkara untuk menjadi yang kedua terlalu rumit. Terlalu sulit. Tidak mustahil untuk kau menjayakan hubungan sulit semacam ini, tapi kau perlu menggunakan sepenuh kudrat. Perlukan jiwa yang besar, hati yang tabah. Untuk butakan mata, pekakkan telinga. Kalau yang itu pun kau tak mampu, tak payahlah berangan.

"Hubungan cinta sulit seperti ini macam makan aiskrim di petang yang panas terik. Your favorite ice cream. Kau sayang nak habiskan laju-laju tapi terpaksa untuk makan laju-laju sebelum cair dibuat dek terik mentari." SD

No comments: