Wednesday, 17 September 2014

#1 Post-Break Up, Don'ts : Kutuk Ex

Orang selalu kata, ‘Tengah sayang, itulah yang ditatang. Hilang sayang, semua pun melayang’. 

Masa bercinta semua manis, semua baik. Puji amboi kemain tinggi. Takde salah, semua betul. Tapi adat bercinta biasalah ye dak, kadang tak sampai hujung. Jodoh tak panjang agaknya. Lepas break up, pap! Twist 360 degree. Semua benda keluar. Dari yang dulu sebaik manusia, sekarang dia hentam sampai ke tanah serupa orang tu tak pernah ada sisi baik. Entah dia lupa jalan cerita dulu, atau dia yang lupa diri. 

Kutuk Ex-bf/gf selepas break up is a BIG NO wahai anak-anak. Why?

Kau tak rasa macam kutuk diri sendiri ke? Dia pernah jadi sebahagian dari hidup kau. Pilihan kau. Pernah sayang, pernah cinta. Bila kau mengata dia sama macam kau cakap diri sendiri. Bila kau kata dia tak guna. Kau sayang orang tak guna ke selama ni? Atau sebahagian dari hati dan diri kau selama ini adalah tak guna? Mungkin jugak kau ada taste yang teruk sebab suka orang tak guna. Magaaddd.

Kalau kau nak kata ‘sebab aku dah sedar dia tak guna lah aku cari baru’. Mampu senyum sinis je lah aku kalau dengar sebab permainan ayat tu akan terus berlangsung kalau kau break dengan pasangan kau yang seterusnya dan yang seterusnya lagi. On and on and on. 

Bila kau seronok sangat menghebahkan sesuatu yang buruk tentang ex kau, tanpa kau sedar sebenarnya kau jugak dah bukak jalan untuk orang keliling nampak kelemahan bukan setakat hubungan, malah diri kau sendiri. Depan kau mungkin orang akan gelakkan ex kau, belakang kau mungkin orang akan make fun kau pulak. Who knows? Sebab kadang kita memang akan rasa kita betul, tapi rupanya ada jugak salah kita yang kita tak perasan. So, beware. 

Tak tahu orang lain cemana, tapi orang kutuk ex kita depan muka ni dia punya makan dalam boleh tahan pergi jauh dari orang mengata diri kita sendiri. Exactly bukan sebab still ada perasaan. Tapi entah. Bila aku tengok member kutuk member pasal ex dia, ‘Kau lah bodoh pergi pilih orang macamtu’ sampai member tu duk terkulat-kulat tak tahu nak balas apa. Aku yang tengok dalam hati duk berketik ke yang bercakap tu ‘Hang tau dak, hang ni cilake?’

Ada setengah orang fikir, dulu ada benda yang perlu dijaga dan dirahsia buruknya hubungan atau pasangan dari umum sebab dia masih ada dalam hubungan tu sendiri. Putus je, dah boleh lepas semua memandangkan pihak yang satu lagi bukan siapa-siapa lagi dekat dia. Dari buruk yang dulu dinafi, sekarang dibuka dengan rela hati tanpa sekelumit rasa bersalah dihati.


Kawan, itu prinsip yang salah. 

Tak semua benda perlu dirungkai. Sama ada jahatnya dia atau silapnya engkau, biarkan simpan kekal diam. Tak perlu dijaja. Macam mana kau jaga masa bersama, macam tu jugak sepatutnya kau jaga sesudah tiada. Boleh bercerita, tapi tidak semua. Kena ada limit yang sangat rigid masa bercerita. Dan tujuan pun bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Sebab kadang orang dengar bukan sebab betul-betul kisah, tapi sekadar nak tahu. Seronok mengambil tahu. Dan cerita engkau menjadi rencah bicara hasil sesudah tahu.

Macam mana kau mula dengan cara yang baik, macam tu jugak kau kena sudahkan dengan cara yang baik. Dunia ni tak besar mana. Esok lusa entah macam mana bertembung muka.

Dalam membina hidup baru, kau perlu biarkan yang lalu kekal berlalu. Yang sedia tahu, biar sekadar itu. Dan yang tidak tahu, biarkan diam membisu. Cukup kau dan dia sahaja tahu apa sebenarnya berlaku yang semua orang tak tahu. 

Monday, 15 September 2014

Stay.

Hai. Asyik cakap pasal sedih, pasal patah hati, pasal nak move on, pasal curang lah. kali ni saya nak bagi penyelesaian kepada awak-awak yang tengah bahagia tapi macam tk confirm je nak bahagia tu.



Are you in a great relationship but wonder if there's someone better out there for you?
Ya, betul, kita cuma manusia biasa. Kita takut kalau-kalau kita buat kesilapan dalam pemilihan terutama sekali dalam hal cinta. Apatah lagi kini kita hidup dalam persekitaran yang berfikiran, "Kau muda lagi. Tak payah fikir komitmen." Maka banyaklah jiwa yang jatuh dalam perangkap, kekal rasa ragu-ragu walau dah bertahun dengan orang yang sama. 
Pada aku, ada satu je perkara paling penting untuk mencintai orang yang kau tengah bersama sekarang ni.
Kau kena fokus kat apa ada pada dia, bukan yang takde. Merepek lah 'I want a guy/girl who..' tu. Kau mesti pernah dengar psikologi yang gelas half-full dan half-empty. Kalau kau jenis macam aku; half-empty glass, kau akan fikir atau list kan apa yang kau tak suka kat pasangan kau. Ini yang kita taknak. Kau kena betulkan balik perasaan dan minda. Ingat, kau dah pilih dia. Nak tukar-tukar buat apa. Kau ingat senang ke nak move on, suka orang lain, move on, repeat? Yang nak test market walau dah ada bf/gf tu pulak, aku cuma nak cakap pergi mati kau sana. Nanti jadi the one that got away, jangan menangis meroyan.
"The grass is always greener on the other side because it's fertilized with bullshit."

Sesudah Lama

Hai,
semalam kamu menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Aku tahu, berat untuk kamu menekan butang hantar supaya mesej itu sampai ke peti masuk telefon bimbitku. Mungkin sudah berapa hari kamu ingin berbuat sebegitu namun kamu gundah dengan jawapanku.

Mulanya,
aku agak kaget dengan mesej sedemikian. Setelah sekian lama keberadaan kita yang bermain perasaan tidak tetap pendirian.
Kamu mengutus khabar rindu kamu terhadap aku. Pantas, kamu selitkan soalan tentang kerinduan aku. Aku mudah menjawab, rindu itu hanya perasaan yang telah lama dipinggirkan dalam slot perasaan aku kerana rutin sibuk yang sengaja aku tempa.
Kamu itu sengaja, membiarkan rindu merajai perasaan kamu yang berbaur kenangan lalu yang tidak mungkin aku mainkan kembali. Kenangan itu adalah khilaf dari aku, mana mungkin bisa aku mainkan!
Percayalah, kamu itu ada potensi seorang wanita besi yang tidak mungkin mudah dibeli. Hati aku yang bertakhta di dalam diari hidup kamu yang dahulu terpaksa berpaling kerana sudah tiba masanya kita berjalan menikmati kehidupan sebenar.
Aku tidak mahu lagi kamu isi harapan kamu bergunung tinggi. Aku tidak mahu lagi berhipokrasi dengan perasaan ini.

Sungguh, aku pinta kamu berubah dan dapatkanlah bahagia kamu sendiri. Pulanglah ke tampuk fitrah kamu kembali. Pulanglah dan raikan bersama sahabat sejati serta famili.
Sungguh, aku tidak rasa derita perit kamu tetapi aku lihat bahawa kamu sedaya upaya membuang derita pada zahirnya. Secara rasminya ingin aku serahkan kembali kehidupan kamu itu dengan pesanan;
"Lahirkan dirimu yang baharu bukan kerana kisah lalu bersama aku, tetapi untuk memeriahkan kehidupan kamu tanpa sekelumit aku. Jadi dan carilah dirimu yang benar."
Aku bersyukur kamu berubah hati dan telah mengambil keputusan yang baik walaupun sukar. Semoga kita berjumpa lagi, di kehidupan baharu kamu kelak. Aku doakan kamu lebih berhak menikmati nyawa percuma kerana aku bukanlah seperti dilhat oleh kanta mata. Aku sedang bersembunyi di balik bayang hitam. Adakah perlu untuk aku meminta maaf kerana sudah beberapa tahun aku rasa kisah kita membelenggu hidup kamu? Aku rasa perlu untuk aku meminta maaf kerana aku yang mula memaut untaian perasaan kamu agar kita bersatu. Silalah maafkan aku.

Akhirnya,
aku semak kembali peti masuk telefon bimbitku. Sebenarnya ia sudah lama sunyi sejak mesej terakhir kamu semalam. Aku tekan dan lihat mesej terakhir kamu;
"Aku mohon kamu pinggirkan aku untuk dua tahun agar bisa aku lupakan kisah kita. Mungkin tempoh itu tidak cukup untuk menjahit memori bersama kamu tetapi akan aku cuba-paksa demi diri aku."

Monday, 8 September 2014

The Memories

Kadang-kadang bukan nak lupakan orang tu yang susah, tapi memori. Sedar atau tak banyak jugak sebenarnya benda yang kau kongsi dengan dia selain perasaan. Sama ada kejap atau lama, masih ada kenangan yang tercipta hasil dari perkongsian rasa tu. 

Paling obvious adalah of course, rutin harian. No more morning or goodnight text. No phone calls. No lunch date or dinner date. Rutin ni kau akan rasa berubah sementara kau belum jumpa pengganti. But once kau dah ada yang lain, rutin ni akan datang semula dalam bentuk yang hampir sama. Jadi, segala rutin yang hilang sekejap tu akan diganti dengan yang baru. 

Tapi ada benda lain yang buat kau akan teringat pada setiap orang yang pernah singgah dalam hidup kau dulu once a while walau kau dah ada orang baru. Sedar atau tak, tiap orang yang kau kenal, akan ada satu benda significant yang buat kau akan ingat dia setiap kali kau ternampak, terdengar, terjejak or whatever it is. Sebab setiap orang tu kan berbeza.

BAU 
Akan ada satu bau yang familiar antara kau dengan dia. Paling mudah adalah perfume. Memasing ada fav perfume yang dia akan pakai setiap kali keluar. Dan bila kau terbau perfume tu, ‘oh, ini perfume yang dia selalu pakai dulu’ atau ‘dulu masa aku dengan si polan, aku memang suka pakai perfume ni’. Selain perfume, bau baju tanpa perfume, bau rambut, bau badan semulajadi dia. Itu common. Bau yang lain adalah bau kereta dia misalnya. Ah, susah betei nak explain.

TEMPAT 
Yes, tipu kalau kau takde tempat fav untuk dating. Tipikal tapi logic. Sebab tak semua tempat tu best. Ada alasan tertentu yang kenapa kau dengan dia suka tempat tu. Tak semestinya mall. Boleh jadi taman, library, tempat makan, rumah. Eh, rumah?

MAKANAN
Kalau dah setiap kali pergi dating mesti singgah makan, takkan lah kau tak tahu makanan fav dia apa. Pesen kalau dia pergi toilet pun kau dah tahu apa nak order untuk dia. Dari makanan sampai ke air. Set lengkap. Tak payah tanya. Sama ada kau tahu sebab dia bagitahu, atau kau observe dari corak makanan yang dia pernah order sebelum tu. Itu yang bangsa kalau dulu bila rindu, saje order makanan fav dia walau bukan suka pun mende alah tu. Lepas break, kalau boleh tengok menu nak skip nama makanan tu. Kakaka.

AKTIVITI
Setiap pasangan ada satu common interest. Almost everytime date mesti nak buat benda tu. Ada yang suka cycling, movie, karoke, main game, sitting next to each other and reading. Kalau orang lain kata aktiviti kau tu bosan pun pergi mampus sebab time tu dunia kau dua yang punya. Suka hatilah kan?

LAGU
Naaahh. Biasalah kalau dah bercinta. Takkan lah takde satu dua lagu yang jadi simbolik hubungan tu. Lagu yang konon lambang cinta. Atau pun paling mudah lagu fav dia atau fav kau. Macam aku, setiap orang yang pernah jadi orang penting dalam hidup aku akan ada satu ringtone khas. Tak kira dari call, text, semua lah. Tujuan dia everytime phone tu bunyi, lagu tu keluar, aku dah tahu tu siapa. Bahananya lepas break, bila setiap kali lagu tu keluar, sekelip mata memori tu pun macam slideshow dalam kepala. Cilake.




Certain people akan paranoid dengan benda macam ni. Kalau dulu tu tempat fav dating, lepas break tak boleh jejak. Rasa macam terpandang-pandang scene kau dengan dia dulu kat situ. Kalau bau, duk menusuk sampai ke kalbu tetiba kang rindu pulak dengan tuan punya bau. Benda macam ni yang biasanya buat orang sekilas teringat dekat orang yang pernah dia puja. Walau kau dah move on dan dah pulih sepenuhnya sekalipun, bila terkena sikit, mesti teringat. Bezanya dulu kau ingat dengan mata berkaca. Lepas stabil, kalau tengok dan teringat, kau senyum sambil tunduk geleng kepala. Kenangan tu tetap sama sampai bila-bila, cuma cara kau pandang kenangan tu berbeza dari masa ke masa.

Bila kata teringat tu tak semestinya sebab kau masih ada perasaan dekat dia. Cuma teringat benda yang pernah kau ada. Percayalah, kalaupun memori kau pernah bergaduh sakan dengan ex kau kat tempat tu, akan datang bila kau jejak balik atau lalu tempat yang sama, kau akan senyum sendiri. Kenapa? Sebab itu kenangan. 

Janganlah kau pelik kalau kau tanya orang yang dah kahwin sekalipun, dia boleh ingat something pasal ex dia yang first dulu. Atau kau boleh cuba ke yang pesen ex berderet. Tak banyak sikit mesti dia ingat satu benda dekat setiap orang tu. Tak caya pergi try tanya kat mak pak kau. Tapi kalau kau kena seligi lepastu jangan salahkan aku.

Banyak atau sikit, besar atau kecik, memori tetap memori. Yang kau takkan pernah boleh padam sepanjang hidup kau. Time passes, people leave, feelings change but memories remain. Remember?


Sunday, 7 September 2014

Sebuah Introduksi

"Fuyoooo... member dah jadi penulis sekarang..."
"Wahhhh, Akhi dah jadi geng Terfaktab!!!"
"Tahniah Akhi!"
"Tahniah boss!"
"Pehhhh, boleh la bagi buku free nanti,,"

Itu adalah beberapa ayat yang telah dihamburkan kepada aku selepas Terfaktab mengumumkan Skuad Terfaktab yang baharu di laman twitter tempoh hari. Terima kasih dan alhamdulillah, setelah diberi peluang oleh pihak Terfaktab untuk menulis tentang duit yang telah pun aku DO-IT, maka tercatatlah satu entri baharu di dalam diari hidup aku, sebagai Skuad Terfaktab.

Aku sebenarnya tak reti sangat pun menulis. Tapi, aku cuba dan cuba untuk menulis walaupun aku tak reti sangat. Bagi yang dah kenal aku, mungkin mereka akan kata aku power dalam menulis padahal aku sangat segan bila menulis sebab risau diherdik tuhan-tuhan sastera dan ilmiah di luar sana. Bagi aku pula, menulis ni macam mengorat makwe. Mula-mula, kena kenal makwe sebelum dijadikan makwe. 'Study' makwe tersebut elok-elok sebelum kau boleh menguasai hati dan perasaannya. Namun menulis juga bukanlah sesuatu yang mudah macam novel-novel cinta yang dijadikan siri drama kat televisyen tuuuu. Kalau tak percaya, boleh tanya Leplep bila dia nak buat novel dia sendiri.

Aku rasa setakat ni sahaja pengisian untuk kali ini, sebab aku dah kata aku tak reti sangat pun menulis. Kalau ada masa, aku tulis lagi.
Sekian, terima kasih.

Friday, 5 September 2014

The Reason.

The most disturbing thing in my head since I can even remember would probably be you; but it is also the most enjoyable thing as well. I hate the fact that you are still there, lingering around my other thoughts; but it somehow soothes and calms me whenever I'm undone. 


Call me evil, call me ruthless. I have someone that I should think of more frequently than you but then, you win. You make me think of one damn possible reason of why you leave me hanging. Why doesn't you say a word of goodbye? Am I not good enough? Is it because you don't want to see me break down? Is it because I'm somewhere there in the tiniest space of your heart? Is it because you care of my feelings if you left?


And most importantly; why you even came into my life and flew away with the wind.


I've learn a lesson. We can never expect how a person's presence could affect our emotion terribly, for eternity. Thanks to you, because even when you've left, I can never discard you from my head and from my heart because of one goddamn reason. I'll keep on searching for the reason. Forever.


I guess with you, God gives me one temporary moment in my life for me to feel the sweetest love and adoration, and in return, we can't be together. God's call.


Just so you know, I cant even describe you with just a word. You're my once upon a time, but my hardest goodbye. My biggest failure, and my sweetest memory. 


Kisses, -SA