Friday 4 April 2014

Busy? Okay.

Hai awak, yang mengaku sayang kat girlfriend awak tu.

Saya tahu awak sibuk bekerja, sibuk belajar dan menyiapkan assignment. Sibuk pergi ke hulur hilir berjumpa orang sebab business, sebab nak kumpul duit nak kahwin mungkin, ataupun awak tu sibuk belajar dan menghadap buku sebab nak graduate awal, sebab nak kahwin ke kot kan lepas belajar. Ye, saya tahu perancangan awak, saya tahu niat awak memang bagus, memang nak fokus, dan saya pun tahu awak ni penat. 

Tapi saya nak tanya, awak dah cakap hi belum kat kesayangan awak hari ni? Atleast ucapan selamat pagi ke? Ataupun bertanya kesayangan awak how was her day? Belum? Oh yelah, saya lupa, awak ni memang busy orangnya, dan awak memang memerlukan rehat. Takpe, saya faham, sebab saya pun tahu, nak hantar text kat kesayangan ni memang memerlukan kudrat yang sangat banyak, nak hantar satu ayat pun memang berat, banyak tenaga diperlukan, sampai sejam nak menaip. 



Ye, saya faham, takpe, awak berehatlah.

Dan sementara awak tengah berehat tu, awak boleh la bayangkan dalam mimpi yang ada jantan jantan lain tengah cuba nak command and conquer hati kesayangan awak tu. Ye, saya tahu awak konfiden dia setia. Tapi itulah, macam masa mula mula awak kenal dia pun, siapa sangka cinta boleh datang tanpa diduga. Level konfiden awak tu mungkin sebab awak dah kenal dia lama, jadi tak apalah, mungkin tak ada perasaan curiga. Tapi konfiden ke awak kat jantan jantan kat luar tu yang diorang tak akan cuba sedaya-upaya nak rampas kesayangan awak tu?

Tapi tulah, ye saya faham,awak penat, busy, maka berehatlah.

Awak, sementara awak tengah bancuh Nescafe panas awak tu sambil makan goreng pisang petang-petang yang tenang begini, saya nak tanya, awak dah call kesayangan ke belum hari ni? Oh belum? Takpe, saya faham, kesayangan awak pun tentu faham, yang awak ni memang tak suka buang masa, dan awak pun nak topup balik energy awak yang hilang sebab busy tu so awak kena duduk, chill chill dulu, esok lusa pun boleh call kan? Tapi esok lusa awak tu kadang-kadang boleh jadi seminggu. Awak tak takut ke dalam masa seminggu tu ada jantan jantan yang berani pasal jerat call kesayangan awak malam malam? Yela, saya tahu kawan, jadi awak rasa takde pape. Tapi tu kesayangan awak cakap, bukan jantan jantan tu cakap. Awak tak rasa ke jantan jantan kat luar tu mungkin ada agenda nak tarik dan ragut hati kesayangan awak tu? Oh yelah, lupa, trust kena ada, kalau tak buat apa couple dengan kesayangan awak tu, ye dak?

Jadi sementara awak ni busy, busy dengan hal sendiri, busy dengan dunia, busy dengan pengumpulan duit, awak rasa takpelah kot letak kesayangan awak tu di bawah jagaan " kawan-kawan " dia, sebab yelah, penat kan nak dengar kesayangan awak meroyan hari-hari. Penat tau nak kena dengar perempuan membebel sedih sebab tengok anak kucing tepi jalan takde mak, nak dengar dia merungut tak jumpa tudung yang matching dengan skirt lah, kelas bosan lah, period pain lah. Penat, ye saya tahu penat. So takpelah, kalau awak rasa awak nak keep calm dan hadap TV sambil minum Nescafe awak tu, saya no hal. Saya faham.

Tapi awak lupa, a shoulder to cry on will be a dick to ride on.

Mungkin awak juga lupa, kesayangan awak tu kadang-kadang susah nak tidur malam fikir awak ni dah makan ke belum, dah bangun ke belum karang lambat pergi kelas, ada ke tak orang nak tolong awak kalau kereta rosak tepi jalan ke apa ke. Kesayangan awak tu kadang-kadang ada bad day, dia belajar teruk tapi cgpa dia tak power macam awak. Dia cuba jugak nak jadi busy, bila awak sibuk dengan business, dia pergi cari kerja, sebab nak tolong cari duit jugak. Taknak la keluar dating asyik makan duit awak je kan. Dia harap jugak ada la awak text dia bertanya khabar ke, nak ajak borak ke, tapi tak ada pun kan? Yelah, sebab sebagai kesayangan, dia kena faham. Awak penat. Awak busy. Semua awak awak awak awak awak awak.

Nanti setahun dua akan datang ke kan, bila awak dah finally graduate, bila akhirnya business awak dah maju, dah sukses, dah dapat duit banyak nak mampus, cukup nak kahwin kat PWTC ke kan, awak ajak la saya lepak mamak, sebab saya nak tanya, kesayangan awak tu wujud lagi ke tak? Atau dah finally realize yang awak tu bukan takde time sangat pun. 

You just don't have time for her.


7 comments:

SinanjuCruz said...

Selalu gini la realiti hidup. apa boleh buat lah. pandai2 la jaga hati sndr dgn si dia.

milot said...

Wooo...lame2 boleh hilang feel

Mikael Sahaja said...

Sebenarnya kalau sayang, masa boleh dicipta, kenangan boleh terbina, cinta boleh mengukuh, perhatian boleh diberi.

Tapi, tu cerita kalau sayang la.

whiteGrape said...

haha.. by this point of view mmg la pompuan akan tgok laki nie terok.. tp, penah tak korg bepikir camni..

"maybe laki tu takot rase bosan ngn pompuan tu, so nk cari perasaan yg hilang tu balik"

"or maybe nafsu laki tu tgah kuat, dan tuhan telah tolong korang dengan xbg jumpe"

"or juz maybe, tuhan nk bgtau kt korg yg couple korg tu bkn tok korg"

hidup xsusah mne pon.. yg membuat kan kita susah adalah kita sendiri

Unknown said...

sebijik mcm pakwe aku!!! dah berbulan2 dia tak contact aku... workaholic nak mampus!!!

Huda Ayuni said...

Aku tak tahan macam ni. Last last aku mintak clash. Dah penat berendam air mata

ella lau said...

setuju dengan white grape...

plus kalau nak cakap pasal busy n time together nie...depends kat diri sendiri...sometimes bagi pandangan orang lain..mungkin dorang mencipta alasan,tp hakikatnya memang mereka busy...give and take...for me tak semua benda kita mampu jelaskan,dan tak semua penjelasan akan diterima...senang cerita kita tak akan pernah dapat puaskan hati sendiri dan orang lain tak kesahlah dari segi apa pon...kadang2 bila kita takda masa,orang cakap kita tak sayang..bila kita terlebih amek berat orang cakap merimaskan...both side ada yang mengecewakan dan melukakan....kena ingat setiap perasaan sayang akan ada pakej sakit hati,terluka,merana,kecewa...so depends dekat diri sendiri untuk menilai tahap hubungan sendiri...


kita tak tahu apa yang tertulis buat kita...tapi apa yang mampu saya katakan..fikir yang baik2 sahaja..In Shaa Allah mungkin segala kekurangan(dari segi masa,waktu,kasih-sayang,amek berat,prihatin,terbiar,keseorangan,dll) yang sekarang nie tersimpan dan terkunci rapi mungkin menanti masa dan waktu yang sesuai...(selepas nikah&halal)...sebaiknya berdoa dan minta padanya agar jarak yang diberikan untuk menjaga dan melindungi hubungan...


said : maaf if pendapat sy tak sama macam orang lain...sekadar perkongsian....