1. Pada 24 April hingga 4 Mei ini. Pergi ke Putra World Trade Centre atau nama singkatannya PWTC. Terletak di Kuala Lumpur. Terpulang nak naik kereta, bas atau LRT. Tapi kami suggest naik LRT. Sebab buat sesak je naik kereta ni. Bazirkan masa.
2. Masuk dalam PWTC, cari Dewan Tun Hussein Onn. Cari booth H16-H19 kat dalam Dewan Tun Hussein Onn. Jangan pandang booth lain, pedulikan. Anggap booth lain itu sebagai dugaan. Sedangkan booth H16-H19 itu satu nikmat. Cari booth yang dinyatakan tadi. Ingat H16-H19.
3. Sampai di booth H16-H19, cari rak buku-buku Terfaktab. Ya, Terfaktab. Kalau tak tahu, boleh tanya akak-abang yang jaga. "Bang, nak beli buku Terfaktab". Nanti abang-akak akan tunjuk. Pun sama jangan pegang buku lain. Kalau tak nanti tidak fokus pada tujuan. Ambil buku-buku baru ini (sila rujuk gambar-gambar di bawah)
(Bakal di pasaran pada 1 Mei 2014 di PBAKL)
(Bakal di pasaran pada 24 April 2014 di PBAKL)
(Bakal di pasaran pada 27 April 2014 di PBAKL)
(Telah berada di pasaran)
4. Ambil 6 buku. Maknanya pilih 2 buku lain di rak Terfaktab yang awak belum beli lagi. Juga boleh tanya pada akak-abang yang jaga (diorang akan pakai tag); "Kak, nak beli baju Terfaktab". Bajunya macam ini (rujuk gambar di bawah)
5. Keluarkan duit. Perlu ingat perkara penting ini. Kita ada pakej 3 buku RM50. Bermakna 6 buku adalah RM100 sahaja. Baju pula berharga RM40. Gunakan baucer buku jika ada baucer buku (digalakkan). Pergi ke kaunter dan lakukan bayaran. Dapatkan resit kemudian pulanglah ke rumah dengan berhati-hati.
6. Sampai rumah, bersoraklah kerana tahniah anda telah mengikuti saranan 'Apa Yang Kamu Perlu Cari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur'. Selamat membaca buku paling eksyen dalam dunia! Jangan lupa tag kat Twitter, Facebook dan Instagram pada nama @terfaktab bila dah beli. Muah!
2 comments:
I really love your ideas. It just too perfect! Keep it up :)
hahah..siot je direksen.
Post a Comment