Friday 18 October 2013

Kita Berbeza

Aku pernah bekerja sebagai cleaner semasa aku belajar di Kent. Aku bekerja di tiga tempat; university, private apartment and private residential with three different companies. Sumpah penat, tapi menarik dan bermakna. Alkisahnya, masa aku bekerja di private residential ni, aku diambil untuk jadi cleaner juga di rumah Patricia, salah seorang penghuni di private residential tu. (Patricia ialah seorang nenek kaya yang berusia late 70s to early 80s kot. Dia tinggal seorang diri dan kawasan perumahan tu diuruskan oleh satu syarikat yang menjaga kebajikan penghuni-penghuni). Contohnya: Manager, Lin akan datang pada hari tertentu ke rumah penghuni tertentu untuk bertanya khabar, bawakan newspapers dan sebagainya. Dalam rumah ada bell yang Patricia kata kalau dia ada masalah, terjatuh ke sebagainya, dia tarik bell tu dan ada orang akan datang tolong. Juga, 90% kawasan tu didiami oleh orang-orang tua yang selalu secara random approach aku, komplen pasal cuaca dan sakit-sakit kaki dia. Konklusinya, diorang kalau kau tengok ala-ala geng ‘desperate housewives’. Versi tua.

Ada satu perbualan antara aku dengan Patricia tentang keluarga.

Pat : ‘Are you going back to live with your family once you are in Malaysia for good?’
Aku: ‘Yes. I only have my parents’ house
Pat : ‘Bet you miss home so much
Aku: ‘I don’t really know. I do miss home but I know I don’t wanna leave this place
Pat : ‘Yeah, must be. So, are you going back to work or do you have more years in uni?’
Aku: ‘Oh no, I still have one more year studying and once I have finished I’m going to live with my parents, applying to work somewhere near my family
Pat : ‘Really?’ with a surprised look. ‘But why? Why do you want to live with your family? I just don’t understand’
Aku: ‘I don’t know. I just miss them and want to spend more time with them, I am a family-girl, I guess’ dan aku senyum.
Pat : ‘Well, you have lived with them for years before you came here. It’s a long 20 years. Don’t you feel tired. Wanna get away?’ ’You are in your twenties and still under their care? Being told what to do. I just don’t get it.
Aku: ‘But, they never tell me what to do. I can make my own decisions’
Pat : ‘Are you sure? You know what, when you’re with your parents. They WILL control you, they WILL interfere in your businesses. There is no such thing of making your own decisions and plans’


Aku terdiam. It was an eye-opener for me. Sebab selama ni aku tak nampak semua tu. Yang aku tahu, aku nak tinggal dengan mak, abah dan adik-adik aku.
Tapi mungkin juga kerana aku sudah terbiasa dengan konteks kekeluargaan di Malaysia. Boleh dikatakan ramai yang masih tinggal dengan keluarga bila sudah bekerja, ramai juga bila sudah berkahwin tinggal dengan keluarga atau keluarga mertua. Sebab lain adalah untuk menjaga ibu bapa yang tua. Ada juga kerana segilintir masyarakat kita tidak percaya akan konsep rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua. Mereka lihat dari sudut negatif, tak sayang mak ayah sebab tu hantar ke rumah orang-orang tua dan alasan kolot yang lain. Sebenarnya, kau boleh bayar untuk ibu bapa kau dapat pengurusan yang baik. Kalau anak tak kenang budi, terus tinggal tak jenguk-jenguk mak ayah tu dah jadi kes lain.

Patricia kata, ‘Me as a mother, I wanted my children to get out from my house. Do whatever. When they were 18 and finished school, all I wanted was for them to go out, find their own life. They should live on their own and I was getting tired of them. Having taken care of them for so long, I wanted to rest’
Aku: ‘Ohh really? That is something new. I mean coming out from you, a mother’ Aku sengih, cuba untuk kelihatan bergurau.
Pat : ‘Yes! And they got out. I knew they wouldn’t want me to control them till the end. Annoying innit?’

Aku dan kau mesti faham tradisi masyarakat barat. Tetapi bila mendengar dari mulut seorang ibu sendiri. Fuhh, zasss jugak aku tak percaya.

And the talk over tea went on.
Pat : ‘I wasn’t in love with my late husband when we were married back then. I must say, till the end. I was forced to marry him’ ‘I wanted to study, I dreamt of going to university and stuffs. But I had to get married’

Dan waktu ini aku dah nampak kenapa dia tak sokong the idea of children living with family after they are 18. Sebab dia pernah kena kongkong. Dia tak ada kebebasan untuk tentukan jalan hidup dia. Pengalaman pahit.

Aku: ‘It was like an arranged-marriage then. But some people find it meaningful, don’t you think so?’
Pat : ‘Well, yeah. Might be. I still, think everyone deserves to choose their life partner. You know’
Aku: ‘It isn’t always a bad thing right’ Aku tersenyum kerana aku adalah hasil daripada perkahwinan aturan keluarga mak dan abah.
Patricia gelak kecil. ‘And my married years were something I want to forget’

Kemudian, dia terus menyoal aku tentang Islam, jika perempuan Islam memang wajib kahwin atas pilihan keluarga, samada perempuan Islam tidak boleh membuat pilihan hidup dan tidak ada hak kebebasan bersuara.

Soalan-soalan macam ni dah terlalu banyak diutarakan kepada kami. Aku pernah pergi school-based experience dibeberapa buah sekolah di sekitar Kent dan London, menengah dan rendah. Ramai yang memandang kami (pelajar Malaysia; Muslim, Hindu dan Buddha) sebagai pelik dan menarik. Sikit yang tidak peduli dan ramai yang ingin tahu tentang kami, tentang kita, tentang masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Perspektif para pelajar kadangkala sama dengan dengan cikgu cuma cikgu lebih bersikap matang dan professional bila bertanya. Banyak debat tentang Islam dan pandangan mereka selaku British diadakan secara tidak formal, sekadar memberi informasi, memperbetulkan prasangka untuk pelajar-pelajar yang mengambil kelas agama, moral dan citizenship. Kebanyakan mereka membuat generalisation, beranggapan semua negara Islam adalah seperti apa yang sedang berlaku di negara timur tengah dan wanita-wanita Islam dipamerkan di kaca televisyen adalah golongan yang ditindas seperti sesetengah wanita Arab.

Antara soalan-soalan yang agak terkenal:

‘Do you guys live on the trees?’
‘Where is Malaysia?’
‘Are Muslims always fighting?’
‘Is your country, Malaysia at war?’
‘Can Muslim women, in your country, drive?’
‘Is arranged-marriage a must?’
‘Do you have a say in politics? (Referring to women)’
‘Have you ever been verbally abused by men?’

1 comment:

Unknown said...

Pengalaman yg mahal harganya.