Saturday, 5 April 2014

Antara Dua Darjat

Pernah tak kau terfikir yang kau akan berkahwin dengan orang susah dan terus-terus hidup susah? Demi cinta, betul kau sanggup hidup susah? Kau rasa cinta kau tu suci sangat dan pada pendapat kau, kau tak perlu sebarang harta duniawi kerana harta dunia tak boleh bawak ke syurga? KAU BIAR BENAR.

Yelah, tahulah harta dunia tak kekal pon iya iya aku faham so kalau kau hidup susah hm nak buat macamana kan dah nasib. Eh come on, life nowadays perlu perjuangan. Selama ni tahu berjuang untuk cinta tapi tak reti berjuang untuk hidup. Kau laki bini nanti makan sesuap nasi setiap hari so kau nak seluruh keturunan kau makan sesuap jugak?

Populasi manusia semakin lama makin meningkat, dunia tak bertambah saiz. Daratan makin lama makin mengecil. Macamana kau nak survive dalam lautan manusia yang berbillion? Do something sementara masih muda. Cinta tak boleh bagi kau makan ayam masak merah kecuali masa kenduri kahwin. Cinta tak boleh belikan kau baju mahal eh takyah mahal lah. Nak beli baju baru pun cinta tu tak boleh bukak dompet bagi duit kat kau.


Cinta sebelum berkahwin bolehlah kau nak berlagak kata indah. Bila tanggungjawab tu berpindah pada seorang lelaki, cinta kadang-kadang boleh jadi beban.

Cinta sebelum kahwin      : sayang + kata manis + dating + belanja makan pizza setiap bulan + duit   ktm + topup

Cinta selepas berkahwin : Loan rumah + bayar kereta + belanja bulanan + bil letrik + bil air
                                       Bil wifi + hutang karpet bini + shopping bini blablabla (kalau nak sebut
                                       memang banyak).

Zaman sekarang mana ada perempuan berpelajaran nak pandang lelaki susah. I mean lelaki yang tak berapa nak pandai, kerja malas, hidup susah. Ok mungkin ada lah kan tapi tak banyak. Sebab bila dah kahwin, lelaki macamni akan jadi lagi susah dan perempuan tu akan terheret-heret dengan hidup susah lelaki tu. Siapa mahu begitu? Kau nak?




Rezeki itu ditangan Tuhan, jadi kita perlu perform tugas khalifah sebaik mungkin. Belajar pandai-pandai or kalau tak mampu kerja dengan gigih in shaa Allah ada jalan keluar. Aku selalu berpegang pada “we do the best, God do the rest”.

Aku sakit hati bila tengok drama melayu yang makin tak membina. Tak membantu dalam membina generasi berwawasan. Budak- budak tengok cerita laki bini saling mencintai, cinta macam nak mati tapi hidup susah. Takde duit, mak mertua tak restu percintaan padahal mak mertua dia kaya boleh je bantu laki bini ni kasi hidup baik sikit. Anak-anak dibenci masyarakat sebab dtg daripada keluarga yang susah. Huh. Mungkin lah kot ni realiti masyarakat melayu tapi mentaliti ini perlu diubah sebenarnya.

Tapi kalau pasangan yang dah berkahwin tapi takde rumah. Anak berderet tapi duduk bawah jambatan, dalam kotak, menumpang masjid surau. Macamana entah buat anak dalam kotak hm entahlah. Aku takde niat nak menghina sesiapa memang sedih kalau tengok tapi setakat sedih tak cukup. Pencinta-pencinta hari ini perlu sedar cinta kalau takde duit, tak pergi mana.

Dunia sekarang dah takde cinta semua dah kejam. Orang yang susah mostly ditindas especially bila berkaitan duit. Bukanlah bermakna semua orang kena tamak dan kaya. Biar berserderhana tapi at least tak susah. Biar orang ada kereta, kita ada kereta tapi biar kenalah dengan pendapatan kita.

Atau hidup pada awalnya senang tapi dapat laki yang malas kerja. Bini menanggung anak-anak and laki panas baran yang tahu tidur berlingkar je kat rumah. Dah bertahun hidup menanggung mayat hidup tak guna. Isteri kerja dengan kerajaan, dia yang bayar sewa rumah, kereta, makan minum so berkemampuanlah kan. Hm aku bukan nak meruntuhkan masjid orang tapi isteri tu sebenarnya tertindas. Baik berpisah je. Haha k gurau. Tapi kalau aku lah kan cinta mana pun aku kat seseorang tapi kalau dia jenis laki camtu, baik aku blah. Tak kuasa menanggung orang camtu. Seriously.

Jika ada terkasar bahasa, maaf. Aku hanya ingin menggalakkan remaja menjadi lebih berwawasan dalam usaha merealisasikan impian kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia. Peace.

As long as you love me
We could be starving
We could be homeless
We could be broke

As long as you love me
I’ll be your platinum
I’ll be your silver
I’ll be your gold

Heh. Ppuih.

9 comments:

Anonymous said...

Agree sgt dgn entry ni. Tapi, itulah, sesetgh manusia ni tak fhm. Dia nak jugak kata semua ni, pelajaran, duit, career duniawi. Huh, :/

misz aisya said...

tq untuk entry ni! sekurang2 nya sy tau sy xkeseorangan.

sy clash dgn dy sbb dy xkeje. lepas 6 tahun bru berani putus. bimbang dikata selfish n xsanggup ssh brsame2 tapiiiiiiiiiiii sy ada hak utk masa dpn saya kan? hehe

si ngokngek said...

untuk membina keluarga tu kita kena fikir kedepan lebih realistik kan.

Unknown said...

Wuuu

aqilah said...

Walaupun kita masih muda, tapi apa yang kau kata benar belaka. Ewah

aliff qhuzairee said...

dasar terkutuk..gile duit puih...

Unknown said...

sangat benar lagi tepat!!!! cinta saja takkan mengenyangkan perut... Aku takmau kawin dgn lelaki susah.. dengan umor aku yg dah 26 ke atas, duit tu perkara utama untuk kesenangan dan kebahagiaan rumah tangga kelak selain drpd laki yg ada agama..Aku hanya nak kawen dgn lelaki yg dapat bagi jaminan aku dan anak2 aku dapat hidup senang...sapa yg mau hidup susah wei? kalau lelaki jenis biawak hidup camtu, aku rela mintak fasakh dan bercerai dengan dia sebab dia tak laksanakan tanggungjawab dia sbg suami... sekarang ni, secara jujurnya aku nak cakap lelaki yg : 1.rupa paras kurang elok + duit berkepuk = pompuan berebut2 nak 2. rupa hensem + duit takdak = sorang pompuan pon takmau... ni hakikat hidup okay....cinta tanpa perlukan duit and harta tu adalah totally bullshit

Unknown said...

Ais kiub.. Aku nak tanya ko la.. Lau ko dpt laki kaya , pas kawin dia muflis ko nk buang dia la? Camtu? Pemikiran ko teramatvla cetek.. Nampak sgt ko bkn jns pempuan yg xleh ssh sng brsama.. Jgn kata laki kaya nak kt ko.. Laki miskin pon lom tentu nak kat ko.. Cara kau jgn murahan sgt.. Sbb rezki dtg dari Allah.. Camni la lau 1 akal 9 nafsu xpnh nak pk pnjang... Murahan...

Julia Azrina said...

Faridkhalid ni kenapa terasa? kan dia cakap pasal pemalas dari sejak awal. kalo tetiba jatuh tu lain la cerita.

eh tapi kan, kalo perempuan dah struggle dan berjaya, patut ke jadi susah balik semata-mata nak amalkan konsep "susah bersama-sama" ni? Aku single independent woman at the age of 34, dah ada rumah, kereta dan karier, perlukah aku mengutip biawak hidup just because for the sake of nak kahwin? Oh tidakkkkkk