Friday 20 June 2014

Terkilan

Bila kita (ter)putus di tengah jalan dengan kesayangan, seperti biasa, kita konfem akan rasa terkilan. Kita rasa macam, eh wtf selama ni apa entah aku usahakan, macam buang duit dalam sangkar ikan. Tapi ikan tak makan duit, ikan kena makan makanan ikan. Mungkin (bekas) kesayangan aku pun perangai serupa macam ikan jadi dia demand makanan ikan, bukan nasi, pasta, lempeng atau cekodok yang aku masakkan. Sebab tu la kot last last semua pun jadi kenangan. Sebab tu last last pun jadi terkilan.

Tapi siapa boleh tipu yang betapa terkilan pun kau rasa, berserta segala marah dan dendam dan segala perancangan yang kau dah lakarkan untuk buat hidup (bekas) kesayangan kau yang memang dah patut pergi meninggal tu merana - you couldn't do it.

Sebab at one point in your life, (bekas) kesayangan kau tu la yang buat kau happy. Yang boleh buat kau ketawa sampai keluar air mata, yang (pernah la sekali dua) sanggup cari makanan yang kau nak, teman ke hulur hilir berjalan dengan kawan perempuan kau, bangun tengah malam (sambil mamai pastu marah-marah) jawab call kau yang menangis merapu sebab baru habis tengok Leon yang mati kena bom. Siapa lagi kalau bukan (bekas) kesayangan kau la yang jadi tempat nak mengadu minggu ni busy nak mampus, banyak gila kerja kena buat pastu rasa penat tapi lepas tu masa jumpa depan mata hilang terus segala lingkaran gelap bawah mata sebab rindu dah hilang dalam dada?



Ok gelabah gila, nampak sangat statement tak boleh move on. Lulz

Tapi betul apa, bila kita (ter)putus dengan kesayangan ni, kau akan rasa seribu kali ganda lebih sakit dari sakit putus cinta tu sendiri. Kau akan rasa terkilan. Terkilan ni satu perasaan yang akan buat kau terus mengenang, lagi bahaya dari mata yang bergenang. Sebab kau takkan hilang (bekas) kesayangan kau seorang je, but almost semua yang datang bersama dia dalam hidup kau. Kawan-kawan dia yang kau selalu lepak sama, sepupu dia yang kau kenal sebab jumpa masa kenduri haritu, abang dia yang handsome tapi muka sombong nak mampus, kenalan dia yang perangai bodoh bodoh tapi fun. Ya, semua. Nanti semua jadi awkward. Semua akan hilang, dah tak significant dalam hidup kau dah. 

Jalan yang kau selalu lalu masa nak ke rumah dia dulu pun lambat-laun kau akan lupa. Kafe yang korang selalu lepak, gelak-gelak, borak pasal random things, pun akan jadi salah satu kafe dalam dunia yang mungkin korang takkan jejak dah. Pantai yang korang pergi dulu masa bersama pun tetiba rasa macam bukan pantai dah, dah jadi macam tempat bekas perang. Segala lagu, segala lirik, segala buku dan puisi yang korang baca dan nyanyi bersama pun dah tak akan diusik buat masa sekarang. Hilang. Semua akan hilang.

Dan tak ada perkataan yang aku boleh garapkan bersama untuk menerangkan kepada kamu kamu semua betapa hancurnya diri manusia yang ada satu perasaan yang dipanggil terkilan. Rasa macam diri kena rompak. Rasa miskin. Rasa hina sebab kau dah setia menunggu dengan tangan terhulur memegang hati sendiri tapi (bekas) kesayangan kau tepis tangan kau laju-laju sambil cakap " Hek eleh, tu je yang kau mampu bagi? " .

Mungkin sekarang aku faham kenapa ada orang yang sampai mati pun takkan putuskan hubungan dia dengan kesayangan, tak kira betapa teruk, betapa fucked-up pun kesayangan dia tu. Pukul seribu kali pun dia tetap merangkak semula minta maaf untuk salah yang dia tak pernah buat. Maki beribu kali pun tetap tersenyum menadah telinga kena hina. Ada, ada je orang macam tu. Kelakar kan apa cinta mampu buat dekat manusia? 

Sebab kita mana mungkin sanggup hilang benda yang kita sayang. Selagi sayang, selagi mampu, selagi tak mampus menahan sakit makan hati, sampai tu la kot. 

Ke awak tak kisah kehilangan kesayangan?
Eleh pass la kat orang lain kalau berani. Lepas tu meroyan menangis dalam almari.
Boo 





Thursday 19 June 2014

You're My Happiness

Kalau ada yang masih ingat scene dalam drama slot Akasia, Jika Itu Takdirku,

"Saya sayang awak, tapi bahagia awak mungkin bukan bersama saya. Awak kejarlah, carilah 
bahagia yang awak mahu."

"Saya sayang awak jugak. Tapi awak kena janji dengan saya yang awak akan bahagia lepasni 
dengan orang yang awak sayang. Awak kena bahagia."

Mengelamun.

Tak tahu siapa yang kuat sebenarnya. Sama ada yang melepaskan atau yang dilepaskan.

Orang kata cinta tu tak semestinya memiliki walau rasa tu cukup utuh. Mungkinlah. Kadang kita
saling sayang, tapi entah kenapa macam ada yang tak kena. Tak tahu mana silapnya.

Mungkin sifat kau yang nampak keras, orang dengan secara tak sengajanya terlupa yang kau ni
manusia. Katanya kau ni serupa kerikil. Cukup kuat nak berdiri atas kaki sendiri. Teguh
menampung bahu mendongak ke langit.

Tapi dalam diam orang lupa yang kau ni jugak manusia, masih punya sisi lemah. Yang perlukan
bahu orang lain untuk dijadikan sandaran. Yang mahu orang untuk duduk dihadapan dan
pandang muka saat keresahan. Yang pinjamkan telinga untuk dengar setiap keluhan. Yang
jugak berharap ada tangan untuk digenggam.

Bila orang lupa, takpe. Pandanglah depan. Lepaslah nafas perlahan-lahan. Biar takde seorang
dengar hembusan nafas yang tersekat walau sedikit. Genggamlah tangan sekuat keringat.
Tunduk sebentar, hapuslah air mata. Usah dilihat orang.



Kalau kata cinta tu perlu pengorbanan, ini salah satunya. Tak sebesar mana, tapi perlu seluruh
kudrat untuk laksanakan. Syukur atas rasa cinta dan kekuatan kudrat anugerah Tuhan. Kuatnya
kudrat melepaskan dia yang kau cinta sama teguhnya dengan rasa cinta yang kau rasa.

Tengok scene tu dalam hati duk berketak bayangkan aku heroin dengan dialog,

"Saya tak janji saya akan bahagia. Tapi saya akan cukup bahagia kalau tengok awak bahagia. 
Sebab awaklah kebahagiaan saya. Awak je tak tahu."

Berpasir mata. Sebak bukan main. Bodoh apa lah scene ni kemain sedih.

'You are my happiness. But I have to' 

*Sikit lagi air mata nak jatuh*

Tersentak.

Apa kau membebel sengsorang ni? Maghrib-maghrib berangan anak dara ni! Pergi mandi cepat! Nanti terlepas waktu. 

Sambil bangun senyum-senyum, sempat bisik dalam hati,

Celaka feel kemain sampai terlepas. Nasiblah berangan, bukan betul-betul. Ingat dah real putus cinta tadi. Gila. Ni semua angkara setan kacau mood. Tulah, tengok lagi tv maghrib maghrib.