Thursday, 22 January 2015

Berita Terkini

 Kami mahu awak, menulis untuk kami!


 Jumpa di sana guys!


 Tawaran sehingga 31 Januari 2015!!

Untuk keselesaan dan kemesraan korang bersama.

Monday, 19 January 2015

Rasa yang berbeza

Harini cuaca panas, panas sama macam panasnya hati aku bila kau hantar whatsapp penuh makian tentang betapa lambatnya aku nak reply semua whatsapp yang kau bagi, tentang betapa endah tak endahnya aku jawab call kau, tentang betapa dinginnya aku bila kita keluar. Senang cerita kau ungkit semua benda. Tapi apahal pulak?

Diam.

Aku diam.

Diam tak tahu nak kata apa.

Makin aku diam makin galak kau menyembur kata-kata maki pada aku dalam whatsapp. Panjang berjeler, aku saja diam biar lama whatsapp kau tu tak berjawab. Kau makin bengang, saja jugak aku tak angkat call kau, aku tahu kau nak berperang dengan aku dalam telefon pulak. Konon nak maki aku dengan nada suara dan kata-kata yang aku sendiri taknak dengar. Aku biarkan telefon berdering ditepi, aku peduli apa.

Makin laju bunyi notification whatsapp yang masuk.

Memang saja je aku biarkan, malas nak reply.

Aku tahu aku yang paling kau utamakan, selalunya macam tu. Kau jaga aku elok, bagai menatang minyak yang penuh kata orang kan, penuh kasih sayang. Kalah orang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun yang dah sedia nak kahwin tu. Bila aku terlentang sakit, nangis-nangis time aku lapar, tak kira susah senang aku kau mesti ada je kat sebelah aku dengan rela. Kau tahu aku tak paksa. Aku tak pernah paksa, sekali pun tak ada. Sumpah, tak ada.

Hubungan kita, keakraban antara kita yang ada kita simpan sama-sama. Aku taknak orang lain salah anggap tentang kita, aku taknak orang lain berkata-kata tentang kita. Aku biarkan semua tersimpan kemas dalam kotak rahsia kita berdua. 

Aku tak pernah kongkong kau. Kau nak pergi mana, kau nak keluar dengan siapa, kau nak buat apa pun itu kau punya suka. Tak pernah aku buat perangai nak halang kau buat apa pun. Sebab aku harap kau buat benda yang sama. Tapi bila sampai masa aku, aku buat apa aku nak buat. Kau tarik muka, buat muka sememek lepastu bagi message penuh ayat sentap konon aku tak jaga hati kau. Ke kau sebenarnya cemburu? Aku dah kata, kita ada masa bersama dan ada masa kita tak perlu kongsi berdua. Aku perlu masa untuk diri aku dimana aku tak perlu kau untuk ada masa itu. Kau kata kau faham, tapi kau kata “rasa” itu dah lama kau pendam.

Aku terdiam tanda tidak faham.

Tiap kali kita gaduh tiap kali tu jugak kau ungkit semua benda yang kau buat untuk aku, semua masa yang kau dah korbankan untuk aku, semua benda. Semuanya. Tiap kali gaduh jugak la kau ulang buat benda yang sama sampai aku dah naik muak. Buat aku rasa kadang-kadang apa sebenarnya yang kau cuba sampaikan. Kau nak aku hargai pengorbanan kau, dengan cara mengungkit? Kau ingat aku lupa? Aku ni manusia jugak, ada rasa ada jiwa. Tapi aku tak buta pun. Kau pun tahu. Celik je mata aku ni ha.

Aku dah taktahu nak buat apa. Dalam diam aku akhirnya faham apa yang jadi. Konklusi yang aku cipta, akhirnya kena dengan masalah kita. Aku tahu apa sebenarnya “rasa” yang kau kata. Bukan aku tak pernah cuba. Pernah. Tapi rasa tu tak ada.

“Rasa” yang aku rasa tak boleh dipaksa.

Maafkan aku dan aku rasa kita masing-masing perlukan ruang dan aku perlu jarakkan hubungan kita agar rasa tu boleh dihakis mengikut arus masa. Sebab rasa itu tidak ada pada aku tapi hanya pada kau saja.

Maaf, aku tak bersedia.


Tuesday, 6 January 2015

Sudah bersediakah kita?

Sudah bersediakah kita? Sudah bersediakah kita memasukkan seseorang dalam kehidupan kita dan sudah puaskah kita hidup berseorangan selama ini? Sudah atau belum? Jawapan itu ada pada diri anda sendiri. Entry kali ini mungkin sekadar pendapat peribadi dan tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. Jadi anda sudah ada jawapan bagi pertanyaan saya sebentar tadi? Kalau sudah ada jawapan bagus. Bagi yang sedang berfikir selamat menikmati dan bagi yang blur tak tahu nak jawab apa? Tak payah jawab. Mungkin awak memang ditakdirkan menjadi seorang yang pending, tak pandai buat keputusan sendiri ataupun lebih mengutamakan pendapat orang lain berbanding pendapat diri sendiri. Macam mana awak hidup ya? Sedih.

Okay, berbalik pada persoalan itu tadi, seseorang yang sudah bersedia memasukkan seseorang dalam hidup dia, dia takkan serabut bila pasangan dia tanya, dah makan belum? Tengah text siapa? Keluar dengan siapa? Sedang buat apa? Semua pertanyaan yang sama setiap hari dan dia akan jawab walaupun dia akan bagi jawapan yang sama. Bosan? Kalau bosan tukar atau jawab jawapan yang berbeza, mudah bukan? Bukannya merungut. Permasalahan orang yang berpasangan dia gemar cerita pada orang lain tentang pasangan dia, maksudnya dekat sini macam "aku bosan lah..." dan contoh-contoh yang korang selalu bagi. Why not korang be honest cakap dengan pasangan korang sendiri? Sekurangnya dia boleh perbaiki. Bukankah perbuatan cerita dekat orang lain tu dah membuka ruang orang nak tahu yang hubungan relationship korang tu hambar dan bermasalah?

Selalu pasangan yang sedang bercinta akan mengalami masalah komunikasi. Awak ingat kita hidup dalam telepati naluri bagai yang kena tahu sifat manusia itu dengan sendirinya? Sedangkan salah seorang dari anda tengah berperang dengan perasaan sendiri. Sedangkan tak ada apa pun yang berlaku. Weirdo? Jangan tipu semua orang ada perasaan ni. Jadi sudahkah anda bersedia?

Berdua, bila berdua kalau tak bersedia nak each other baik jangan berpasangan. Salah seorang akan terseksa walaupun dia cakap, sokay blablablabla. Kita manusia bukan? Kalau belum bersedia nak share life dengan someone dan tak puas hidup seorang. Better fikir baik-baik. Sudah bersediakah anda?

Embun Karina Abdullah Saif.

Cinta dan Agama kau pilih mana?

Lepas check result MUET semalam, ada orang tanya;
Cinta dan agama, mana kau pilih?
Kalau kau tanya, semua orang kata agama.

Couple tu haram yaa satu Malaya tahu and what, kau nampak berapa percent orang yang kisah? Nampak ceritanya di situ? Jadi bila ada yang mula rasa apa yang dibuat itu salah, dorang tarik handbrake cepat-cepat. Dan, semestinya hubungan yang sekian lama dibina, mahligai cinta ditatang penuh nikmat ibarat syurga akan menghadapi kehancuran bala petaka semua. So, bila one side kata ;

“Awak, kita kena berhenti buat semua benda ni. Maksiat, zina mata, zina hati, Allah tak suka. Berdosa”

Yaa memang benar, bukan? Jadi, drastically no more night call, no more wishes, no more “sweet things”. Kalau dua-dua pihak matang, then its fine. Mudah. Masalah datang  bila dua-dua tak reti nak kawal perasaan. Rasa rindu, rasa janggal. Cukup untuk meng-agony kan hidup korang. Then mula buat status pelik-pelik, mengarut-ngarut. Konon give up, tak mampu bertahan, tak kuat hadapi ujian tuhan.

Dehell. Tu baru sikit ujian Allah bagi. Kalau kau nak tahu lah.

Cinta itu kan lumrah. Kalau namanya manusia mesti ada perasaan tertarik, suka, jatuh hati, cinta, sayang. Kalau kau suka just biarkan suka. Tu detikan Allah yang bagi tau. Mencintai seseorang tak pernah salah. Bukan benda haram. Cuma ada beberapa cara mengeksperesikan cinta itu salah. Lalu, jatuh kepada haram. Kau expect berapa bahagia kau akan rasa bila Pencipta kau, Penentu takdir, qada’ dan qadar kau tak redha dengan hubungan kau. Berapa jauh hubungan kau boleh pergi? Kalau kau rasa kau dah cukup bahagia, kat akhirat nanti kau rasa macamana?

Lagi satu, best tak rasa bila kau dah tahu benda tu haram tapi still buat?

Kawan : Aku rasa macam aku tak mampu, aku tak tahu apa dia buat, apa perasaan dia pada aku sekarang.

Aku : Sejauh mana penggantungan diri kau kepada Pencipta sebagai seorang selama kau hidup ni?

Kawan : … (Diam)

Aku : Nak tahu kenapa kau rasa susah sangat? Em, sebab kau hadap cinta manusia yang bernafsu lebih daripada cinta kau dengan Tuhan. Bila susah, bila ada masalah kau cari siapa dulu? Makwe kau ke Allah?

So, bila kau hilang tempat bergantung, mestilah kau jadi mereng tak tentu arah. Makan tak lalu, tidur tak lena. Bila baca status si dia rasa macam tak tentu arah. Asyik fikir, kemana hubungan ni akan pergi. Insecure.





Kata tadi cari redha Allah, biaq pi lah makwe pakwe korang tu dengan status dia ke hape. Kalau kau percayakan kekuasaan Allah kau takkan rasa tergugat pun kalau tengok insta pasangan korang bergambar dengan perempuan/lelaki lain. Sebab kau tahu, kalau kau utamakan iman kau dulu, Allah akan bagi ganjaran yang sangaaaaat besar. Jalan hijrah dan jalan orang beriman tu bukan jalan mudah. Meraih kemenangan akhirat bukan mudah. Jadi, jangan putus asa. Allah kan sebaik-baik perancang J

Kau doa banyak-banyak. Kalau bukan jodoh kau dengan dia, kalau dia lari cari orang lain. Tu tandanya dia tak cukup baik untuk kau dan kau tak cukup baik untuk dia. And berita gembiranya ialah, adaa orang yang lagi baik yang tengah Allah sediakan untuk kau. So kau nak yang tak berapa baik untuk kau atau yang terbaik?

What truly yours would eventually be yours.
What is not yours will never be yours.
It’s only a matter of time.

Watlek watpis sudah. Dunia tak berkecai pun kalau kau hilang dia.

What is destined will reach you, even if it be underneath two mountains. What is not destined, will never reach you, even if it be between your two lips – an Arabic proverb.


Ada orang kata kat aku “Alah kau senang lah cakap, tak bercinta”.
Eh hello, kau ingat aku ni takde orang suka? Hahahaha.



One more thing, aku bukan nak jadi ustazah alim ke apa tapi ni reality kan?


Thursday, 1 January 2015

Dating an Ex- Seriously?

Dating an Ex- Seriously? (again aku nak tanya)

Temptation and longing could force you to rethinking about your previous lover. Tiba-tiba teringat, tipulah kalau tak pernah. Rasa menyesal dan seperti salah langkah, I believe ada yang pernah terfikir untuk sapu debu dekat buku usang lama, mahu mula baru kisah lama.
Tak, aku tak kata salah. Ada yang boleh, berjaya sampai ke jinjang pelamin. Ada yang once again berguling-guling jatuh macam kena panah petir. Kalau kau tanya aku,

Dating an ex is almost doomed to failure.

But once again, tak mustahil kan. Kuasa Tuhan. But if you really are on  to contemplating over dating your ex, or you now on your way try to convince your ex, you need to stop for a while, take a deep breath and fikir masak-masak. Sampai habis masak. Fikir semua risiko, cari sebab kenapa you need a getback? “Ex”- always owns a special place deep in our heart.

Kau mungkin rindu ex kau sangat-sangat. But believe me, missing an ex is never a good reason to get back with your ex. Rindu tu takkan mampu atasi cemburu, takkan mampu atasi penyesalan atas kesilapan lama. Rindu tak boleh ubah apa yang dah jadi. Atau kau sebenarnya sunyi? Sebenarnya takde tempat mengadu. Sebenarnya hubungan kau yang baru tak menjadi. You really need a strong reason why you have get back with someone you walked away from.



Friend: Is it a good thing to start over a new chapter with the same person?
Me: Are you having some difficult time to get over on your ex?

Susah nak lupakan ex takkan pernah jadi the alasan munasabah. Kemungkinan buruk yang paling semua orang boleh expect is, both of you are going to drown again. Kesilapan akan berulang. Ada yang terluka. Bukak lagi cerita baru. Buang masa, letih.

Some simple comparison yg aku boleh bagi ialah bila kita start a new relationship with someone new, the excitement won’t be the same macam kita get back dengan previous ex. With someone new, both part will eager to know each other, a lot of topics to be talk of and all the conversation are going to be interesting! Kita takkan lost word. Tapi, get back dengan pakwe makwe lama ni macam ala ala reunion kekasih gitulah. Excitement still ada, sepanjang break duration mesti ada benda yang nak diceritakan. And that’s it. There is nothing really new to be experience and maybe ok maybe the sweetness akan tahan for few weeks only. Which lead kau and dia to another break up.



So untuk aku, bila kau berkeinginan rasa macam teringat amat terlampau sangat (haha) nak get back with your ex, pastikan few important component:

1.       Adakah si dia berasa yang sama?
2.       Ingat balik punca perpisahan sebelum ni
3.       Adakah kedua-dua pihak matang dalam membuat keputusan get back dan matang untuk terima apa yang mungkin terjadi later on
4.       Paaaaalinggg pentingg . Is the second chance, worth the effort?

Yahh entry aku cam tak bagi korang rujuk semula kan haha ne dee. Not all ex reunions end badly ok. Just make sure you won’t go through the same painful experience again.