Monday, 19 January 2015

Rasa yang berbeza

Harini cuaca panas, panas sama macam panasnya hati aku bila kau hantar whatsapp penuh makian tentang betapa lambatnya aku nak reply semua whatsapp yang kau bagi, tentang betapa endah tak endahnya aku jawab call kau, tentang betapa dinginnya aku bila kita keluar. Senang cerita kau ungkit semua benda. Tapi apahal pulak?

Diam.

Aku diam.

Diam tak tahu nak kata apa.

Makin aku diam makin galak kau menyembur kata-kata maki pada aku dalam whatsapp. Panjang berjeler, aku saja diam biar lama whatsapp kau tu tak berjawab. Kau makin bengang, saja jugak aku tak angkat call kau, aku tahu kau nak berperang dengan aku dalam telefon pulak. Konon nak maki aku dengan nada suara dan kata-kata yang aku sendiri taknak dengar. Aku biarkan telefon berdering ditepi, aku peduli apa.

Makin laju bunyi notification whatsapp yang masuk.

Memang saja je aku biarkan, malas nak reply.

Aku tahu aku yang paling kau utamakan, selalunya macam tu. Kau jaga aku elok, bagai menatang minyak yang penuh kata orang kan, penuh kasih sayang. Kalah orang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun yang dah sedia nak kahwin tu. Bila aku terlentang sakit, nangis-nangis time aku lapar, tak kira susah senang aku kau mesti ada je kat sebelah aku dengan rela. Kau tahu aku tak paksa. Aku tak pernah paksa, sekali pun tak ada. Sumpah, tak ada.

Hubungan kita, keakraban antara kita yang ada kita simpan sama-sama. Aku taknak orang lain salah anggap tentang kita, aku taknak orang lain berkata-kata tentang kita. Aku biarkan semua tersimpan kemas dalam kotak rahsia kita berdua. 

Aku tak pernah kongkong kau. Kau nak pergi mana, kau nak keluar dengan siapa, kau nak buat apa pun itu kau punya suka. Tak pernah aku buat perangai nak halang kau buat apa pun. Sebab aku harap kau buat benda yang sama. Tapi bila sampai masa aku, aku buat apa aku nak buat. Kau tarik muka, buat muka sememek lepastu bagi message penuh ayat sentap konon aku tak jaga hati kau. Ke kau sebenarnya cemburu? Aku dah kata, kita ada masa bersama dan ada masa kita tak perlu kongsi berdua. Aku perlu masa untuk diri aku dimana aku tak perlu kau untuk ada masa itu. Kau kata kau faham, tapi kau kata “rasa” itu dah lama kau pendam.

Aku terdiam tanda tidak faham.

Tiap kali kita gaduh tiap kali tu jugak kau ungkit semua benda yang kau buat untuk aku, semua masa yang kau dah korbankan untuk aku, semua benda. Semuanya. Tiap kali gaduh jugak la kau ulang buat benda yang sama sampai aku dah naik muak. Buat aku rasa kadang-kadang apa sebenarnya yang kau cuba sampaikan. Kau nak aku hargai pengorbanan kau, dengan cara mengungkit? Kau ingat aku lupa? Aku ni manusia jugak, ada rasa ada jiwa. Tapi aku tak buta pun. Kau pun tahu. Celik je mata aku ni ha.

Aku dah taktahu nak buat apa. Dalam diam aku akhirnya faham apa yang jadi. Konklusi yang aku cipta, akhirnya kena dengan masalah kita. Aku tahu apa sebenarnya “rasa” yang kau kata. Bukan aku tak pernah cuba. Pernah. Tapi rasa tu tak ada.

“Rasa” yang aku rasa tak boleh dipaksa.

Maafkan aku dan aku rasa kita masing-masing perlukan ruang dan aku perlu jarakkan hubungan kita agar rasa tu boleh dihakis mengikut arus masa. Sebab rasa itu tidak ada pada aku tapi hanya pada kau saja.

Maaf, aku tak bersedia.


5 comments:

Siti Mursyida Hasan Azhari said...

Ouchhh memahami

Intan Sha said...

aku pernh rasa situsai itu . hahaha

Miss Violet said...

sebab ni la aku putus dan lupakan semua perancangan.

HEX said...

well said writer.

Khai To said...

Quite sad..it's happen to me