Tuesday, 6 January 2015

Sudah bersediakah kita?

Sudah bersediakah kita? Sudah bersediakah kita memasukkan seseorang dalam kehidupan kita dan sudah puaskah kita hidup berseorangan selama ini? Sudah atau belum? Jawapan itu ada pada diri anda sendiri. Entry kali ini mungkin sekadar pendapat peribadi dan tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. Jadi anda sudah ada jawapan bagi pertanyaan saya sebentar tadi? Kalau sudah ada jawapan bagus. Bagi yang sedang berfikir selamat menikmati dan bagi yang blur tak tahu nak jawab apa? Tak payah jawab. Mungkin awak memang ditakdirkan menjadi seorang yang pending, tak pandai buat keputusan sendiri ataupun lebih mengutamakan pendapat orang lain berbanding pendapat diri sendiri. Macam mana awak hidup ya? Sedih.

Okay, berbalik pada persoalan itu tadi, seseorang yang sudah bersedia memasukkan seseorang dalam hidup dia, dia takkan serabut bila pasangan dia tanya, dah makan belum? Tengah text siapa? Keluar dengan siapa? Sedang buat apa? Semua pertanyaan yang sama setiap hari dan dia akan jawab walaupun dia akan bagi jawapan yang sama. Bosan? Kalau bosan tukar atau jawab jawapan yang berbeza, mudah bukan? Bukannya merungut. Permasalahan orang yang berpasangan dia gemar cerita pada orang lain tentang pasangan dia, maksudnya dekat sini macam "aku bosan lah..." dan contoh-contoh yang korang selalu bagi. Why not korang be honest cakap dengan pasangan korang sendiri? Sekurangnya dia boleh perbaiki. Bukankah perbuatan cerita dekat orang lain tu dah membuka ruang orang nak tahu yang hubungan relationship korang tu hambar dan bermasalah?

Selalu pasangan yang sedang bercinta akan mengalami masalah komunikasi. Awak ingat kita hidup dalam telepati naluri bagai yang kena tahu sifat manusia itu dengan sendirinya? Sedangkan salah seorang dari anda tengah berperang dengan perasaan sendiri. Sedangkan tak ada apa pun yang berlaku. Weirdo? Jangan tipu semua orang ada perasaan ni. Jadi sudahkah anda bersedia?

Berdua, bila berdua kalau tak bersedia nak each other baik jangan berpasangan. Salah seorang akan terseksa walaupun dia cakap, sokay blablablabla. Kita manusia bukan? Kalau belum bersedia nak share life dengan someone dan tak puas hidup seorang. Better fikir baik-baik. Sudah bersediakah anda?

Embun Karina Abdullah Saif.

No comments: