Thursday, 4 December 2014

Berperasaan di Jeti Samarahan.

     Ada sekumpulan mat motosikal berarak ke hujung jalan itu. Pelbagai jenama motosikal yang mereka pacu. Yang pasti, majoritinya mengenakan tayar dan rim bersaiz kecil. Nampak ralat tapi bila lihat majoritinya sama, maka tidak nampak keralatan tersebut.

Mereka memakir motosikal masing-masing di hujung jalan itu lantas berlari ke tebing yang semakin rendah gradiennya. Ada yang membuka baju sambil berlari dan ada juga segan dan tentunya mereka teruja untuk ke gigi air. Mereka mandi di sungai itu. Mereka bergurau senda. Mereka bergelak ketawa tidak pedulikan masyarakat. Nampak mereka sedang menikmati usia mereka. Pada hemat saya, mereka ialah golongan muda yang baru sahaja selesai bersukan di petang hari dengan bermain bola sepak di padang berdekatan. Mereka kelihatan gembira. Tidak pasti kegembiraan itu diraikan oleh sebab apa. Mungkin mereka dapat bersukan. Mungkin mereka dapat berkawan. Segala kemungkinan itu saya biarkan.

Mereka sedang bergembira di jeti walau air keruh yang pekat, seperti perasaan cemburu manusia.
     Saya berada di tepi jalan. Tidak jauh dari tempat golongan muda itu bergembira. Kali pertama saya jejakkan kaki ke tempat ini namun saya telah dijamu pemandangan ragam manusia dan alam yang tidak mengecewakan. Oh ya, di sebelah saya ada seorang perempuan. Dia yang saya gelarkan sahabat. Dia bawa saya ke tempat ini setelah sekian lama dia memperihalkan suasana yang manis di tempat itu. Saya agak teruja sepanjang perjalanan menuju ke jeti sambil berimaginasi suasananya. Walaupun kurang lebih lima belas minit saya menyelongkar pengalaman di situ, saya tetap bersyukur kerana masih dipinjamkan seorang sahabat yang rela menyantuni luahan hati saya di kala susah mahupun senang. Ketika itu dia tahu kecamukan perasaan saya. Saya harap dia tetap ada walaupun saya tiada.

Sungai yang menghubungkan dua tanah dan juga beribu perasaan manusia.
     
     Kecamuk dan resah di hati saya sedikit terbayar oleh kerana pengalaman di jeti itu. Saya kira jika ada masa saya akan ke sana lagi. Untuk kali kedua dan seterusnya saya akan bawa sebuah buku catatan untuk dinukilkan perasaan ketika berada di sana, agar saya dapat berinteraksi lagi dengan suasana semula jadi yang tiada langsung hipokrasi seperti manusia, iaitu kita.

Jeti itu tampak tidak lengkap prasarananya namun jelas kelihatan sempurna apabila saya melihat riak wajah-wajah ceria, sabar, tenang mencari rezeki sambil melengkapkan putaran hari. Di samping itu, pesona rupa fizikal muka bumi yang memberi ruang kepada manusia seperti saya untuk melepas perasaan. Inilah salah sebuah lokasi yang akan saya semat dalam fikiran saya sehingga mati, Jeti Samarahan. Dan kalau bukan kerana sahabat, entah bila saya akan berdiri di tebingan jeti buat kali pertamanya. Terima kasih kepada Tuhan dan alam.

Wednesday, 3 December 2014

Kematangan dalam bercinta.

 Matang, apa yang kau boleh agak dan jangka dengan perkataan yang ada enam huruf tu? Manusia dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai hati dan perasaan. Tak semua bila bercinta boleh fikir pakai otak. Kebanyakkan mereka suka mendengar kata hati iaitu naluri. Percaya pada naluri tu tak salah. Tapi yang salah sebab tak guna otak yang Tuhan anugerah. Pikir pakai hati boleh jadi buta. Bila pikir guna otak, segala ilusi delusi kau boleh rasionalkan. Tak payah rasa bukan-bukan.

 Budak sekolah pun dah pandai bercinta sekarang, tak payah ajar dorang tahu. Idola dorang pulak siapa? Engkorang semua lah. Haa. Jadi antara contoh yang baik atau tidak itu terpulang bagi mereka yang berperanan menjadi pencinta atau yang sedang dicintai. Paham eh?

 Cara nak handle sebuah hubungan tu kena ada skill jugak. Nak harap benda nak datang secara nature tu payah jugak adik abang kakak bero sis aney. Masa itulah antara berkeyakinan atau tidak akan timbul dan layaknya kau terhadap pasangan kau akan ditolak-bandingkan.

 Pasangan anda atau anda sendiri tak suka bila benda dah past nak diungkit balik. Bumi ni berputar, tapi kalau asyik mengenang zaman lapuk tu sampai bila? Hari tahun berganti. Ubah mana yang perlu, perbaiki mana yang rosak. Ambil masa yang ada dengan mengenal pasangan. Setiap orang itu berbeza tak sama. Jadi cara layanan juga perlu diambil peranan. Bukan sekadar "ada" saja. Paham eh?

 Pandang wajah pasangan anda sepertimana kali pertama anda pandang dia masa jatuh cinta dulu, ni bila gaduh sikit terus benci. Aku sarankan bila kau rasa nak marah pasangan kau tu, kau ambil nafas dan cuba flashback kenangan manis ke saat indah ke baca text dia yang sweet ke hape ke, jangan cepat marah dan melenting. Bagi aku, beruntunglah siapa yang bercinta dengan aku, sebab kalau bergaduh tu kalau boleh aku nak elakkan.

 Cinta itu mahal harganya, yang menjadi murah bila orang mengambil mudah. Cuba selami hati seseorang dengan sedalamnya. Cinta mana yang tak sakit bero sis abang adik aney. Okay itu je. Paham eh?

Selamat malam.

Embun Karina Abdullah.

Monday, 1 December 2014

Saling menjauh, bukan jalan penyelesaian.

 Aku tak rasa bila kita ada masalah kita perlu melarikan diri daripada orang yang kita rapat, dan aku tak rasa kau patut malu untuk ceritakan pada someone yang kau rasa kau percaya gila-gila untuk kau menjadi diri kau sendiri untuk luahkan perasaan, dan aku tak rasa meski dia tak dapat selesaikan dia boleh jadi pendengar yang terbaik. Aku tak rasa dengan perangai buruk aku ni aku mampu membahagiakan orang sekeliling aku dan aku tak rasa aku mampu menjaga hati sekeliling manusia yang berada dekat dengan aku dengan sebaiknya. Kau rasa?

 Setiap hari, mesti kau akan fikirkan masalah dan cara penyelesaiannya. Tapi kau jumpa atau kau masih mencari? Bagi aku pencarian itu sudah lama dan yang kau mahu adalah jawapan. Bila kau ada jawapan, aku tak rasa jawapan itu tepat pada kau dan kau akan terus mencari. Tak letih ke?

 Sama juga bila kau bercinta, macam biasa i love you i miss you. Perkataan yang sama kau ucapkan cuma pada orang-orang yang berbeza. Dan bergaduh pasal tak menjaga hati, curang, keluar dengan orang lain dan putuskan hubungan. Apa yang kau nakkan dalam sebuah hubungan sebenarnya? Think.

 Aku tak rasa kau cukup bersedia menerima seseorang itu dalam hidup kau kalau setiap kali berselisih faham kau nak judged satu sama lain. Dan bagi aku salah seorang akan mengalah sebab nak selamatkan hubungan. Kau rasa sampai bila seseorang tu nak memendam rasa dan berkorban untuk orang yang tersayang?

 Misalnya setiap kali kau menjalinkan hubungan dengan orang baru. Kau pasti orang baru tu akan bagi nafas baru dalam hubungan yang kau cipta? Atau sekadar kau dengar cakap aku dan aku dengar cakap kau, dan bagi aku peranan kepercayaan dalam hubungan tu tiada. 

 Dan setiap kali gagalnya dalam bercinta kau akan guna cara yang sama dan salahkan pasangan kau demi nak menegakkan sesuatu keadilan yang entah celah mana kau nak buktikan?

 Cinta itu give and take. Bila aku cakap benda macam ni tak ramai orang boleh buat melainkan menyeksa perasaan pasangan iaitu menyakiti, membalas supaya dia rasa apa yang kita rasa dan so on. Maksud so on ni banyak kalau nak ikutkan. Jadi hargai pasangan anda, sebab penyesalan selalu berada pada............akhir sekali.


Embun Karina Abdullah.

Mungkin, kisah lucu kita.

 Hujan renyai-renyai, takkan hujan rintik-rintik air bergelora pula. Hujan sebegini menggamit memori, dulu atap tirih, berlari anaklah mencari besen menadah, bila terlalu lebat banjir satu rumah, ambil kain lap lap lap dan lap. Kemudian esoknya tahu dah kain buruk tu kena basuh dan jemur. Apa je yang kanak-kanak seawal umur 10 tahun tahu? Kena marah menyuruh itu dan ini lalu hati bilang, "Ah ibu tak sayang aku."

  Abah kerja ladang, tengahari pulang makan dan petangnya pula kembali mengutip buah relai. Tulang masih kuat tak sama seperti sekarang dah tua dan bertongkat. Hati tua mana boleh lagi nak marah, masa inilah kita yang dah dewasa perlu menjaga hati dan perasaan mak abah.

 Hujan ni, mengingatkan aku lagi, lempeng kelapa cicah gula serta kopi panas kurang manis, petang sebegini tiada apa selain dari mengenang kisah lama. Cucu pula asyik berkejaran berlari depan mata. "Tok, kenangkan pada siapa? Mengelamun panjang." Aku diam. Mereka hidup dalam zaman moden mana tahu apa. Yang tahunya iphone6 dan kisah sweet mereka bercinta kononnya manis macam gula yang takkan pernah habis. Aku senyum je.

 "Tok, ceritalah pasal nenek dulu orangnya macam mana? Cantik tak?" Cucu sorang lagi bertanya. Aku kalau nak ikutkan malas nak jawab, cantiknya tu tak boleh nak cakap jadi aku terdiam. Lama. Lalu aku arahkan salah seorang cucu aku ambilkan album dekat almari bilik atas.

"Ini, nenek kamu. Atok tahu atok power dapat tackle nenek kau dulu, malas je atok nak cerita lebih-lebih, kamu tengok mak kamu sekarang, cantiknya macam itulah." Sempat juga aku sengih dalam hati. Dah memang betul arwah bini aku dulu cun-melecun.

 Cucu-cucu semua dah lari, malas layan aku mungkin. Tak mengapalah. Salina, kalau lah kau masih hidup lagi, mesti kau masih tersenyum melihat aku duduk menghadap pokok mempelam yang kita tanam bersama seawal perkahwinan kita dulu, lebat buahnya sama seperti suburnya cinta kita. Sampai sekarang aku tak lupa kau menjerit ketika kerengga menggigit, kemerahan pipimu Salina menahan malu, dan aku jatuh cinta entah keberapa kalinya.

Salina,

Usia aku dah lanjut, 78 tahun namun aku bukan seorang pelupa dan nyanyuk, Alhamdulillah ingatan aku masih segar. Salina. Ah rindunya. Tak mengapalah aku mahu beransur solat asar dahulu.

 Gagah juga menongkat menjejak ke bilik air untuk mengambil wudhu' lalu sempat juga aku menoleh pada pokok mempelam kita, aku tersenyum lagi. Salina.

 Semoga esok, dan waktu petangnya dapat lagi aku berkhayal yang kau ada bersama, minum petang bersama sambil mengenang kisah-kisah lucu kita.

Dan pokok mempelam itupun terbuai daunnya. Berusia lama seakan cinta kita.


Tamat.

Embun Karina Abdullah.


Monday, 17 November 2014

Jualan Akhir Tahun MABOPA & TerfaktabTour Sabah!

 Pengumuman penting. Jualan akhir tahun Mabopa kami akan melakukan jualan penghabisan stok 2014. Dengan selamba dan bersahaja kami berikan kalian diskaun mutlak dari 10%-50%. Buat kalian yang menyimpan hasrat untuk memiliki buku kami dengan harga paling steady, ini lah masanya. Rujuk poster untuk tarikh dan tempat. Yang dari utara, selatan mahupun pantai timur. Turunlah, dan nikmatilah jualan akhir tahun ini. Kami menanti kalian dengan senyuman.


Adalah pertama kali kita ke Sabah! See you guys there~

Sunday, 26 October 2014

Memberi Cinta

Cinta ialah pemberian.

Sebenar-benar cinta ialah cinta yang tidak mengharapkan orang yang kau cinta itu mencintai kau kembali. Cukup kau yang memberi cinta dan menunjukkan rasa cinta itu.  Jika cinta kau ikhlas, orang itu akan merasa keihklasan cinta itu.

Contoh situasi :

Si perempuan sedih dan kecewa kerana pagi itu, dia  tidak mendapat mesej "morning!" daripada si lelaki seperti kebiasaannya. Jadi, si perempuan terus melabel si lelaki sudah lupakannya atau sudah berhenti mencintai (Dengar macam over pada telinga si lelaki, tapi deep down - itulah yang perempuan sangka. Cis)

Why not kali ini si perempuan pula yang menghantar "morning!" kepada si lelaki dan bertanya hari-hari beliau. Bukankah cinta itu sebetul-betulnya ialah saling memberi? Bukannya saling mengharap dan saling menanam ego. Kalau cinta, katakan cinta ; berikanlah cinta.

Bercintalah secara matang.

Wednesday, 15 October 2014

Atau nama glemer-nya; KOLUMPO KITA PUNYA.


Di event KOLUMPO KITA PUNYA INI kami menjemput korang datang ke sesi bersama penulis Evasion iaitu Farah K. Novel ini merupakan novel Inggeris sulung terbitan kami.


Malah, jangan lupa juga dengan aktiviti TerfaktabTour kami di UIA Kuantan pada hari yang sama kelak. Info menegnai kedatangan kami ke tempat korang ada pada gambar di bawah
Update; 29 Oktober Terfaktab Tour akan berada di UiTM Puncak Alam.

Amacam korang? Jumpa di sana dan marilah kita membeli buku sampai lebam!