Hai kawan. Apa khabar?
Pejam celik, pejam
celik dah hampir tiga tahun kita semua berkenalan dan belajar kat sini
(mana-mana universiti awam atau swasta). Masa mula-mula kenal, ada yang
berpasangan sama ada pakwe atau makwe. Namun, ada juga yang tak pernah bercinta
malah ada yang langsung tak pernah terfikir untuk bercinta. Masing-masing
dengan cerita masing-masing.
Begitu juga ceritanya
dengan aku. Awal-awal aku dah set tak nak bercinta sebab tak nak fokus untuk
belajar terpesong la (konon). Tapi nafsu remaja membuak-buak woi bila masuk universiti.
Maklumlah makwe yang entah dari mana tiba-tiba boleh wujud kat tempat belajar.
Mulalah rasa nak bercinta jugak.
Runtuh tugu imanku,
sayang.
Aku sebenarnya tak reti
nak tulis deep sangat. Dan aku tulis ni bukan nak cerita pasal aku. Tapi nak
cerita tentang kita semua iaitu kawan.
Sudah tentu aku
berkawan lebih ramai dan rapat dengan lelaki in real life berbanding
perempuan. Hal ini demikian kerana ego atau perasaan malu serta rendah diri
yang ada dalam diri ini (mungkin tipu). Kalau perempuan aku lebih menggunakan
pendekatan laman sosial. Tapi memang seronoklah berkawan dengan kawan-kawan
kita sebab masing-masing perangai macam orang gila pun ada kan? Tak kira lelaki
atau perempuan, pengkid atau pondan, gay atau lesbo, masing-masing tetap ada
kegilaan dan unik. Walaupun gila-gila tapi hati mekar berbunga.
Perkara biasa bila
sebut pasal berkawan dalam kalangan pelajar universiti ni memang tak lari dan
mesti ada walau sekelumit perasaan untuk bercinta sesama kawan sekelas, betul
atau tidak? Bagi aku betul, berdasarkan pengalaman yang dilalui. Maka bermulalah
drama cinta sang dara dan teruna memadu cinta yang mula mekar bersaksikan
kawan-kawan sekelas yang lain. Susah untuk menipu kalau cinta kampus kerana
pada akhirnya akan terbongkar juga hubungan tersebut. Kalau tak terbongkar pun
mesti ada ‘detektif’ yang menyiasat lalu membongkarkan. Memang tak boleh lari.
Selain itu, ada juga
yang bercinta atas dasar rekomen dan galakan dari kawan-kawan. Kategori ni aku
susah sikit nak definisi sebagai aktiviti yang baik atau buruk. Orang yang
memang tak tahu menahu tentang percintaan seperti dipaksa untuk bercinta. Ibarat
mak bapak yang dah aturkan perkahwinan anak mereka. Tapi atas dasar galakan tadi,
maka bercintalah dua insan tersebut atas pengaruh dan rekomen kawan-kawan.
Ibarat kahwin dahulu baru bercinta kerana mak bapak yang paksa.
Akhir sekali, aku nak
juga sentuh pasal percintaan yang telah merenggangkan hubungan sesama kawan.
Mengikut pemerhatian aku dan mungkin anda juga perasan, kawan-kawan yang
bercinta ini akan lebih mengutamakan pasangan mereka berbanding kita yang
terlebih dahulu mengenali mereka. Mungkin isi ini berbaur kekecewaan tetapi
harus diakui kebenarannya. HAHA Bagi aku, kalau pasangan mereka yang betul-betul
memberi motivasi dan semangat untuk mereka belajar memang aku tak kisah. Tapi
kalau sampai pasangan mereka yang mengawal tingkah laku mereka sehingga nak
ajak lepak sekaki pun payah, memang parah dah.
Jadi, aku nak pesan
kepada diri aku sendiri. Bercinta biarlah berpada-pada kalau masa belajar ni
sebab ada banyak kerja lagi kena buat. Untuk peringatan aku sendiri jugak, masa
bercinta memang tak boleh nak lari dari ego dan hipokrit terhadap diri sendiri.
Sekian, dari kawan
untuk kawan.