Losing = emptiness
Apabila kau hilang someone yang kau sayang, mesti akan ada
sekelompok manusia yang hidup sekeliling kau berteriak umpama mereka faham apa
yang kau rasa. Time tu juga tiba-tiba muncul manusia yang berteriak lantang seolah-olah mereka tahu kau
ni jenis orang yang macam mana, dan tahu strategi yang kau akan guna untuk
settle semuanya.
Tetapi, dalam kelantangan mereka berkata umpama mereka
peduli tentang semua benda. Tak ada seorang pun yang jujur dengan kau, bukan
tipu, cuma tak jujur. Percayalah, dan aku rasa kau sendiri pun tahu. Tak ada
seorang manusia pun yang betul-betul faham perasaan kau, yang tahu keadaan kau
bila kau melepet kesepian dekat rumah sensorang, yang peduli bila kau terlentang atas katil meratap
langit yang terbentang, tak ada siapa tahu macam mana duka lara kau rasa bila
kau menangis menjerit sensorang.
Kau ingat mereka peduli?
Tak ada siapa peduli.
Aku pasti.
Mati hati ni sebenarnya lebih kurang je dengan mati jiwa. Cuma
bila mati hati, kau masih diberi peluang untuk teruskan hidup dan bina
segalanya semula, itu bezanya.
Bila kehilangan, mesti akan ada proses pembentukan semula. Mencari
semangat untuk bangun dengan gagah memapah segala kudrat dan kehendak yang ada
untuk mengutip sisa-sisa cebisan yang berderai. Memang makan masa, ada yang mengambil
masa dua tiga minggu, ada juga yang berbulan-bulan dan bertahun lamanya. Bila dah
lepas stage meratap, bila kekuatan dah ada dan segala kudrat dah dihimpun
bersama. Kau sendiri akan bangun tersenyum dan merasa sebenarnya dunia ni tak
ada lah sekejam mana yang kau, aku, dan kita semua sangka. Tetapi, nanti, akan
ada benda yang mendorong kau mengenang kenangan lama.
Aku pasti, pasti ada.
Kau fikir kau dah terima rasa kehilangan tu, tapi satu benda
jadi.
Puff!
Umpama magis, sekelip mata sahaja.
Buat kau rasa kau kehilangan benda yang sama. Sama macam
dulu yang kau rasa.
Ramai orang percaya bilamana kita dah berjaya lompat keluar
dari satu dimensi yang penuh kesedihan kita dah berjaya lari dari luka lama. Sebab
apa? Sebab orang kata,
“Kenapa nak ingat luka lama, bila yang suka dah ada depan
mata?”.
Tetapi kita lupa, tiap yang terbuka tu perlu ditutup semula.
Kau takkan mampu baiki semua luka dalam satu masa. Macam mana kau belajar
menjadi manusia dari sekecil bayi sampai sebesar hari ini, macam itu juga lah
kau perlu bangun dan belajar memperbaiki hati. Langkah demi langkah. Kau takkan
berjaya tutup semua luka bila dah ada suka depan mata, tapi kau akan kutip satu
persatu cebisan jiwa yang kau hilang dan cantumkan semula bila tiba masa.
Kau akan rasa mati hati berkali-kali, tapi sakit tu kau akan
rasa berkurang sedikit demi sedikit saban hari.
Suka dan duka tu sebenarnya satu benda yang saling berkait,
kau takkan dapat salah satu tapi kau akan rasa dua-duanya sekali. Kau nak suka?
Kau kenalah rasa dukanya. Tapi ingatlah, bilamana kau cuba tempuh saat kehilangan
jangan cuba berlagak seperti kau dah cukup kuat untuk hadap semua sakit tetapi cuba
belajar untuk kuatkan hati. Set kan minda kau sendiri yang mana bila orang yang
kau sayang mati dalam jiwa, tak semua benda dalam dunia ni mati bersama dia.
Menangislah semahunya, meratap lah bagai gila dan ambil masa
seberapa lama mana pun yang kau ada. Fikirlah, dalam kau menangis cuba berusaha membaik pulihkan
jiwa dan keadaan, akan ada manusia lain dalam masa yang sama yang sedang tersungkur terjelepuk jatuh
dan menahan kesakitan sebab kehilangan.
Dalam menempuh hari yang mendatang, pasti akan ada hari kau
hilang orang yang kau sayang, kau patah hati. Kau kena tahu yang kau takkan mampu lenyapkan semua
luka dalam kotak masa yang kau ada sebab kau cuma manusia biasa. Kau bukan adiwira. Kau tak ada
superpower.
Semua yang jadi, bersebab. Kau takkan dapat jawapan terus
menerus kepada setiap persoalan. Cuma simpan rasa percaya, dan jaya tu akan
datang sendirinya. Dunia takkan bentangkan semua dan suap kau dengan jawapan kepada soalan
yang kau hamburkan, tetapi dunia akan mengajar kau cara untuk mencari tiap langkah
kepada jawapan.
Dunia tak kejam macam yang kita sangka.
Mungkin dalam tiap kemanisan, pasti ada kelukaan.
Tetapi jangan lupa, dalam luka tak mustahil ada manisnya.
No comments:
Post a Comment