Monday, 13 May 2013

confession #24


" Oh no lah. We're just friends. " I have to gather all my strength to force this sentence out of my mouth. I can hear a soft cracking sound inside of me.

These unsaid words that I choose to keep, might be the reason why things between us were left hanging, unanswered. But I can't help it, because I'm losing hope. How can I have the thoughts of competing against her? I'm not her. I can never be her. I can see the way you smile and the way your eyes twinkling whenever you talk about her. The soft, smooth sway of your voice when you mentioned her name. I can never beat that.

For a while, I am convinced that maybe, things like this happens daily. People fall in love, and people fall out of love. We just need time and luck to be on our side. These wounds will heal, and memories will fade. I will be okay, eventually. It has been quite some time now. I've met new people but still, none of them have that electrifying shock, the one that you own. That special touch and lovely crinkles. And they say if you want to know where your heart is, look where your mind goes when it wanders. 

It's you. You are my wonderland.

I told myself that I'm okay with this, whatever this situation we put ourselves in, and put a strong face as I live up my days. Yet, why these tears keep on streaming down my face when I see your picture with her? Can you explain all of those sickening thoughts of what-ifs and make-believe that exist in my head?

 Is this the way we're supposed to be? You're going out with her, and I'm with him. Are you happy now? I'm hoping that you are. I guess we are moving on. I guess this is life, and we're supposed to leave things behind. But I cannot lie. What had happened between us, it haunts me. And all those sleepless night where I caught myself thinking that perhaps, in some other alternate universe, things might be different.

Or maybe not.

Because I knew it, deep down in my heart, that even if everything in this world conspire together to make things happen between us, it wouldn't work. Who would love to fall in love with such an ugly duckling? A duck that can't even quack. For I am a creep. I am a black sheep, and I guess a weird potato like me will never win your human heart.

If I were you, I wouldn't fall for me too. 


Sunday, 12 May 2013

The end



They thought I was happy
when I smiled so widely
I might seem so
with all your money
Behind the curtain
I was only lonely

That you wanted her
You should have told me
Did you not have the guts
to bring yourself to say
that our love had lost its flame

I hated myself for
I was indecisive
that our bright days had passed
and we were not meant to be
but I was indecisive
Lingered at the same spot
too afraid to look up
nor move forward

I hated myself for obsessing over you
with all my heart and all my might
I loathed myself for
the thoughts that I was at fault
and never the best
each time
I saw her in your arms
when the truth was
YOU
made the mistake

Saturday, 11 May 2013

Pelamin Angan Kau Musnah




Kau kata kau dah nak kahwin
Duit simpan semua dah cukup
Hantaran berbalas berapa dah plan
Tarikh dipilih pun dah cukup cun

Kau kata kau dah nak kahwin
Harini aku dengar kau dapat no si A
Tergelak tersengih macam kerang busuk
Tangan kau tu tak lepas pegang si handphone

Kau kata kau dah nak kahwin
Dekat FB ada gambar kau dengan si B
Pipi ke pipi, bahu ke bahu
Aku tekan ‘Like’ sebab aku si jurugambar

Kau kata kau dah nak kahwin
Aku gelak kahkahkah tanda gembira
Sebab aku tau nama awek kau si C
Tapi nama di kad jemputan ada nama si D

Kau kata kau dah nak kahwin
Tunggu saja hari sejarah itu
Tunggu saja aku hadir nanti
Untuk mendendangkan lagu Tenda Biru

Thursday, 9 May 2013

Harga Murah


" Alah setakat perempuan tu, setakat semalam dua boleh ah duhh. Dasar belen, siapa nak kisah lepas dah dapat? " - ujar sorang brader belakang aku masa tengah lepak makan Char Kuey Tiau tiga malam lepas. Nasib baik Char Kuey Tiau tu sedap. Kalau tak..hhmmph!

Aku pelik sebenarnya bila ada golongan manusia yang rasa mereka ni Tuhan, sukahati nak label perempuan macam tu. Perempuan murah la, takde harga la, apa la. Kalau murah je mesti perempuan, perempuan yang salah. Kepala hotak kau, habistu kalau lelaki macam kau? Kira aku boleh label lelaki murah la? Lelaki takde otak macam brader Char Kuey Tiau tu, jenis yang sibuk nak benam six-inch kat sebarangan perempuan yang dia boleh dapat. Itupun kalau-kalau ada six-inch la. I bet cowards like you ni semua bullshit je lebih. Cakap besar. This is a sign of oppression tahu, when girls jadi a subject of only sex and lust.

source


Kalau ikut hati, aku dah benam pisau enam inci masuk mulut dia.

Apa hak kau nak cakap perempuan tu murah? Padahal sebenarnya buaya macam kau yang sibuk tebuk dara anak perempuan orang, pastu campak tepi. Nak salahkan perempuan dah rendah akhlak? Konon populasi perempuan baik semakin rendah? Kebanyakan lelaki macam kau yang sibuk komplen cemana nak cari isteri yang tak pernah disentuh. Lelaki bodoh macam kau yang sibuk tukar perempuan setiap bulan pastu gebang ah nak RT tweets pasal nak dapat isteri solehah, pasal rendahkan harga mahar, share kat Facebook posts pasal 10 tips perkahwinan yang indah di sisi Tuhan. Like seriously?

Aku tak cakap salah, baguslah kalau dah memang nak taubat. Tapi ada certain lelaki yang aku kenal memang jilaka punya perangai buat camtu konon sebab nak attract perempuan solehah katanya, biar nampak baik sikit, baru senang nak tackle perempuan suci bertudung mulia.

Oi perempuan, jaga-jaga eh. Kalau laki tu share quotes UAI sekalipun, takyah percaya sangat iman dalam dada. Hang pi test tanya doa Qunut dia hafal tak.

Kalau ada seribu buaya perangai macam kau ni, cakap sikit macam mana aku nak hadap kalau kawan perempuan aku menangis, meroyan kena tinggal dengan lelaki bodoh macam kau?

" Alah perempuan tu la yang bodoh, sepatutnya kena pandai jaga. Ini tak, bila boyfriend mintak, senang-senang je bagi. Dah tu, certain perempuan pakai seksi-seksi. We guys just simply can't help it. " Ini respon salah seorang kawan lelaki aku bila aku tanya pasal ni. Ammbuuuii defensive nya alasan, pandai ye menjawab gittew.

Unfortunately, kita hidup dalam komuniti di mana kita diajar " Okay kalau awak taknak kena rape, kalau taknak kena cop sebagai belen, awak kena pakai jubah siap purdah sekali. " Habistu kenapa rata-rata aku tengok ada je perempuan pakai cantik litup tutup sopan, tapi tetap jadi mangsa? Kenapa kau tak tanam dalam otak kau, instead of jangan dimainkan, guna otak tu, jangan la main-main kan orang! Ini benda basic duhhh, perempuan-perempuan ni semua ada bapak, ada abang, ada family. Kalau adik perempuan kau yang kena acane? Haa.

Adik-adik sekalian, sex is not the solution.

Perempuan ni sebenarnya, walau ikut dalam entri Ovari Macho aku tu, konon gagah ke, cool ke, kalau bab lelaki yang dia sayang ni, konfem cair jugak. Dah kalau jahat cemana pun, kaki perempuan terang lagi nyata pun, dia butakan mata jugak. Kalau awak ajak masuk bilik, mula-mula dia tolak pun, lama-lama kalau awak pujuk, dia ikut jugak. Sebab hati dia lembik, tulang rusuk bengkok, remember? Tambah lagi kalau pergi berdating berdua, yang ketiga tu setan.

Haa yang perempuan-perempuan ni pun, bukak mata sikit. Even kalau kau dah bertunang ke apa, sex is not the solution. Memang lah atas alasan sayang mula-mula, konon nak bagi boyfriend kau jangan lari, tapi apa jaminan jantan tu confirm lekat dengan kau lepas buat? Ada siap buat kontrak ke, cik kak? Eleh even kalau ada, nak bawak naik court pun malu seyy! Ada perempuan-perempuan yang kena rape dengan boyfriend dia, aku sarankan report aja. Jangan sebab sayang boyfriend, awak butakan mata. Kesian tau.

If he need breast and thigh to fall in love and stick around with you, then bring him to pasar malam, belikan ayam mentah. Lelaki murah macam ni tak layak pun dibawa ke KFC, tak payah baik sangat belikan snack plate. Believe me, sweetheart, harga diri awak tu tinggi. Jangan rendahkan untuk orang yang tak mampu beli. Badan awak, maruah awak, bukan barangan bundle. 

Aku sayang korang ni haa sebab tu laa cakap gini.

Ingat tak dulu masa kecik-kecik, ayat " jom main " tu innocent?
Let's make it innocent again. Bukan macam ni.

P/s : Aku tahu ada segelintir golongan lelaki yang baik-baik, perempuan bijak pandai yang pandai jaga hidup, pandai jaga diri. Tahniah aku ucapkan. Good job, guys! Jangan jadi korban cinta nafsu, okay? :D


Monday, 6 May 2013

Suatu masa nanti.


Dia dah janji nak datang. Nak bawa aku pergi makan. Satu rancangan yang sebenarnya tak dirancang pun. Tapi menjadi. Ada jodoh mungkin?

Dari jauh aku pandang dia. Dia datang menghala aku. Jalan perlahan-lahan dengan muka penuh senyum. Gaya dia macam selalu. Simple sahaja, sentiasa kemas. Itu dari dulu aku tahu. Itu juga yang buat aku jatuh hati pada dia. Tak terlalu over, dia menjadi diri dia sendiri. Dan sekarang dia masih dia.

Kami keluar makan bersama. Aku mengambil kerusi yang mana tempatnya menghadap dan berdepan dengan dia. Senang aku nak curi pandang dengan mata.

Sejak dari awal dulu mata aku tak pernah jemu melirik tengok wajah dia. Senyum dia, pandangan mata dia, riak wajah dia. Semua aku rasa, semua aku ada. Dia tengok rancangan di televisyen. Mata aku mencuri pandang muka dia. Mata berkelip, sikit pun tak lari.

Senyum aku dalam hati.

Rindu.

Tiba-tiba dia pandang aku. Aku tersentak. Aku buat seperti tiada apa. Aku pandang ke arah lain. Malu kalau dia tahu aku curi tatap dia punya muka. Berulang kali aku buat benda yang sama. Pandang dia dengan mata. Pandang dia dengan jiwa. Berbunga dalam hati aku rasa. Manis je. Memerah juga pipi aku tahan malu.

"Kalau lah dia tahu aku sangat rindukan dia. Aku pasti dia dan aku lebih bahagia."

Aku senyum.

Makanan mula terhidang di depan mata. Dia makan penuh selera. Tapi aku makan tak sampai separuh pinggan, mungkin suku je. Kenyang melihat muka dia rasanya. Seronok tengok dia makan. Comel. Macam budak kecil. Comot. Aku rasa nak ambil tisu dan lapkan kesan comot dekat tepi bibir dia. Tapi aku tahan tangan. Aku biar je. Biar dia lap sendiri dengan tangan dia. Ego pula rasa.

Kami bersembang macam biasa. Masih ada gelak, masih ada tawa. Tapi mungkin agak kaku, awkward sikit rasanya.

Hari makin gelap. Dia pun dah nak balik. Sayu aku tengok muka dia. Aku tahan dari rasa nak berjurai air mata.

Aku diam, aku senyum.

"Awak balik hati-hati ye. Dah sampai nanti jangan lupa bagitahu saya."

Dia senyum balik pada aku.

Perkataan yang aku selalu guna bila tiap kali nak tengok dia pergi. Tapi kali ini terasa lain. Rasa macam ada satu kekurangan. Seperti ada perkataan lain yang aku lupa nak cakap. Atau sebenarnya aku tak patut ucap pun.

"I love you!"

Kenapa aku lupa nak cakap perkataan tu? Atau sebenarnya aku dah hilang hak untuk ucap ayat tu? Kenapa dia juga seperti aku? Tak ucap ayat yang dia selalu ucap pada aku? Dia lupa atau dia buat taktahu?

Sebak hati aku tengok kereta dia meluncur laju meninggalkan aku. Jauh dia pergi. Makin jauh, makin rasa sayu.

*****

Kadangkala aku lupa. Lupa pangkat diri, lupa pangkat hati. Aku lupa semua pasal diri sendiri. Resah hati aku bila aku tahu dia bukan lagi milik aku. Menangis aku dalam diam. Tahan rasa sepi.

Mata dia, pandangan dia, senyuman dia, perasaan dan jiwa dia. Yang mana semua tu dahulu adalah milik aku sepenuhnya. Tapi sekarang aku dah taktahu siapa yang empunya. Kadang-kadang aku rasa nak putar masa. Nak rebut kembali apa yang dulu aku pernah ada. Yang aku pernah sia-sia.

Aku tahu satu masa peluang tu akan ada. Masa tu aku akan berusaha sedaya upaya. Untuk rebut apa yang pernah jadi milik aku dulu. Aku akan rebut untuk kekalkannya jadi milik aku selamanya. Aku juga tahu dia mahukan benda yang sama. Tapi kami tahu sekarang belum masanya.

Aku sayang dia. Dan aku harap dia tahu dia masih ada tempat dalam jiwa aku. Aku juga harap dia pun macam tu. Selagi hati aku masih tak pernah kenal erti penat merindukan dia. Selagi itu aku akan tunggu sampai tiba masa.

"Sayang, bila tiba masa yang kita tunggu nanti. Janji dengan saya jangan pernah mengalah macam sebelum ni. Kali ni kita usaha sama-sama. Bina konkrit cinta kita. Jangan pernah mengalah, saya akan sentiasa ada disebelah. Jatuh bangun kita harungi bersama. Akan sampai satu masa kita rasa sama-sama manisnya."

*****

Telefon aku bergetar. Ada mesej masuk.

"Awak, saya dah sampai :)"

Aku senyum, aku tolak tepi rasa hiba.

Aku tahu masa tu pasti,

Pasti akan tiba.

Saturday, 4 May 2013

Wasiat

Kali ni aku akan cerita kisah hidup aku sebab aku dah naik menyampah dengan anonymous yang suka assume karakter yang aku wujudkan dalam setiap entri aku adalah aku dan kutuk family aku. Ye, aku pantang orang pandai-pandai assume dan kutuk family aku.

xx

"Sayang, kalau ni last goodbye, you tunggu I balik k?"

Aku taktau kenapa aku cakap macamtu masa aku hantar boyfriend aku petang tadi. Aku dengan dia jenis yang berkepit 24 jam. Jadi, setiap kali kitorang jauh, time nak cakap bye tu, mesti ada menitik air mata. Tapi tadi, kitorang tak pun nangis.

Bila aku balik rumah, ada sebuah stesyen tv berbayar ni call aku dan aku terpilih untuk jadi finalis sebuah rancangan realiti. Kiranya, aku akan dikuarantin selama sebulan. No phone, no internet, no whatever.

Sebulan. Macam sekejap tapi dalam sebulan macam-macam boleh jadi kan? Aqram (boss terfaktab) risau aku akan berubah. Aku tau aku takkan lupa diri. Ada banyak benda lain yang aku risaukan. Macam mana kalau aku, atau boyfriend aku curang? What if aku balik nanti, masing-masing rasa lain?

Jadi, sebelum aku dikuarantikan...

To Fateyn, 
She mintak maaf sangat she tak dapat datang wedding Fateyn dgn Hafiz. Kita best friend dari kecik, and to not be able to be at your wedding, memang makes me feel like shit. But I really hope you understand and can support me. I love you Teyn. I love you. And I'm so so sorry. :'(

Kepada rakan-rakan terfaktab zine,
Thanks for the support. Especially boss paling baik, Aqram. Aku janji tak gedik diva dalam rancangan tu nanti dan aku masih akan pakai sliper dan muka tak make up bila jumpa korang nanti. Amirul, aku amanahkan kau untuk promotion, haha. Zaffe, thanks for the support. Korangggg, doakan aku menang tau!

Kepada pembaca terfaktab zine,
Bulan depan, bila aku dah balik, aku akan cerita pengalaman aku. Aku akan cerita, apa rasa kamera sentiasa ikut. Apa rasa dikongkong dan adakah aku akan setia? Adakah boyfriend aku akan cari perempuan lain? Adakah semua benda akan jadi macam biasa bila aku balik, atau lain?

To my love,
...

Aku takkan boleh tulis dan cakap bye without crying. Never mind, I'll write him a note sebab boyfriend aku tak baca pun blog ni. But in case if you read this, I love you. Take care love. I'll see you soon. Please wait for me. 



Thursday, 2 May 2013

Jom Keluar Memangkah

Memandangkan ada lagi beberapa hari lagi sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi secara beramai-ramai, elok benarlah aku nak bercerita pasal pangkah-memangkah ni. Tapi sebab ini bukan blog politik, sikit pun aku takkan ulas tentang politik. Yang nak diutarakan di sini tentang pangkah-memangkah cik hati. Ayat yang lagi sedap sikit dari sailang-menyailang.

Berapa banyak kali dah korang memangkah hati orang lain? Berapa banyak kali dah korang memangkah hak orang yang lain? Dah berapa banyak kali korang dipangkah oleh yang lain? Sedap atau sakit? Mungkin bahagia pada yang memangkah dan terus diiktiraf menjadi ADUN di dalam hati yang nak dipangkah. Bagaimana pula pada yang selama ini setia memangkah pada satu hati yang sama sejak berkurun tetapi akhirnya hati itu mendefinisikan pangkahan kita itu sebagai undi rosak? Dan yang akhirnya membuat kita tidak terpilih untuk menjadi wakil kepada hati yang berkurun dipangkah itu. Amboih sangat kan perangai hati yang sebegitu rupa. 


Persoalannya di sini, adakah kita mahu mengiktiraf diri sebagai wakil yang akan dipangkah? Atau adakah kita hanya mahu sekadar menjadi ahli biasa yang hanya menjalankan tangungjawab untuk memangkah sahaja? Nampak tak perbezaannya di situ? Okay, mungkin terlalu berkias. Moh ler aku berterus terang apa sebenarnya yang aku nak terangkan.

Situasi 1

Si A    : Babe, wa kena cantas dah? Dalam diam babe. 
Si B    : Laaaaa....Bilernye? Siapa yang cantas ni?
Si A    : Kawan wa sendiri, babe. Patutlah baik semacam dengan kitorang. Dalam diam buat kerja rupenya.
Si B    : Owh, gittew.......

Situasi 2

Si B   : Weh, kau dengan si C ke sekarang ni?
Si D   : A ah. Aku tak sangka pulak. Memula kitorang kawan jek.
Si B   : Babe, bukan si C dengan si A ke haritu? Ape cerita ni?
Si D   : Aku no komen lah. Hati ni susah sikit nak jangka. Dah dia suka aku, aku pun suka jugaklah kat dia.
Si B   : Owh, gittew.......

Normal dilihat kan situasi di atas. Tak pernah jumpa situasi macam ni? Owh, belum cukup kenal hidup lagi. Dan bagi aku, pemangkah / penyailang is the winner. Jangan melenting dulu. Rileks kejap. Inhale then exhale slow-slow.  ^__^

Bila berada dalam situasi 1, perkara pertama yang perlu dilaku adalah BERTENANG. Aku dah pernah cerita pasal bertenang dalam previous entry. Gi search sendiri yang mana. Kebahagiaan kau direnggut secara kasar dengan tiba-tiba. Memang langsung takde petandalah orang kata. Agak kejutan jugak situasi tu, tapi bertenang dulu. Kau selidik dulu pihak lawan. Apa kelebihan dia, apa ilmu yang diguna. Kalau kau betul-betul mahu pertahankan lagi hubungan yang dirampas tu, aku cadangkan kau jangan meroyan dulu. Aku tahu, kebanyakan orang bila dalam keadaan marah, langsung dilupakan dunia. Meroyan, meroyan dan meroyan. Cer bawak bertenang. Kalau kau rasa kau berhak untuk dapat balik hak kau, ayuh kita gempur. Kau perhatikan dulu seminggu dua. Jangan lost contact dengan 'ex' dulu. Keep call dan bersabar. Walau dalam hati kau rasa macam nak hempuk jek muka dia, tapi rileks. Kebiasaannya hubungan yang baru nak bermula ni dia macam ada sedikit goyah. Kalau kau berkelakuan elok sepanjang dipangkah secara tiba-tiba tu, tak mustahil 'ex' engkau akan patah balik ke engkau semula. Dan jangan lupa say, "Looser" pada si pemangkah. ^__^. Pada masa yang sama kau telah berjaya memangkah hubungan yang baru itu pula. (belum ada testimoni, maybe korang boleh jadi yang pertama untuk mencuba)


Done for the first part. Macam mana pulak bila korang berada di situasi ke-2? Watak sebagai seorang penyailang / pemangkah? Yang pertamanya, perlulah aku ucapkan tahniah atas kejayaan korang. Ingat senang ke nak memangkah ni? Perlukan penelitian tau. Bukan main pangkah jek. Lainlah kalau korang jenis main sauk apa saja depan mata. Like ewwww, tasteless lah gitu. Korang yang sebagai pemangkah ni (lagi-lagi kalau kau pangkah kawan sendiri), mula-mula hidup macam agak kacau-bilau juga. Kau akan sentiasa rasa berjuta pasang mata di sekeliling menyalahkan kau untuk setiap benda. Eventhough kau nak bagi derma kat budak-budak kecik tepi jalan pun kau boleh rasa yang orang sekeliling pandang kau macam nak buli budak kecik tu. Hidup dalam bayang serba salah untuk setiap hal. Dan rasa bersalah kau ni juga akan menjadi bahan binaan dalam hubungan yang sedang kau nak bangunkan sekarang ni. So cadangan aku, bila kau dah berani untuk memangkah jalan / hubungan orang lain, kau kenalah berani untuk teruskan hidup dengan angkuhnya. Kau dah menangkan? Apehal yang kau rasa macam satu dunia nak salahkan kau. Unless kau rasa memang perbuatan kau tu yang salah. Penyailang, please take note. Perbuatan sailang tak salah bila berada di situasi hubungan mereka-mereka itu dalam keadaan retak menanti belah. Retak yang memang tak boleh nak diselamatkan lagi. Dan behave sikit dengan cara nak menyailang tu. Jangan nak main redah. Kau suka aku, aku suka kau, jom kita tinggalkan dia yang tak guna tu. Kalau beginilah cara kau, aku pun boleh benci perangai penyailang ni. So teknik dan konsep tu kena fahamkan dulu. Barulah boleh jadi penyailang yang berkaliber. Aherher.



Bagi aku, yang dipangkah atau yang memangkah, masing-masing ada sebab. Janganlah guna ayat klise yang itu semua sudah tersurat. Kau bawak kereta, tangan pegang stereng. Kondisi kereta semua dalam keadaan terbaik. Tiba-tiba kau terlanggar divider, dalam keadaan kau memandu tanpa pejam mata walau sesaat pun. Itu pun kau nak kata perkara dah tersurat ke? Kau nak salahkan takdir Tuhan? Samalah juga dalam kehidupan kau. Kau yang tentukan apa yang kau mahu. Kau selalu nampak sailang perbuatan yang teruk. Tapi kalau kau dapat gunakan konsep sailang itu untuk meraih balik orang yang kau mahu, adakah itu kau nak katakan sailang perbuatan yang terkutuk? Kau fikirlah sendiri. Sebab aku ada nyatakan pemangkah / penyailang is the winner.

"Orang bercinta, kau pun mahu bercinta. Ilmu cinta ini luas. Pandai-pandailah kau nak gunakannya ke jalan yang kau suka." SD