Wednesday 14 August 2013

Confession #34


" You, maaf. Selamat hari raya. "
Pendek, ringkas, padat ayat yang diterima.
Nasib baik lah aku jenis yang suka meletakkan pertimbangan rasional dalam aras pertama tindakan, berfikir dua kali itu penting. Kalau tidak, aku rasa bersepai juga dua tiga pinggan. Berpisah hati mahu rasa gembira atau rasa ralat, tapi sudahnya bila puas berfikir selama lebih lima belas minit untuk reply, masih kosong. Aku rasa kosong. Jadi aku biarkan. 
" Is your 'maaf' really for maaf or just for hari raya? " Dengan penuh angkuh, aku tekan send. Tujuh puluh dua jam selepas itu.
Hendak buat bagaimana, hati masih lagi rasa berat, rasa sakit yang dia calit masih berbisa. Parut pun belum hilang sepenuhnya. Aku fikir, after all this time? Kenapa sekarang? Kenapa maaf tidak diluah pada hari biasa? Habistu aku selama ni meraung melolong dalam diam, wajib terima maaf dari dia?

" Entah ikhlas ke tak ikhlas tu. " bisik aku sendiri. Aku angguk, perlahan termakan kata pujukan syaitan.

Mungkin dia pun terkejut, aku pun terkejut dengan keras hati sendiri. Jari-jemari masih menari nari di atas huruf huruf yang ada, niat di hati mahu menambah pedas atas luka. " Biar, biarkan dia rasa! " bentak dendam dalam hati.

Tapi itulah, sungguh, aku tak rasa bangga dengan ego yang likat, liat melekat dalam hati. Sebab benci itu bukti yang kasih masih ada. Cuma tidak redha, cuma tidak pasti dengan perasaan sendiri. Sambil sambil mencicah nasi impit dengan ayam masak kicap dan emosi semakin stabil, aku hadamkan balik situasi. Putar balik segala yang aku  mampu ingat. 

Terima kasih, sebenarnya. 
Tanpa rasa sakit yang dia beri, bila entah aku mahu bersyukur dengan sekelumit rasa bahagia? Tapi aku manusia. Maaf sebagai satu idea yang tak terluah, lebih mudah. Bukan senang hendak lupa, apatah lagi bila dari jauh, aku tengok dia senang lenang gembira. Orang kata, mungkin sakit tersorok, siapa yang tahu. Tapi itu dia, aku pun masih serabut menyimpul jaringan takdir yang tiba-tiba putus. Aku mahu dia belajar, ya, kesilapan itu mudah dan murah, tapi maaf itu mahal. 

Dibiar dua sayap berlari,
ditikam sayang dua hati,
masih berat memori berisi janji,
mohon pergi, jauh dari sini.

5 comments:

afi ismail said...

pawer.ini pawer.

Unknown said...

eh! nasi himpit cicah ayam masak kicap... sangat juadah hari raya family saya! for ur info, i am javanese! jyeah!

Apple Xander said...

"aku pun masih serabut menyimpul jaringan takdir yang tiba-tiba putus" suka ayat nie! puitis sgtt! hehehe

Mikael Sahaja said...

Ouuu. Ego rupanya. Oooo

s7eo said...

kesilapan itu mudah dan murah, tapi maaf itu mahal.
so TRUE! ><v