Tuesday 20 August 2013

Victim Blaming


Ada sejenis mentaliti kat dunia yang aku agak susah nak faham. Aku kata dunia, sebab aku tau benda ni bukan jadi kat Malaysia je satu dunia pun wujud orang berfikiran macam ni. Victim blaming ni, maknanya kau salahkan mangsa. Contoh untuk benda ni aku ambil kes rogol, “Padan muka perempuan tu, tulah pakai seksi sangat kan dah kena rogol.” Nampak tak apa yang salah dengan statement ni? 

Statement tu menyalahkan mangsa bukannya si perogol. Jarang sangat aku tengok kalau kes macam ni jadi ada statement, “Perogol tu tak dapat pendidikan ke apa sampai tergamak nak rosakkan hidup orang?” Even dalam kes rogol SUKMA baru-baru ni pun orang ramai masih menyalahkan mangsa di mana ada statement “Dah tau diri tu perempuan kenapa nak keluar malam-malam dengan lelaki?” Ha ha ha kelakar sial padahal in the first place lelaki-lelaki tu TAK PATUT pun merogol perempuan tu tak kiralah dia mabuk ke sedar ke.

Baru-baru ni aku ada nampak satu post kat Facebook, meletak gambar perempuan dalam keadaan baju tersingkap semua lepastu ada caption “Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki.” Kahkahkahkah. Maksudnya kat sini kalau perempuan tu tak menutup aurat (tak jugak sebab gambar digunakan semua wanita bertudung cuma tak menutup completely lagi) kira gangguan seksual terhadap lelakilah camtu? Habis tu aku tak nampak pulak gambar lelaki pakai shorts or shirtless dikatakan gangguan seksual terhadap perempuan? 

Aku tak nampak pulak bila kat padang bola bila lelaki pakai shorts atas paras lutut ada orang jerit “Hoi hentikan gangguan seksual terhadap perempuan!” Kau nak tau benda apa yang lagi sedih? Komen-komen kat situ semua jijik. Jijik gila. Aku malas nak tulis balik kat sini tapi rasa korang boleh agak kan apa yang ditulis, “Memang saja mintak kena rogol” tu memang statement yang sentiasa diulang.

Adik-adik sekalian, nak bercakap dari sudut pandangan agama? Meh akak provide view agama Islam yang dianuti kebanyakan orang yang mengomen dengan jijik tu. Adik-adik lelaki yang sibuk nak merogol orang sebab tak tutup aurat tu dalam Surah An-nur ayat 30, “Tell the believing men to reduce [some] of their vision and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.” Atau translation dalam bahasa Melayunya “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.“ Aku lagi suka translation English tu sebab lagi jelas dia kata suruh guard their private parts kalau kehormatan tu masih guna ayat berlapik. Ayat 31 pulak menyuruh wanita menutup aurat. Tetapi tak ramai orang nak quote ayat 30, kenapa?

Meh sini nak bagitau, kalau perempuan tu pakai seksi mana pun masih tak justify perbuatan si perogol tu merogol perempuan seksi tu. Kenapa kau rasa perempuan tu layak dirogol sebab cara pemakaian dia? Takde siapa pun kat dunia ni layak dirogol, aku nak kau ingat benda ni tak kira apa pun walaupun perempuan itu pelacur. Faham? 

Bila kau kata no wonderlah kena rogol seksi habis, aku tanya kau balik ni kenapa pulak? Adakah lelaki ni tak boleh berfikir dengan akal sendiri, takde kemampuan nak mengawal perbuatan sendiri padahal Allah dah berikan akal sampai nampak perempuan seksi je nak merogol? Adakah di sini kau nak kata lelaki ni lemah sampai nampak visual yang mengghairahkan dah nak merogol orang? Quoting an article, “we treat men like animals who can’t help themselves, and we expect women to police themselves to protect themselves from men as if they were beasts.” Jadi adik-adik especially lelaki fikir 2-3 kali sebelum kau buat statement sebab dekat situ kau sendiri merendahkan martabat diri kau seperti tak punyai akal nak mengawal nafsu. 


Sejujurnya, aku rasa benda ni patut diajar kat sekolah. Cara pemikiran yang ada orang layak dirogol tu patut dibuang jauh-jauh dan ajar orang untuk TIDAK merogol instead. Kita patut berhenti cakap kat budak-budak perempuan masa diorang nak keluar “jaga diri, takut jadi apa-apa.” Fikir balik sebelum kau kata kat orang yang diorang layak dirogol, fikir balik sebelum salahkan mangsa, fikir! Apa-apa pun pemakaian seseorang wanita tak menghalalkan rogol. Nothing, absolutely nothing will justify sexual assault or rape.

12 comments:

mecha_praline said...

in the 1st place men should give protection to women. bukan mengambil kesempatan dengan alasan pakaian perempuan memprovokasi naluri seksual lelaki. jika lelaki menggunakan alasan rangsangan seksual menyebabkan dorang merogol, tak ubah macam haiwan.

n. ain nadirah bukhri said...

true but raaaamai orang fail nak faham that simple logic. alasan pemakaian tu memang tak masuk diakal, takkan bila nampak orang pakai seksi kena rasuk tak boleh fikir dengan logik sampai nak rogol orang?

and "jika lelaki menggunakan alasan rangsangan seksual menyebabkan dorang merogol, tak ubah macam haiwan." WORD.

QimiQimon said...

Aku sokong ape kau tulis tu, sesetengah lelaki yg macam tu, diorg tak menggunakan akal dgn betul..yedak? Fikiran tak meluas..hanya duduk dalam kotak...tak patut langsung kott target macam tu pd mangsa...

QimiQimon said...

Aku sokong ape kau tulis tu, sesetengah lelaki yg macam tu, diorg tak menggunakan akal dgn betul..yedak? Fikiran tak meluas..hanya duduk dalam kotak...tak patut langsung kott target macam tu pd mangsa...

m.izzatahmad said...

bila kau bawakan ayat surah an-nur ayat 30, kau sepatutnya bawakan pula ayat 31. check n balance. baru adil. heh.

skywalkerz said...

But as the writer said, most people don't do justice to the victims simply by quoting ayat 31 without quoting ayat 30.

Right?

n. ain nadirah bukhri said...

QimiQimon - yup, orang patut fokus untuk meyokong mangsa dari segi emosional dan menghukum perogol dengan hukuman yang sepatutnya.

m.izzatahmad - saya ada tulis pasal ayat 31 yang menyuruh wanita menutup aurat tapi orang selalu overlook ayat 30 selalu quote ayat 31 sahaja jadi kali ni saya quote ayat 30 :)

skywalkerz - exactly. glad you got the point i'm trying to get across.

Unknown said...

Knape x blh nk tutup je tmpt yg seksi tu kalo da taw nafsu laki tu giler kn...bak kate ust azhar idrus kalo duduk sblh awek pkai mini skirt giler2 punye blh tergugat iman der...kalo xde prasaan tu almt mati pucukla ...mmg setiap manusia ade nafsu so everyone must take responsibility

n. ain nadirah bukhri said...

En Abe Fakhri, tergugat iman tu sampai akal mati ke? Kalau binatang yelah main sondol je tapi manusia ni ada akal memanglah ada perasaan memanglah ada nafsu tapi akal tu kan ada nak mengawal nafsu dan perasaan. Kalau mcm tu buat apa Tuhan bagi akal kalau tak nak/reti nak kontrol nafsu & perasaan? Samalah kita semua macam binatang kalau macamtu.

Shiba Hisham said...

Kalau macam tu mana pulak akal si perempuan keluar rumah pakai baju singkat?

For me, its unfair to just blame one side. Betul orang lelaki jangan nak ikut sangat nafsu binatang tu tapi orang perempuan pun patut jaga diri, patut fikir dulu apa yang baik or tak baiknya untuk diri sendiri.

Pernah fikir tak kenapa ayat an-Nur 30 n 31 tu datang bersebelahan? Tak terasing even dgn 1 ayat pun? Sebab itu peringatan utk both gender. Maka macam i cakap tadi, precaution patut diambil oleh kedua2 pihak. Dan if anything bad happen, kena jugak blame both sides.

Takut pulak bila kita tegah victim blaming ni, org perempuan suka2 je nak keluar rumah pakai baju tak serupa ada, and berpeleseran dengan org tak kenal (contohnya).

Rasanya dalam apa2 perkara, kita patut muhasabah diri sendiri, sebab tu lah wujudnya victim blaming ni. Nafsu lelaki memang macam binatang tak boleh dikawal, so? Kita tak boleh control dorang, kita control diri kita sendiri.

Senang analogi macam rumah kita. Takkan lah kalau masuk dek pencuri kita nak salahkan jiran sebelah or pencuri tu? Yes, pencuri tu memang salah, tapi siapa suruh kau tak mangga pagar? Biarkan pintu terbuka luas time tak de orang kat rumah??

Victim blaming ini tak adil kalau kita punish or blame the victim yang dah jaga diri sebaik-baiknya tapi nasib dia tak baik, dia dirogol. Yes itu memang tak adil.

I did agree with some of ur opinion but not all, sorry.

n. ain nadirah bukhri said...

Artikel ni bukan nak blame one party, tujuan saya tulis artikel ni nak bagi perspektif baru dalam kes rogol. Orang selalu salahkan perempuan (the victim) dan akan quote ayat 31 sahaja tanpa quote ayat 30 maka untuk artikel ini saya quote pulak ayat 30. Major point saya dalam artikel ni ialah untuk memberitahu yang lelaki juga manusia, jangan samakan manusia yang ada akal dengan haiwan.

Konsep basic rogol ialah perbuatan seksual yang hanya dipersetujui satu pihak iaitu si perogol. Saya faham if you cannot agree with my opinion since lain orang lain cara pemikiran tapi saya tetap berpegang pada pemikiran yang even pelacur pun tak layak dirogol.

And your anology about tak mangga pagar tu? It still doesn't make stealing a right thing to do. Samalah dengan kes rogol kalau perempuan pakai seksi pun it still doesn't make raping a right thing to do. Saya jenis orang yg berpegang pada two wrongs do not make one right. And again since we're still on the topic of pencuri/perogol analogi, it's a sad thing kita kena tinggal dalam society yang diajar to prevent yourself from getting stealed/raped instead of NOT to steal/rape. The same idea, the same concept.

It's okay since saya tak paksa orang terima pendapat saya.

Anonymous said...

tepat sekali apa yg writer ni cakap...yg sedihnya pompuan sendiri pon blame pompuan yg kena rogol tu..nampak sgt pompuan tu rendahkan martabat mangsa tu...kat malaysia ni, parent diorang tak penah ajar anak2 lelaki diorang supaya respek pompuan, supaya layan pompuan elok2.. yg depa ajar ialah pompuan tak boleh keluar rumah kerap2..takot kena rogol la apa la...pakai tutup selubung satu badan supaya tak kena rogol..hakikatnya kalau pakai kelambu sekalipon, kalau laki tu ada peluang nak rogol, dia tetap akan rogol jugak..pemakaian bukan punca utama..punca utama lelaki tak diajar utk hormat pompuan dan masyarakat sendiri kata laki boleh buat apa saja..pompuan selalu dlm kerugian