Wednesday, 22 January 2014

Had Cinta

“Aku tak boleh hidup tanpa dia”

Belum kemana dah tahu tak boleh.

Nak lupakan orang yang pernah kau sayang tu memang tak mudah. Susah. Tapi kalau tak cuba mana kau nak tahu.

Macam mana untuk kau jatuh sayang kat seseorang tu perlukan masa, macamtu jugak untuk lupakan dia, jugak perlukan masa. Bagi diri kau masa dan ruang.

Aku dulu pernah jugak ada dalam fasa macam nyawa tu kena tarik sama bila orang yang aku sayang pergi. Kalau saat tu kau tanya aku, Ya Tuhan, level jasad tanpa jiwa. Kosong. Setiap hari meratap pilu. Tak reti jemu. Macam mana seronoknya terbang tinggi masa bercinta sakan, macam tu jugak lah dia punya sakit terduduk kat tanah bila hilang orang yang kau sayang. Nak ubat hati tu dah macam takde penawar. Macam penghabis hayat dah. Esok nak mati.

Tapi aku lupa, masih ada remedi untuk sakit yang satu ni. Masa. Ruang.

Kalau harini kau kata kau tak kan penat merindu, tunggu lama sikit. Kalau harini kau tak kan berhenti mencinta dia, tunggu nanti. Kalau harini kau kata sayang kau pada dia tak kan pernah mati, tunggu kemudian hari.

Rindu tu akan pergi.
Cinta tu akan mati.
Sayang tu akan hilang.
Dengan izin Tuhan.

Kalau tak seminggu, mungkin sebulan, atau setahun, boleh jadi lagi lama. Takpe. Bagi masa kat diri sendiri. Masa kita untuk pulih mungkin berbeza. Sebab tahap perasaan kita pun tak sama. Tuhan tu pun tak kejam nak bagi kau rasa macam gampang untuk selamanya. Melainkan kau sendiri yang tak membenarkan dan terus membiarkan kau hidup dalam kancah penuh kesialan. Kalau harini sakit, esok akan pulih. Sabar.



Kau takkan tahu yang kau boleh hidup tanpa dia sampai lah kau duduk dalam situasi tu. Sama ada secara paksa atau rela. Semua berkaitan masa dan usaha. Ada seorang tua pernah cakap,

Jaga cinta dan sayang tu. Letak keutamaan cinta tu pada kedudukan yang sepatutnya. Mana yang dulu, mana yang kemudian. Jangan terlalu kejar yang atas tanah sampai lupa apa yang ada dekat atas sana. 

Sentap.

Manusia memang mudah lupa. Terutama soal cinta. Bahagia tu sangat melekakan. Sedih tu jugak melalaikan. Baik bahagia mahupun sedih, dua-dua boleh buat manusia hanyut dalam mainan perasaan. Bahagia sampai nampak syurga semata. Sedih sampai nak campak diri dalam neraka.

Meletakkan dia pada satu kedudukan istimewa tu mungkin betul, tapi meletakkan dia teratas seolah mengagungkan tu salah. Dia mungkin sebahagian dari kau, tapi dia bukan pemegang nafas, bukan pengalir darah, bukan penggerak jantung. Kau masih boleh hidup tanpa dia. Berhentilah rasa yang dia segalanya. Dia manusia, kau juga manusia. Dia masih punya keluarga, kau jugak punya keluarga yang mana itu sebenarnya jauh lebih penting untuk buat kau berdiri tegak atas muka bumi.

Jangan terlalu cintakan dia sehingga kau lupa untuk cintakan insan yang bawak kau ke atas dunia sampai kau mampu merasa cinta.
Jangan terlalu cintakan hamba-Nya sehingga kau lupa pada pencipta manusia yang kau sedang cinta.

Melepaskan cinta sesama tu takkan buat kau mati. Buktinya, berapa ramai manusia yang masih bernafas atas kurniaan oksigen dari Tuhan selepas hilang cinta yang dulunya dikata sebahagian dari nyawa. Salah seorangnya, aku.

Friday, 17 January 2014

Orang Tengah

Untuk menjadi yang tengah itu bukan satu benda yang mudah. Kalau tak teguh, kau boleh hanyut sama dalam emosi yang dicipta. Mental jugak kena kukuh, atau kau akan sama kalah dengan arus deras.

Tengah dalam kalangan yang bahagia tu mungkin agak mudah. Sebab paling kuat kau cuma perlu tadah telinga dan terus senyum untuk menyokong keadaan bahagia kedua belah pihak. Tokok tambah dengan senda gurau seenak rasa kasi dia lebih berbunga dan kerja kau siap. Tak perlu letak banyak tenaga untuk duduk di tengah. Orang dalam keadaan bahagia, usah dipeduli.

Tapi berdiri antara yang sedang bergolak itu, sukar. Kau perlu bersifat neutral dan berdiri atas garisan yang mana tak boleh lebih ke kiri atau ke kanan. Sama ada sempadan yang kau sendiri bina, atau kedua pihak yang buatkan. Lebih sukar, kalau yang kiri itu kawan, kanan jugak kawan.

 *Mengeluh*

Tenaga dan usaha tu memang kena letak lebih sikit, oh tak, banyak. Sebab untuk dengar daripada dua pihak yang sedang saling menyalahkan yang lain atau menyalahkan diri sendiri tu kau kena kuat. Kau kena berada dalam keadaan yang rasional dan adil. Jangan judge apa-apa setiap kali kedua-dua bersuara. Sebab once kau dah start judge, apa yang kau cakap kemudianya akan dipengaruh dengan apa yang kau dah fikir masa awal tadi. Bila kau dah terpengaruh, macam mana kau nak kekal neutral sedangkan kau dah berat sebelah?

Kau kena cakap kanan salah, kalau dia salah.
Kau kena cakap kiri salah, kalau memang dia yang salah.

Keadaan yang membabitkan emosi ni memang susah sikit nak handle. Kiri cakap macamni, kanan cakap macamtu. Apa yang diorang cakap, kau kena digest sebaik mungkin sebab bila diorang mintak pendapat kau, kau boleh bagi solution. Bukan tambah masalah.

Sebelum masuk fasa dipersalah, kau akan dicurigai terlebih dahulu. Yang mana keadaan ini adalah sangat biasa. Tak mustahil sebab dalam sedar atau tidak, kau rapat dengan kedua pihak. Untuk pihak yang sama jantina denga kau haruslah rasa tak selamat. Kedudukan seakan goyah. Rasa tercabar. Asalnya kau bukan saingan, kini dianggap saingan sengit. Bila dalam hal ni, aku sarankan kau tenang dan terus steady. Sebab macam aku cakap awal tadi, keadaan tengah tegang. Benda yang wujud serba tak kena.

Satu benda lain yang kau kena tahu adalah kadang-kadang secara tak disengajakan, kau akan dipersalah untuk sesetengah keadaan. Lagi sekali, biasalah. Dalam hal macam ni, apa kau buat pun akan nampak serba tak kena. Kau step in dalam masalah orang, so kau jangan ingat kau akan terlepas dari masalah. Har har har. Walau seribu kali cakap pun apa tujuan dan niat asal kau, still akan kena blame.

 Aku nak cakap kau ni, takpe. Takpe. Take a chill pill.



Kalau kau pesen tak kental, aku sarankan kau jauhkan diri dari menjadi orang tengah. Kalau ada pengalaman, takpe, proceed. Sebab selain possibility untuk dipersalahkan orang yang terlibat dalam hubungan, kau jugak akan terima persepsi buruk dari orang luar. Kenapa? Kalau orang luar tengok hubungan tu bermasalah, kau duduk tengah, kau ingat orang nak percaya kau tukang nak jadi crying shoulder atau mulia sikit nak jernihkan keadaan? Orang akan kata kau nak ambik kesempatan. Apa orang Melayu kata tu, menangguk di air yang keruh. Padahal orang luar tak tahu ni apa masalah akar umbi dalam circle tu. Kalau tak kena gaya, nama kau pulak naik dari bibir ke bibir sebab jadi orang ketiga. Hah!

Bila jadi orang tengah, of course kau dapat cerita keseluruhan. Dan walau keadaan keliling seolah mendesak kau untuk bukak mulut mempertahankan kedudukan kau, aku ingatkan kau lagi sekali, jangan. Cerita yang kau terima, biar simpan kat situ. Apa orang lain yang luar dari circle tu nak fikir pasal kau, persetankan je. Biar orang luar tahu dari orang lain secara sendiri. Kredibiliti kau perlu dijaga. Seronok jugak kekadang bila tengok orang luar telan balik apa diorang kata pasal kau sebab salah. Kakaka.

So, amacam. Ready tak, ready tak? Amaran keras dari saya yang berpengalaman sebanyak beberapa kali dan selalu di black list oleh para gadis serta menerima cacian dari rakyat marhaen keliling dek tak tahu hal sebenar, jangan libatkan diri dalam industri ni kalau tak kental. Chow!

Monday, 6 January 2014

Favourite Priorities

Di pengakhiran tahun 2013, aku berada dalam satu fasa di mana aku rasa nak mengalah dalam semua benda. Aku jadi lemah, dan aku rasa tak larat dah nak berjalan, apatah lagi nak berlari atau pun mengejar. Tak kisah la pasal pelajaran, makan atau minum, nak pergi tandas pun aku rasa penat. Tak penat ke rasa nak berak hari-hari? Jemu nak kena bukak seluar dan meneran. Lagi la kalau kita bukak soal bercinta. Bulan Disember adalah bulan yang paling depressing. Aku rasa nak lari dan terjun dalam lubang sedalam enam kaki sambil bawak selimut dan bantal. 

Aku hanya nak rest in peace. Serious.

Jadi kononnya aku pun berkata dengan megah, mungkin aku tak perlu keluar dan meraikan tahun baru kali ini. Tak, meraikan dalam konteks ini bukan lah pergi party ke apa, cuma tahun sebelumnya aku suka keluar dan travel ke satu tempat di mana aku boleh duduk dan fikir balik apa yang aku buat dalam satu tahun. Itu definisi meraikan bagi aku. Muhasabah, dan lihat kembali kesemua benda yang aku capai. Aku dah siap berbungkus dengan dua selimut, minum secawan milo dan bersiap-siap untuk tidur seawal jam 1 petang.

Entah macam mana, Tuhan takdirkan aku bangun pada pukul 4 petang dengan satu azam yang tiba sehari lebih awal. Aku buka kedua-dua mata dengan perasaan yang panik. Aku tiba-tiba jadi takut. Aku mula terasa yang tahun 2013 makin menghilang, dan aku fikir, what's the point of sleeping? What's the point of giving up? Sudah hampir genap 21 tahun aku cuba nak hidup walaupun kena berebut sedut oksigen dengan berbilion lagi manusia dalam dunia. Kenapa aku kena mengalah sekarang?

Dengan pantas aku bersiap dan keluar dari rumah. Aku bayangkan dalam kepala, macam mana kalau hidup ni ibarat satu lagu yang panjangnya hanya 365 hari, dan hari ini adalah yang terakhir. Kalau dulu, mungkin tujuan aku keluar adalah untuk have fun, untuk kenal rakan-rakan baru, untuk make new relationships. Tapi kali ini, aku hanya mahu menghabiskan 24 jam yang terakhir tahun ini dengan orang yang aku anggap meaningful. 

Mungkin orang yang lebih tua akan cakap, ah engkau ni muda lagi, baru je 21 tahun. Rileks dan masih perlu enjoy, jumpa orang-orang baru and make connections. Bagi aku ini ridiculous. Mungkin nasib kau baik, masih lagi boleh hidup sampai umur kau yang sekarang, tapi tak semestinya aku pun akan dapat umur yang panjang macam kau. Aku mungkin ada dua tiga tahun je lagi untuk hidup, dan sebenarnya dalam konteks tersebut, aku sudah dikira tua. Sudah di penghujung usia.


Sebab tu aku berterima kasih dengan Tuhan kerana mengejutkan aku pada pukul 4, 31 Disember 2013. Kerana masa tu, sebaik sahaja aku melangkah keluar dari rumah, aku dah tahu dengan siapa aku nak jumpa. Dengan siapa aku nak beri hadiah masa terakhir aku tahun ini. Mungkin jika keputusan aku berbeza pada masa itu, aku akan kenal ramai orang, mungkin aku akan ada lagi ramai followers baru di Twitter dan senarai nombor telefon yang lebih panjang. But who needs it when you already know the worth of certain people that you already have in your life?

Dalam banyak banyak benda yang aku belajar tahun lepas, yang paling penting aku rasa adalah masa dan prioriti. Banyak hubungan yang gagal mungkin kerana mereka lihat ah, masih lagi panjang perjalanan yang mereka harus tempuhi, lantas rasa penat dan rasa lelah mula datang. Mereka lupa why they started the journey at the first place. Ramai yang lupa, we have to appreciate what we have now rather than seeking and chasing something that is uncertain.

Mungkin boyfriend kau yang sekarang ni takde lah handsome mana, mungkin dia tak adalah kaya mana. Jadi kau lepas kan dia, sebab kau fikir untuk cari yang lebih baik, yang lebih handsome dan mampu untuk belanja kau makan kat Tony Roma's. Mungkin kau pun sudah penat mahu berusaha untuk memenangi hati orang yang kau sayang, sebab dia asyik berdolak-dalik dan nampak macam tak sayang kau pun. Jadi kau mahu berhenti berusaha.

But really, who the hell cares about them? Biarlah dia tak handsome, tak kaya, tapi kalau dia sayang kau, dia layan kau dengan baik, then what's wrong with that? Kalau kau cantik, nanti kahwin pun mungkin genetik kau lebih kuat maka anak anak korang pun akan jadi comel. Kalau kau hodoh, haa itu memang aku rasa nak hempas je cermin kat muka kau, dah sedar hodoh pastu nak buang boyfriend sebab hodoh. Patut single jadi andartu je kau ni.

Biarlah orang yang kau sayang tu tak sayang kau balik pun, just be there for him. Ramai jatuh cinta dengan expectation kalau kita suka orang tu, dia kena suka kita balik. Wajib kena suka kita balik! Gila ke apa kau ni. Kalau betul kau sayang, biarlah dia kalau nak jadi kawan je sekalipun. Hormat perasaan dia, dan dia pun akan hormat perasaan kita. Dunia akan jadi satu tempat yang lebih baik kalau semua hidup dengan adab dan jangan biadap, jangan nak pentingkan diri sendiri. Kalau rasa tak tahan nak hadap dan be professional, dah pergi seret bontot sana dan mohon move on.

Sebenarnya, tepat pukul 12 malam, 1 Januari 2014, bertemankan sorakan orang ramai dan bunga api yang tak berapa nak cantik di langit gelap, aku berdiri seorang. Dan aku tahu apa yang aku perlu untuk terus hidup adalah diri aku sendiri. Tapi sebenarnya, selang dua tiga minit lepas tu, aku pandang ke kanan dan aku nampak juga dia yang aku rasa penting. Penting buat masa sekarang, masa hadapan siapa yang tahu. Tapi mungkin aku tak sempat nak hidup sampai masa hadapan, so who cares anyway? 

I just want to live the moment and cherish everything, before it's too late.
With my own favourite people and priorities.