Tuesday, 16 December 2014

Kau okay? aku okay.

Semalam hujan, lebat. Macam lebatnya isu pergaduhan kita. Tentang kau balas text lambat, dan kau dahulukan orang lain sedang kita sedang sembang hal-hal serius. Aku okay. Kita okay.
Kau busy, sangat busy. Jadi aku cuba juga untuk membusykan diri. Tapi kau ada juga masa reply text aku walaupun lambat, sebab kau perlu dahulukan orang yang perlukan khidmat kau. Aku okay. Kita okay.

Aku paling kau utamakan, sampai orang tak tahu pasal hubungan kita. Kau cakap belum masanya. Ada banyak hati kau nak kena jaga. Hati ex-ex kau misalnya. Jadi aku ini apa dan siapa? Tak apa. Aku bersabar. Aku okay. Kita okay.

Kau layan orang lain baik-baik. Sampai personal text tanya “kau okay, kau okay?” Tapi aku kau tak pernah tanya. “Aku tak okay” sebab kau kenal aku seorang yang kuat, jadi kau tak payah ambil berat sangat pasal aku. Aku boleh handle sendiri. Aku okay. Kita okay.

Aku dah makin cemburu. Perasaan itu dah mula ada, aku risau bila ada perasaan macam ni, itu tanda aku dah mula sayang sangat. Tapi bila aku tanya kau pergi mana, buat apa, dengan siapa, dah makan belum? Dan kesemuanya pertanyaan klise dan apa yang kau buat kau tak inform dah sampai aku kena tanya dan kau cakap “macam tak biasa” aku fikir aku terlalu mengongkong pula. Aku okay kita okay. Maaf aku terambil berat.

Bila kita jadi selalu gaduh, layanan sesama kita jadi kurang. Mungkin aku nak kau pujuk dan kau nak aku “okay” dengan sendirinya dan berpura macam tak ada masalah. Aku terpaksa berpura demi menjaga hubungan kita ni ke? Aku mengalah. Aku okay. Kita okay. Dan hubungan kita okay.
Kau minta maaf, kau cakap semua salah kau, aku maafkan dan kita berbaik, esoknya kau ulang lagi silap yang sama. Aku tegur itu ini bukan nak perfect, tapi bawa berbincang macam mana sekalipun, serupa aku seorang saja yang pertahankan hubungan kita, dan kau sedang sibuk mencari penganti aku. Aku tahu jangan tipu. Aku okay. Kita okay. 
 
Aku dah tak tahu nak buat apa. Jadi aku berdiam diri. Kalau rindu kalau cinta dan sayang aku, cari dan ajaklah aku kembali. Rasa cinta itu ada, sayang itu masih ada. Tapi dalam kau tak sedar, kau dah buang aku. Tak apa, aku maafkan. Aku tahu kau sedang terleka. Mungkin.

Kita tak ada masalah, langsung. Kita okay. Aku okay kau okay dan hubungan kita okay. Mungkin kita perlukan masa dan ruang untuk merindu dan saat itu kau janganlah anggap aku tinggalkan kau. Okay? Banyak sangat kesalahan kau pada aku, terlalu banyak jadi kita tak payah berjumpa, tak payah berbincang sebab kau suka baca entry aku bukan? Jadi bercintalah dengan alam maya ni. Okay? 

Aku tidur dulu.

Embun Karina Abdullah Saif.

Saturday, 6 December 2014

Beri aku ruang.

 Hai? Masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat malam? Kipas aku pasang kuat, muzik aku pasang menderu bagi memenuhkan ruang berkotak--iaitu bilik tidur. Seperti malam sebelum ini selepas ini dan akan mendatang, aku kecewa. Aku benar kecewa dengan kewujudan perkataan kecewa ini. Benar.

 Beri aku ruang, aku tak pernah meminta apapun, jika bila aku meminta ruang pada sekeliling manusia yang ada, tolong berikan. Aku memerlukan ruang. Aku keletihan, untuk yang keberapa kali> Entah, masih tiada jawapan atupun kemahuan itu hanya mahu berdiam, berdiam itu lebih baik atau pandangan mata ini terlalu liar memerhatikan gelagat manusia dan manusia? Tuhan, oleh itu butakan mata aku.

 Nafas terasa sempit, udara pula sudah tercemar untuk merasakan udara yang segar, serasa hati ditujah kuat oleh pisau, cuma tak tertoreh, mungkin latanya hanya tempat kediaman parut sahaja. Jadi malam, aku terlalu kecewa denganmu.



Bila di-fikirkan semula,
Aku rasa semua ini sia-sia,
Merindu pada yang bukan pemiliknya,
Kemudian rasa sarat terseksa-merana,
Sedang tiada yang peduli apa yang kita miliki cuma “air mata.”

Aku faham.
--apa yang kau faham?
--aku terlalu faham akan soal hati.
--kau sudah cukup sifat untuk mengerti?
--ya,kerna itu hati aku senang memberi-di-curi-di-tinggal pergi.
--mudahnya?
--tiada yang mudah untuk sebuah kebahagiaan.
--kau terlalu mengejar.
--aku berjalan tanpa menoleh ke-belakang.


“Rindu itu terlalu asyik,seperti gula-gula kapas yang manis,di-makan lidah rasa seperti di-sula begitu juga rindu—yang di-sangkut pada dahanan—ingin di-cabut namun lena terbenam.”
 

 

Friday, 5 December 2014

Drama, Love & Relationship.

Drama, Love, Relationships.

Its not about whose right, or whose wrong
Its not about whose weaker, or whose strong
Its not about whose innocent, or whose fault
It aint really bout that kind of thing at all
Its not about who does it, who done it, or did it to who
Dont matter if the both of you lose
Its really not bout nothing, cept for me and you

Its all about drama, and love, and 'lationships
And when the going gets tough, you deal with it
And you dont ever, you never walk away from it
You hold on, and be strong
Its all about drama, and trust, and making it
If your somebody, mess up, you take it in
Dont let no body come between you you just stay with it
And hold on and be strong
And Hold on

Its not about the stupid things that we say
We're always saying stupid things anyway
Its not about the secrecy or the lies
Girl everybodies got a secret to hide
Its not about who was it, or was she, whose creeping on who
Wont matter if the both of us lose
Its really not bout nothing, cept for me and you
Its all about drama, and love, and 'lationships
And when the going gets tough, you deal with it
And you dont ever, you never walk away from it
You hold on, and be strong
Its all about drama, and trust, and making it
If your somebody, mess up, you take it in
Dont let no body come between you you just stay with it
And hold on and be strong
And Hold on

Its all about drama, and trust, and making it
If your somebody, mess up, you take it in
Dont let no body come between you you just stay with it
And hold on and be strong
And Hold on
Aint bout your pride
Aint bout your self
Its bout the two of you, and no one else
Aint bout the hurt
Aint bout the lies
Aint bout the crazy things thats running through your mind
Its bout the love thats spose to last and never die
Its all about drama, and love, and 'lationships
And when the going gets tough, you deal with it
And you dont ever, you never walk away from it
You hold on, and be strong
Its all about drama, and trust, and making it
If your somebody, mess up, you take it in
Dont let no body come between you you just stay with it
And hold on and be strong
And Hold on

 Semuanya tentang cinta, yang kita merasakan "sayang yang terlalu dalam" sayang yang lahir dari hati yang sakit dan mengharapkan satu nafas cinta yang baru. Selalunya apabila seseorang itu gagal dalam percintaan yang pertama, dia akan mengambil masa rehat yang cukup lama bagi mengubat luka lara hati. Dan ada juga yang terlalu pantas untuk mencari seseorang yang lain dengan terlalu cepat supaya tak terasa atas "kehilangan" yang baru berlaku. Dalam sesebuah hubungan cinta itu pergaduhan dan perselisihan faham itu sering terjadi dan salah seorang dari pasangan itu tidak diberi peluang untuk explain kejadian sebenar yang berlaku kerana pasangan mereka mengambil mudah dengan menuduh tanpa memberi ruang untuk "sebuah penjelasan."
 
 Bilamana cinta itu terus digelar sebagai dusta, nilai kepercayaan itu hanya seumpama senipis bawang, yang halus dan senang untuk terkoyak, dan bilamana bahagian yang nipis itu tidak boleh dibaikpulihkan ianya akan menjadi seolah "tergantung."

 Hubungan yang tergantung pula, antara dua iaitu bisa diselamatkan atau tidak, bergantung pula kepada dua jiwa yang sedang berperang dengan hati mereka, antara mahu atau tidak. Perkara seperti ini selalunya akan mengundang kepada sebuah pergaduhan yang bersifat "berpanjangan" dan tak bertemu jalan pengakhiran yang baik.

 Sekadar nasihat melalui pengalaman, setiap permasalahan bawalah berbincang dan cuba untuk berterus-terang. Ya, itu hanya semudah kata dan bukan semudah perbuatan. Untuk kebaikan bersama berbincang dan semasingan belajar untuk support each other. Sepertimana cinta itu kuat dan baru pada mulanya, janganlah diakhiri hanya dengan permasalahan yang tiada jalan penyelesaian. Jika sayangkan pasangan anda, selalulah bersikap dan bersifat positif. Fikirkan hak untuk bersama dalam jangka masa yang panjang. Good luck!

 Semoga bertemu bahagia.

Embun Karina Abdullah.

#NowPlaying Baby Face - Drama, Love, Relationships.

Thursday, 4 December 2014

Berperasaan di Jeti Samarahan.

     Ada sekumpulan mat motosikal berarak ke hujung jalan itu. Pelbagai jenama motosikal yang mereka pacu. Yang pasti, majoritinya mengenakan tayar dan rim bersaiz kecil. Nampak ralat tapi bila lihat majoritinya sama, maka tidak nampak keralatan tersebut.

Mereka memakir motosikal masing-masing di hujung jalan itu lantas berlari ke tebing yang semakin rendah gradiennya. Ada yang membuka baju sambil berlari dan ada juga segan dan tentunya mereka teruja untuk ke gigi air. Mereka mandi di sungai itu. Mereka bergurau senda. Mereka bergelak ketawa tidak pedulikan masyarakat. Nampak mereka sedang menikmati usia mereka. Pada hemat saya, mereka ialah golongan muda yang baru sahaja selesai bersukan di petang hari dengan bermain bola sepak di padang berdekatan. Mereka kelihatan gembira. Tidak pasti kegembiraan itu diraikan oleh sebab apa. Mungkin mereka dapat bersukan. Mungkin mereka dapat berkawan. Segala kemungkinan itu saya biarkan.

Mereka sedang bergembira di jeti walau air keruh yang pekat, seperti perasaan cemburu manusia.
     Saya berada di tepi jalan. Tidak jauh dari tempat golongan muda itu bergembira. Kali pertama saya jejakkan kaki ke tempat ini namun saya telah dijamu pemandangan ragam manusia dan alam yang tidak mengecewakan. Oh ya, di sebelah saya ada seorang perempuan. Dia yang saya gelarkan sahabat. Dia bawa saya ke tempat ini setelah sekian lama dia memperihalkan suasana yang manis di tempat itu. Saya agak teruja sepanjang perjalanan menuju ke jeti sambil berimaginasi suasananya. Walaupun kurang lebih lima belas minit saya menyelongkar pengalaman di situ, saya tetap bersyukur kerana masih dipinjamkan seorang sahabat yang rela menyantuni luahan hati saya di kala susah mahupun senang. Ketika itu dia tahu kecamukan perasaan saya. Saya harap dia tetap ada walaupun saya tiada.

Sungai yang menghubungkan dua tanah dan juga beribu perasaan manusia.
     
     Kecamuk dan resah di hati saya sedikit terbayar oleh kerana pengalaman di jeti itu. Saya kira jika ada masa saya akan ke sana lagi. Untuk kali kedua dan seterusnya saya akan bawa sebuah buku catatan untuk dinukilkan perasaan ketika berada di sana, agar saya dapat berinteraksi lagi dengan suasana semula jadi yang tiada langsung hipokrasi seperti manusia, iaitu kita.

Jeti itu tampak tidak lengkap prasarananya namun jelas kelihatan sempurna apabila saya melihat riak wajah-wajah ceria, sabar, tenang mencari rezeki sambil melengkapkan putaran hari. Di samping itu, pesona rupa fizikal muka bumi yang memberi ruang kepada manusia seperti saya untuk melepas perasaan. Inilah salah sebuah lokasi yang akan saya semat dalam fikiran saya sehingga mati, Jeti Samarahan. Dan kalau bukan kerana sahabat, entah bila saya akan berdiri di tebingan jeti buat kali pertamanya. Terima kasih kepada Tuhan dan alam.

Wednesday, 3 December 2014

Kematangan dalam bercinta.

 Matang, apa yang kau boleh agak dan jangka dengan perkataan yang ada enam huruf tu? Manusia dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai hati dan perasaan. Tak semua bila bercinta boleh fikir pakai otak. Kebanyakkan mereka suka mendengar kata hati iaitu naluri. Percaya pada naluri tu tak salah. Tapi yang salah sebab tak guna otak yang Tuhan anugerah. Pikir pakai hati boleh jadi buta. Bila pikir guna otak, segala ilusi delusi kau boleh rasionalkan. Tak payah rasa bukan-bukan.

 Budak sekolah pun dah pandai bercinta sekarang, tak payah ajar dorang tahu. Idola dorang pulak siapa? Engkorang semua lah. Haa. Jadi antara contoh yang baik atau tidak itu terpulang bagi mereka yang berperanan menjadi pencinta atau yang sedang dicintai. Paham eh?

 Cara nak handle sebuah hubungan tu kena ada skill jugak. Nak harap benda nak datang secara nature tu payah jugak adik abang kakak bero sis aney. Masa itulah antara berkeyakinan atau tidak akan timbul dan layaknya kau terhadap pasangan kau akan ditolak-bandingkan.

 Pasangan anda atau anda sendiri tak suka bila benda dah past nak diungkit balik. Bumi ni berputar, tapi kalau asyik mengenang zaman lapuk tu sampai bila? Hari tahun berganti. Ubah mana yang perlu, perbaiki mana yang rosak. Ambil masa yang ada dengan mengenal pasangan. Setiap orang itu berbeza tak sama. Jadi cara layanan juga perlu diambil peranan. Bukan sekadar "ada" saja. Paham eh?

 Pandang wajah pasangan anda sepertimana kali pertama anda pandang dia masa jatuh cinta dulu, ni bila gaduh sikit terus benci. Aku sarankan bila kau rasa nak marah pasangan kau tu, kau ambil nafas dan cuba flashback kenangan manis ke saat indah ke baca text dia yang sweet ke hape ke, jangan cepat marah dan melenting. Bagi aku, beruntunglah siapa yang bercinta dengan aku, sebab kalau bergaduh tu kalau boleh aku nak elakkan.

 Cinta itu mahal harganya, yang menjadi murah bila orang mengambil mudah. Cuba selami hati seseorang dengan sedalamnya. Cinta mana yang tak sakit bero sis abang adik aney. Okay itu je. Paham eh?

Selamat malam.

Embun Karina Abdullah.

Monday, 1 December 2014

Saling menjauh, bukan jalan penyelesaian.

 Aku tak rasa bila kita ada masalah kita perlu melarikan diri daripada orang yang kita rapat, dan aku tak rasa kau patut malu untuk ceritakan pada someone yang kau rasa kau percaya gila-gila untuk kau menjadi diri kau sendiri untuk luahkan perasaan, dan aku tak rasa meski dia tak dapat selesaikan dia boleh jadi pendengar yang terbaik. Aku tak rasa dengan perangai buruk aku ni aku mampu membahagiakan orang sekeliling aku dan aku tak rasa aku mampu menjaga hati sekeliling manusia yang berada dekat dengan aku dengan sebaiknya. Kau rasa?

 Setiap hari, mesti kau akan fikirkan masalah dan cara penyelesaiannya. Tapi kau jumpa atau kau masih mencari? Bagi aku pencarian itu sudah lama dan yang kau mahu adalah jawapan. Bila kau ada jawapan, aku tak rasa jawapan itu tepat pada kau dan kau akan terus mencari. Tak letih ke?

 Sama juga bila kau bercinta, macam biasa i love you i miss you. Perkataan yang sama kau ucapkan cuma pada orang-orang yang berbeza. Dan bergaduh pasal tak menjaga hati, curang, keluar dengan orang lain dan putuskan hubungan. Apa yang kau nakkan dalam sebuah hubungan sebenarnya? Think.

 Aku tak rasa kau cukup bersedia menerima seseorang itu dalam hidup kau kalau setiap kali berselisih faham kau nak judged satu sama lain. Dan bagi aku salah seorang akan mengalah sebab nak selamatkan hubungan. Kau rasa sampai bila seseorang tu nak memendam rasa dan berkorban untuk orang yang tersayang?

 Misalnya setiap kali kau menjalinkan hubungan dengan orang baru. Kau pasti orang baru tu akan bagi nafas baru dalam hubungan yang kau cipta? Atau sekadar kau dengar cakap aku dan aku dengar cakap kau, dan bagi aku peranan kepercayaan dalam hubungan tu tiada. 

 Dan setiap kali gagalnya dalam bercinta kau akan guna cara yang sama dan salahkan pasangan kau demi nak menegakkan sesuatu keadilan yang entah celah mana kau nak buktikan?

 Cinta itu give and take. Bila aku cakap benda macam ni tak ramai orang boleh buat melainkan menyeksa perasaan pasangan iaitu menyakiti, membalas supaya dia rasa apa yang kita rasa dan so on. Maksud so on ni banyak kalau nak ikutkan. Jadi hargai pasangan anda, sebab penyesalan selalu berada pada............akhir sekali.


Embun Karina Abdullah.

Mungkin, kisah lucu kita.

 Hujan renyai-renyai, takkan hujan rintik-rintik air bergelora pula. Hujan sebegini menggamit memori, dulu atap tirih, berlari anaklah mencari besen menadah, bila terlalu lebat banjir satu rumah, ambil kain lap lap lap dan lap. Kemudian esoknya tahu dah kain buruk tu kena basuh dan jemur. Apa je yang kanak-kanak seawal umur 10 tahun tahu? Kena marah menyuruh itu dan ini lalu hati bilang, "Ah ibu tak sayang aku."

  Abah kerja ladang, tengahari pulang makan dan petangnya pula kembali mengutip buah relai. Tulang masih kuat tak sama seperti sekarang dah tua dan bertongkat. Hati tua mana boleh lagi nak marah, masa inilah kita yang dah dewasa perlu menjaga hati dan perasaan mak abah.

 Hujan ni, mengingatkan aku lagi, lempeng kelapa cicah gula serta kopi panas kurang manis, petang sebegini tiada apa selain dari mengenang kisah lama. Cucu pula asyik berkejaran berlari depan mata. "Tok, kenangkan pada siapa? Mengelamun panjang." Aku diam. Mereka hidup dalam zaman moden mana tahu apa. Yang tahunya iphone6 dan kisah sweet mereka bercinta kononnya manis macam gula yang takkan pernah habis. Aku senyum je.

 "Tok, ceritalah pasal nenek dulu orangnya macam mana? Cantik tak?" Cucu sorang lagi bertanya. Aku kalau nak ikutkan malas nak jawab, cantiknya tu tak boleh nak cakap jadi aku terdiam. Lama. Lalu aku arahkan salah seorang cucu aku ambilkan album dekat almari bilik atas.

"Ini, nenek kamu. Atok tahu atok power dapat tackle nenek kau dulu, malas je atok nak cerita lebih-lebih, kamu tengok mak kamu sekarang, cantiknya macam itulah." Sempat juga aku sengih dalam hati. Dah memang betul arwah bini aku dulu cun-melecun.

 Cucu-cucu semua dah lari, malas layan aku mungkin. Tak mengapalah. Salina, kalau lah kau masih hidup lagi, mesti kau masih tersenyum melihat aku duduk menghadap pokok mempelam yang kita tanam bersama seawal perkahwinan kita dulu, lebat buahnya sama seperti suburnya cinta kita. Sampai sekarang aku tak lupa kau menjerit ketika kerengga menggigit, kemerahan pipimu Salina menahan malu, dan aku jatuh cinta entah keberapa kalinya.

Salina,

Usia aku dah lanjut, 78 tahun namun aku bukan seorang pelupa dan nyanyuk, Alhamdulillah ingatan aku masih segar. Salina. Ah rindunya. Tak mengapalah aku mahu beransur solat asar dahulu.

 Gagah juga menongkat menjejak ke bilik air untuk mengambil wudhu' lalu sempat juga aku menoleh pada pokok mempelam kita, aku tersenyum lagi. Salina.

 Semoga esok, dan waktu petangnya dapat lagi aku berkhayal yang kau ada bersama, minum petang bersama sambil mengenang kisah-kisah lucu kita.

Dan pokok mempelam itupun terbuai daunnya. Berusia lama seakan cinta kita.


Tamat.

Embun Karina Abdullah.