Beri aku ruang, aku tak pernah meminta apapun, jika bila aku meminta ruang pada sekeliling manusia yang ada, tolong berikan. Aku memerlukan ruang. Aku keletihan, untuk yang keberapa kali> Entah, masih tiada jawapan atupun kemahuan itu hanya mahu berdiam, berdiam itu lebih baik atau pandangan mata ini terlalu liar memerhatikan gelagat manusia dan manusia? Tuhan, oleh itu butakan mata aku.
Nafas terasa sempit, udara pula sudah tercemar untuk merasakan udara yang segar, serasa hati ditujah kuat oleh pisau, cuma tak tertoreh, mungkin latanya hanya tempat kediaman parut sahaja. Jadi malam, aku terlalu kecewa denganmu.
Bila
di-fikirkan semula,
Aku
rasa semua ini sia-sia,
Merindu
pada yang bukan pemiliknya,
Kemudian
rasa sarat terseksa-merana,
Sedang
tiada yang peduli apa yang kita miliki cuma “air mata.”
Aku
faham.
--apa
yang kau faham?
--aku
terlalu faham akan soal hati.
--kau
sudah cukup sifat untuk mengerti?
--ya,kerna
itu hati aku senang memberi-di-curi-di-tinggal pergi.
--mudahnya?
--tiada
yang mudah untuk sebuah kebahagiaan.
--kau
terlalu mengejar.
--aku
berjalan tanpa menoleh ke-belakang.
“Rindu itu terlalu asyik,seperti
gula-gula kapas yang manis,di-makan lidah rasa seperti di-sula begitu juga
rindu—yang di-sangkut pada dahanan—ingin di-cabut namun lena terbenam.”
No comments:
Post a Comment