Monday, 22 December 2014

Terima kasih, sayang.

 Menguap, tanda mengantuk yang teramat, sebelum mata kelayuan dan tenggelam, izinkan aku menulis beberapa perasaan yang enak bila kita bersama. Tergelak kecil saya, maksud saya semasa kita sedang menjalin cinta ini.

1) Terima kasih sayang, untuk sebuah salam perkenalan, ianya agak kekok pada mula kita berkawan, bahasa "aku kau" caci maki, selamba. Dan, kita sangat kelakar sayang. Sangat!

2) Terima kasih sayang, kita semakin rapat, dari hari ke hari. Kita mengenali dengan baik sekali. Ada pergaduhan kecil, awak merajuk saya pujuk, tapi bila saya merajuk awak tak pujuk pun kan! Tapi tak apa, saya tahu awak sweet.

3) Terima kasih sayang, awak call semata-mata nak dengar suara saya yang marah-marahkan awak. Lepastu saat kita terdiam, saya dengar hati awak berbisik, "Saya terlalu cintakan awak." Terima kasih sayang. I LOVE YOU TOO!

4) Saya busy sikit, awak pun busy. Kita sedang merangka masa depan kita yang terbaik bersama. Saya sedang dan awak juga. Terima kasih sayang untuk harga sebuah kesabaran!

5) Semakin hari semakin rindu, tinggal text sekejap dah rindu. Saya harap awak tak jemu terima text saya yang sama berulang kali tu, saya betul sayang dan cinta awak! Masa tulis entry ni pun, saya sedang merindu.

6) Awak okay? Haih...jangan fikir bukan-bukan, saya takkan tinggalkan awak, saya tak ada orang lain lah, Meh sini kepala awak tu, saya nak kiss. Jangan fikir bukan-bukan okay? Saya janji saya akan jaga awak dengan baik.

7) Sayang, buat apa tu? Okay saya tahu dah jawapan awak, sedang merindui saya, menyintai dan menyayangi saya kan? Terima kasih, sayang!

8) Mata dah semakin kelayuan, okay saya cukupkan sepuluh dulu! okay?

9) Tanpa jemu, sama sahaja saya sayang cinta rindu awak.

10) KITA.

Terima kasih yang terhingga, terlalu banyak. Bukan untuk jumlah sepuluh. Malah lebih!

 Kita seronok, dari perkara tak tahu kita jadi tahu, dari yang kesukaan sampai menjadi kegemaran. Dari tak kenal kita jadi rapat dan dari rapat kita tak mahu berenggang. Dan dari situ kita masing-masing tak mahu melepaskan. Sayang antara kita dah terlalu kuat. Sangat kuat. Terima kasih.

Embun Karina Abdullah Saif.

No comments: