Sunday, 29 December 2013

Pil Cinta


Bercinta dah separuh tahun tapi tak pernah langsung berkomunikasi. Cukup I love you, I miss you tapi aku ni pendiam dan pemalu. Antara aku dan dia tiada persamaan. Nak cerita pasal buku atau muzik, dia tak minat. Jadi aku dalam relationship hanya yang mendengar. Dia, tak tau langsung pasal kisah hidup aku. Apa yang aku lalui, apa yang aku suka, apa yang aku tak suka.

Cukup enam bulan, mula bergaduh. Dia marah, aku diam. Aku tak pernah bagitau apa yang ada dalam hati aku. Tak nangis, tak marah. Diam, macam tunggul. Ada banyak aku nak cakap, tapi sebab aku memang seorang introvert.



Aku kata aku dah give up. 

Dia kata dia taknak aku give up. Dia bagi aku pil cinta.

and it feels fucking amazing. Best feeling ever.
Aku mula memuji ciptaan Allah, betapa cantiknya langit malam yang dipenuhi dengan bintang, indahnya alam. Aku mula sedar bahawa setiap yang disekeliling begitu cantik. All the small small things yang selama ni aku ignore, aku mula hargai.

Aku rasa semua orang cantik dan handsome, semua orang ada keistimewaan masing-masing. Aku mula rasa cinta, rasa cinta pada semua. Aku sayang boyfriend aku, family dia, kawan-kawan dia, semua. I hug them all and I even kissed Ana.

and I started to talk and have a real conversation. Aku ceritakan semua gundah di hati, aku ceritakan apa yang aku nak, aku luahkan betapa aku sebenarnya cintakan dia. Aku juga sedar sebenarnya aku banyak silap, aku tak sempurna. Aku selama ini begitu pentingkan diri sendiri dan sebenarnya dia terlalu baik untuk aku. Tapi aku tak pernah peduli all the small small things. Aku yang kejam.

Nasib baik dia bagi aku pil cinta. Kalau tak, aku takkan sedar betapa indahnya dunia, betapa dalamnya cinta dan kalau aku tak telan pil cinta itu, sampai mati aku takkan reti nak hargai semua disekililing, pentingkan diri sendiri dan rasa dunia ni kejam. 

Tapi dunia ini indah, buka lah mata dan minda. Sayang dan hargai semua orang. Spread love.


Monday, 23 December 2013

Milo Ais dan Mamak

Hendak dijadikan cerita, suatu petang yang indah dan damai, Sarah datang kepada aku dan mula bergossip seperti biasa. Dengan dua gelas milo ais di atas meja dan sepinggan roti canai siap potong cicah kari ayam, Sarah mula meluahkan perasaan beliau yang katanya, sedang berkecamuk.

" Jadi perempuan serba boleh ini kadang-kadang aku rasa irrelevant. ", kata Sarah padaku. Pada saat itu, entah kenapa tangan aku terasa ringan mahu menampar Sarah di muka, tapi nasib baik mungkin pada masa itu iman aku masih kuat. Lantas aku bertanya, bagaimana boleh dia berfikir sebegitu pula? Aku tak pernah rasa ada salahnya menjadi perempuan yang independent, berkerjaya dan berjaya dalam hidup. 


Rupa-rupanya si pembunuh berkemeja putih bertali leher biru yang bersama dia tempoh hari sudah pun menghilang. Katanya, sudah sampai masa untuk dia pergi. Si pembunuh itu rupanya mengamalkan etika kerja yang sangat hebat. Bekerja dengan kasih sayang, dengan perasaan. Dan kini bila dia merasakan yang Sarah sudah boleh menjadi matang dan kuat, dia pergi mencari klient yang lain pula. Klient yang memerlukan si pembunuh berkemeja putih bertali leher biru untuk menjadi penyelamat dalam kehidupan.

Sarah mula bertanya kepada aku tentang apa yang aku rasa setelah sekian lama menjadi perempuan yang boleh tahan level macho nya. Bagi aku, sejujurnya jadi perempuan macho ini senang. Senang sebab aku dah biasa bersendiri, maka nya tiada istilah lonely pada aku. Tiada momen momen sebelum tidur untuk aku habiskan berfikir tentang si dia yang entah merindu aku atau tidak. Tiada juga layangan angan-angan tentang menghabiskan sisa sisa hidup aku dengan si arjuna pencuri hati. Kata aku kepada Sarah, mungkin aku sudah ditakdirkan sebegini.

" Ah! Tapi engkau pun perempuan. Tipu lah jikalau tiada perasaan mahu bercinta. ", bentak Sarah, masih tidak puas hati dengan jawapan yang aku beri. Sarah kata, cinta ini satu keperluan dalam hidup. Dia menggambarkan perasaan indah yang dia alami sewaktu bersama si pembunuh berkemeja putih bertali leher biru. Bergelak ketawa bersama, memasak bersama, membunuh bersama. Amboi psycho nya.

Jelas sekali Sarah tak boleh nak move on *gelak tutup mulut*

Dan dalam kemuncak perbincangan sembang petang kami hari itu, Sarah memberi tahu kepada aku bahawa kadang-kadang dia menyesal juga menolak lamaran jejaka jejaka terdahulu. Mungkin dia sudah boleh berbahagia dengan ikatan yang sah, tapi itu semua impian jadi debu. Sarah sudah menolak, itu pokok pangkalnya. 

" Kenapa kau tolak pulak bila ada orang ajak kahwin? Kan senang tu. ", tanya aku kepada Sarah sambil memintal-mintal straw di dalam cawan. Kadang-kadang aku juga muak dengan perangai Sarah. Tuhan sudah beri lelaki yang mahu kahwin, ditolak pula. Bodoh mungkin.

" Aku bukan suka kat dia pun. Walaupun dia boleh bagi rumah, kereta, harta benda, tapi kalau kau tak suka, takkan kau nak aku kahwin jugak? ", balas Sarah sambil merenung jauh pada mamak yang sedang menebar roti canai. Mungkin dalam diri mamak tersebut, dia nampak kelibat pembunuh berkemeja putih bertali leher biru. Mungkin lah. Imaginasi orang siapa yang tahu.

" Habistu sekarang kau pilih la, nak bersama dengan orang yang kau tak suka tapi mungkin memang berniat mahu menjaga kau sebab tu dia ajak kahwin. Atau pun kau boleh pilih nak bersama dengan orang yang kau suka, yang mungkin juga suka kau jugak, tapi tak mampu nak beri apa yang kau nak, yang rasa bahawa dunia ni lagi besar maknanya dari kahwin dengan kau. "

Sarah diam. Aku juga diam, malas mahu mengacau apa yang sedang menari-nari dalam otak Sarah. Iya lah, sampai bila Sarah nak kekal naive. Dunia ni memang tak adil, cinta pun ada yang kita dapat, ada yang kita tak dapat. Sudahnya, sampai maghrib aku dengan Sarah sibuk merenung dua gelas milo ais di atas meja dan juga mamak yang tak menang tangan ambil order. 


Saturday, 21 December 2013

Workaholic Girlfriend

"Sayang, I'm so sorry. I totally forgot esok I ada kerja la. Pagi sampai petang. I tak boleh la teman you pergi wedding. But wedding yang malam punya I rasa I boleh. Okay? I am sooo soooo sorry."

"Hm, it's alright baby. Have fun at work."

Fuhh, nasib baik tak kena marah. Siang tadi dah kena bebel dah. Hazwan kata dah 2 bulan lebih aku abaikan dia. Exaggerate gila boyfriend aku ni. Aku busy kerja, tapi aku ada je curi masa jumpa dia. Ala, 5 minit pun syukur lah, kan?

Ni sekarang macam mana pulak aku nak cakap malam pun aku tak boleh ikut. Bukan apa, lepas kerja mestilah penat. Nak kena bersiap pulak lawa-lawa pergi wedding. Aku malas sebenarnya. Kalau boleh lepas kerja aku nak lepak chill. Dah la sabtu pulak tu. Ahad aku ada kerja lain. Nasib dia lah dapat girlfriend yang workaholic.

Last month Hazwan ada cakap "B, I ni cepat boring." Masa dia cakap tu memang lah aku risau tapi sebenanrnya, aku yang tengah boring sekarang ni.

Balik kerja, malam sebelum tidur aku selalu fikir macam-macam. Aku rasa sunyi, sepi. Aku nak pasangan yang boleh aku mengadu pasal hari aku yang penat. Yang boleh manjakan aku. Tapi Hazwan mana suka dengar aku punya mengadu. Yang dia tau, dia boyfriend yang diabaikan dan perlu dilayan. Hello, aku girlfriend yang kuat bekerja, penat dan perlukan pasangan yang mahu manjakan aku. Cukuplah aku bekerja keras, takkan lah dengan boyfriend pun aku nak kena fikir and put soooo much effort untuk layan dia. Habistu siapa yang nak layan aku?

Malam ni aku dah boleh bayangkan lepas ni apa akan terjadi. Hazwan, macam ex aku yang lain akan fed up sebab aku terlalu busy dan aku letak kerja nombor satu. Seperti yang lain, dia akan curang. Seperti yang lain, aku akan sedih. Seperti yang lain aku lepaskan sebab aku lebih cintakan kesibukan bekerja.

Aku harap aku akan jumpa lelaki yang sabar dan faham betapa aku sangat kuat bekerja.
Atau mungkin.. seorang lelaki yang boleh aku cinta lebih dari kerja.

Aku harap Hazwan sabar. Aku harap setiap hari dia duduk rumah tu, ada lah dia google "Ways to deal with a workaholic girlfriend".

In the meantime, aku nak prepare diri awal-awal. At least nanti bila dah kena tinggal, takde lah aku terkejut dan frust menonggeng.


Tuesday, 17 December 2013

Gelora.com

Perkara yang paling hodoh dalam bercinta adalah insecure. Rasa tak selamat dengan keadaan sekeliling. Atau rasa tak selamat pada saingan yang muncul tiba-tiba. Entah betul atau tidak itu saingan, akal taknak bagi walau satu jawapan pun. Diserahnya bulat-bulat pada hati. Hati yang memang pesen kejap teguh kejap rapuh, mulalah nak memainkan perasaan curiga. Yeap, kat situlah bermulanya insecure.

Bila  duduk dalam keadaan insecure, kebanyakan mereka dengan mudah menggunakan bibir atas dan bibir bawah untuk suruh kita bertenang. Bawak-bawak bersabar.

“Cool down, babe. Nothing happen.”

“Rilekslah. Kau jangan menggelabah sangat. Duduk diam-diam. Nanti dia cari kau balik.”

“Bagilah dia masa. Bagi dia ruang. Everything gonna be fine.”

Ahh, iyelah tu. Disuruh bagi masa, disuruh bagi ruang. Nanti dia pasti akan balik semula ke pangkuan. Adakah yang balik semula itu diri dia yang dulu atau dia yang semakin berubah kerana ada yang telah berjaya merubah? Dah datang lagi satu keraguan yang bikin hati double up level curiga. Keadaan jadi makin meruncing.  Fuuuu…. *kesat peluh*

Mengikut kajian (kajian diperoleh dari segi memerhati dan mendengar), mereka yang ada level insecure yang tinggi adalah mereka yang mempunyai tahap level confident yang rendah. Mereka yang sentiasa rasa rendah diri selalu meletakkan diri dalam keadaan tak selamat. Setiap persoalan di jawab oleh diri sendiri.

“Dia mestilah suka si A. A jauh seribu kali lagi cantik dari aku. Model type lagi. Aku ni kerani cabuk jek.”

“Aku selalu buat dia marah. Dia selalu serabut dengan aku. A selalu berjaya happy kan dia. Memang kalah tak sempat masuk saringan camni.”

“Dah seminggu dia diam. Menyesal aku melawan cakap dia haritu. Mesti dia tengah bengang sekarang dan taknak go on dengan aku lagi.”

Itu semua jawapan-jawapan bagi mereka yang sentiasa punya rasa rendah diri yang melampau. Kenapa jawapan itu keluar dari mulut sendiri, kenapa tidak ditanya terus kepada si empunya badan. Takut? Si dia hilang tak dapat dikesan? Tiada kesempatan untuk berjumpa? Dan akhirnya terjadilah keadaan hanya ruang dan masa yang menentukan segalanya. Kalau betullah hanya 2 unsur itu sahaja yang boleh menyelesaikan masalah. Macam mana pula kalau ada unsur yang lain di tengah-tengah antara ruang dan masa? Okay, sekali lagi level insecure mencanak-canak grafnya naik sampai ke bumbung. Dah meluap-luap sampai hampir meletup.  Terduduklah kau memikirkan seribu satu kemungkinan yang bakal membinasa jiwa. See, perkara hodoh (insecure) membinasa diri (cinta) atas sebab buta pada diri sendiri (rasa rendah diri).

Bagaimana pula dengan rasa insecure pada perkara yang 80% nampak mencurigakan? Ini bukan main serkap jarang. Sebab orang kata bila terlalu sayang, bila terlalu cinta sedikit sebanyak kita boleh bau kecurangan. Eh, betul ke gitu? Wallahualam. Apa benda yang nampak mencurigakan? Kalau dulu nak buat something tanya pendapat kita dulu samada okay atau tidak, boleh ke tidak. Benda ni bukanlah macam nak mintak keizinan tapi sekadar memberitahu. Tapi sekarang, nan hado lagi. Benda semua buat sembunyi-sembunyi belakang kita. Sebab katanya kalau diberitahu nanti kita cepat melenting. Tapi kalau tak diberitahu bukan ke kadar melenting itu lagi tinggi bila dah kantoi nanti. Apa kau fikir kantoi itu tak pernah wujud ke? *tarik nafas dalam-dalam*

Insecure dah jadi satu perkara paling hodoh. Ditambah pulak dengan pelbagai alasan mengarut, wujud satu lagi perkara paling hodoh. Kalau dah namanya bercinta agaknya dah memang wajib untuk meredah lautan api. Dalam lautan tu pulak penuh dengan jerung-jerung yang kelaparan. Silap gaya tak cecah langsung ke pulau cinta. Mati di tengah lautan.
  
“Orang kata bila bercinta, hati kena kebal. Jiwa kena kuat. Semangat mesti kental. Keinginan mesti padu. Putus asa jangan sekali. Rasa curiga jangan diabai , kerana semua tahu ada pencinta mesti ada penghalang. “ SD

Monday, 16 December 2013

Of guns and roses.

Sebelum kau teruskan membaca, seperti biasa, aku sarankan kau tarik nafas panjang-panjang dan standby sekotak tisu kat sebelah. Mana lah tahu, di pagi Isnin yang mendung dan sejuk ni, apa yang aku nak tulis ni memang akan tepat membelah hati kau yang memang dah rapuh tu. Jangan lupa secawan milo panas dan beberapa keping biskut kering.

Aku selalu menulis tentang Sarah, sebab Sarah kawan baik aku. Mariah juga kawan baik aku, tapi Sarah lebih baik. Tak pernah ada rahsia antara kami, sakit kami berdua, kami tanggung bersama. Aku rasa apa yang dia rasa, begitu juga dengan dia. Jadi, bila Sarah sedih, aku pun sedih. Jadi, bila Sarah marah, rasa nak putus asa, rasa nak bunuh diri, aku pun rasa tak berdaya. Macam tu la hubungan kami berdua.

Jadi, tiga tahun lepas, sambil sambil lepak di Dataran Nilai dan mendongak kepala ke atas melihat bintang, aku menjadi saksi bila Sarah menangis tanpa bunyi dan bersumpah tidak akan jatuh cinta lagi. Dalam setiap air mata yang mengalir dari mata Sarah, aku nampak setiap aliran harapan perlahan-lahan keluar, dan aku juga menjadi saksi kepada satu pembunuhan. Sarah bunuh hatinya sendiri, tidak sanggup dibiarkan hidup dan ditikam kejam lagi. Jadi, malam itu, aku melihat Sarah mati. 

Jadi, aku pilih untuk mati bersama.

Ada orang cakap, the first heartbreak is the hardest. Aku tak percaya, kerana aku seorang yang optimis. Tapi melihatkan Sarah, dan merasa setiap yang dia rasa, hati aku perlahan-lahan menjadi hitam juga. Mungkin ada orang yang cakap, berilah peluang kepada kehidupan. Yang lepas biarlah lepas. Tapi kau tak pernah nampak Sarah, tak pernah rasa apa dia rasa, tak pernah kena apa yang dia kena. Pantang disentuh sikit, Sarah terus terkejut, terus panik dan bernafas lima puluh kali lebih laju dari biasa. Tidur juga tidak tenang, mimpi ngeri bersilih datang.

Ada orang cakap, the first heartbreak is the hardest. 
It breaks not only your heart, but it also breaks your future.

Dunia mungkin akan melihat Sarah sebagai seorang perempuan biasa yang tak boleh move on. Dunia mungkin memperlekehkan kewujudan Sarah yang menjadi mangsa lelaki-lelaki yang tidak segan silu menarik tangan Sarah ke bilik tidur walau Sarah sudah menggeleng-kepala berkali-kali. Sarah mungkin hanya dilihat dunia sebagai satu korban cinta, tidak lebih dari itu. Hanya aku yang menjadi saksi, bila Sarah yang sudah mati itu ditikam kejam lagi, dijadikan korban lagi untuk tahun-tahun yang mendatang. 

Jadi bila tahun ini, aku terkejut bila Sarah datang kepada aku dan menangis sekali lagi, tapi tentang seorang lelaki yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru, mengikut gambaran penglihatan Sarah. Lelaki yang bertanya jika dia boleh memberi hukum bunuh kepada barisan lelaki yang terdahulunya membuat Sarah menderita. 


A hit-man, a wise guy. A killer who read books.

Dan aku gembira bila akhirnya aku melihat Sarah kini boleh tidur lena. Sarah yang dahulunya tenggelam sudah boleh makan dan minum seperti biasa. Pernah juga aku berjumpa Sarah dengan lelaki itu, selalu bertali leher biru, warna kegemaran dia mungkin. Tersenyum juga, penuh bersemangat bila berkata-kata. Mata pembunuh itu cantik, lebih cantik bila dia curi-curi melihat Sarah, lebih cantik bila dia tergelak sambil bercerita tentang dunia dan harapan.

Ya, memang dia seorang pembunuh. Lelaki di sebelah Sarah yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru itu berjaya membunuh kesemua barisan lelaki jahat yang pernah wujud dalam hidup Sarah, armed with the guns of hope and love and everything in between.

* * * * * * * * * * * * * *

Engkorang semua mesti tengah tersenyum. Mesti ingat aku nak tulis kisah rabak lagi kan pagi Isnin ni? Dah, pergi letak tisu tu jauh jauh. Aku cuma nak pesan, dunia ni masih panjang. Jangan nak give-up cepat sangat. Have a nice day, everyone :)

Wednesday, 11 December 2013

KITAB TERFAKTAB #4: KONOTASI RASA

Telah terbit!



Kami, warga Skuad Terfaktab dengan rendah diri menjemput kalian ke pelancaran Kitab Terfaktab: Konotasi Rasa bertempat di booth 102-103, PWTC Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.

Kitab Terfaktab #4 Konotasi Rasa adalah garapan dari 18 penulis Skuad Terfaktab (termasuk dari blog TerfaktabZine) berkongsi mengenai konotasi (idea) dan rasa (perasaan). 36 topik relationship ditulis dalam buku ini dengan gaya tersendiri. Dijual pada harga patut RM20.00 sahaja. Boleh dibeli mulai 11 Disember bertempat di PWTC, KL dan online shop kami www.terfaktab.com

Tunggu apa lagi? Zass!

Tuesday, 10 December 2013

Mistake's

"I've found a love because of you, and I returned back that love because I love you too."


Semalam hari ulangtahun kami yang kedua. Aku tengok dia bersungguh-sungguh nak raikan semuanya, semua benda. Bahagia untuk dua tahun tak terucap katanya. Beria-ria gaya dia dengan muka penuh ceria, happy. Dia buat suprise macam-macam untuk aku. Candlelight dinner, bunga sejambak atas meja dan hadiah yang aku sendiri tak jangka.

Dia pakai baju kemeja biru yang aku belikan dulu, baju kesayangan dia katanya.

Aku diam. Aku pandang mata dia dalam-dalam.

“Maaf dan terima kasih untuk semua ni.”

Dia terpinga-pinga sekejap mungkin kerana kata maaf yang aku ucapkan tadi, terkebil-kebil matanya memikirkan bait-bait kata yang aku ucap. Aku tersenyum sambil cuba palingkan topik ke hal lain. Berkata-kata seolah-olah tiada apa yang terjadi. Dia mula terikut bersama melayan bicara aku. Malam itu kitorang banyak gelak je semata. Bercerita tentang hal-hal lalu yang kebanyakkannya lucu. Masa macam mana kami first time berjumpa, masa macam mana mula-mula dia approach aku. Habis semua kami gelakkan bersama. Bersinar muka dia penuh bahagia. Tak kering gusi aku melayan kerenah dia.

Aku gembira melihat dia gembira.

Dalam pada masa sibuk berbicara, aku terpandang muka dia, termenung jauh aku seketika. Ada timbul sedikit rasa hiba. Mungkin kerana ada satu rahsia yang aku simpan jauh dari pengetahuan dia. Sakit. Benda yang aku sendiri tak sangka. Tengok muka dia, buat aku betul-betul rasa bersalah. Air muka yang bahagia, takut sekali kalau aku hancurkan semuanya. Macam mana kalau dia tak boleh terima? Macam mana kalau dia patah hati hanya kerana aku puncanya? Macam mana kalau dia terluka? Macam mana? Macam mana?

Kerap kali aku tanya pada diri aku sendiri. Tak terjawab dek hati yang buta dan akal yang gila.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

Satu benda yang tak terungkap aku genggam dan aku campak jauh. Banyak benda salah yang aku buat tanpa dia tahu sedikit pun. Dia manusia yang tak sepatutnya aku layan begini bila dia berusaha sedaya upaya nak mempertahankan hubungan yang sedia ada. Bila dia bersusah payah dalam semua benda hanya untuk aku. Layanan penuh hampa aku lontarkan pada dia tanpa dia sikit pun merungut. Tak patut betul. Aku kejam, membunuh rasa tanpa sedikit pun rasa kesal. Dia layak untuk terima yang lebih baik dari semua ini.

Pahit yang aku cipta aku telan sendiri. Dia tak tahu dan dia tak patut tahu.

Satu rasa yang pasti. Aku taknak sakitkan dia lagi. Aku pilih hati, aku pilih dia. Aku masih punya rasa sayang pada dia. Dia layak untuk bahagia. Kalau bahagia dia dengan aku. Biarlah aku tunaikan bahagia dia.

Salah yang aku cari, aku campak entah kemana tak aku cari lagi. Aku taknak salah yang sama kembali.

Sekuat mana pun atau sebuta hati mana pun kau ada, takkan ada satu masa pun yang kau sikit pun tak timbul rasa kesal. Kau ingat senang nak pasang dua? Kau ingat senang bila kau buat salah dan kau pandang muka yang tak bersalah tiap masa? Kau ingat senang nak tipu semua benda? 

Pilih yang terbaik dan tak mungkin ada penyesalan.


Aku pilih dia.