Hendak dijadikan cerita, suatu petang yang indah dan damai, Sarah datang kepada aku dan mula bergossip seperti biasa. Dengan dua gelas milo ais di atas meja dan sepinggan roti canai siap potong cicah kari ayam, Sarah mula meluahkan perasaan beliau yang katanya, sedang berkecamuk.
" Jadi perempuan serba boleh ini kadang-kadang aku rasa irrelevant. ", kata Sarah padaku. Pada saat itu, entah kenapa tangan aku terasa ringan mahu menampar Sarah di muka, tapi nasib baik mungkin pada masa itu iman aku masih kuat. Lantas aku bertanya, bagaimana boleh dia berfikir sebegitu pula? Aku tak pernah rasa ada salahnya menjadi perempuan yang independent, berkerjaya dan berjaya dalam hidup.
Rupa-rupanya si pembunuh berkemeja putih bertali leher biru yang bersama dia tempoh hari sudah pun menghilang. Katanya, sudah sampai masa untuk dia pergi. Si pembunuh itu rupanya mengamalkan etika kerja yang sangat hebat. Bekerja dengan kasih sayang, dengan perasaan. Dan kini bila dia merasakan yang Sarah sudah boleh menjadi matang dan kuat, dia pergi mencari klient yang lain pula. Klient yang memerlukan si pembunuh berkemeja putih bertali leher biru untuk menjadi penyelamat dalam kehidupan.
Sarah mula bertanya kepada aku tentang apa yang aku rasa setelah sekian lama menjadi perempuan yang boleh tahan level macho nya. Bagi aku, sejujurnya jadi perempuan macho ini senang. Senang sebab aku dah biasa bersendiri, maka nya tiada istilah lonely pada aku. Tiada momen momen sebelum tidur untuk aku habiskan berfikir tentang si dia yang entah merindu aku atau tidak. Tiada juga layangan angan-angan tentang menghabiskan sisa sisa hidup aku dengan si arjuna pencuri hati. Kata aku kepada Sarah, mungkin aku sudah ditakdirkan sebegini.
" Ah! Tapi engkau pun perempuan. Tipu lah jikalau tiada perasaan mahu bercinta. ", bentak Sarah, masih tidak puas hati dengan jawapan yang aku beri. Sarah kata, cinta ini satu keperluan dalam hidup. Dia menggambarkan perasaan indah yang dia alami sewaktu bersama si pembunuh berkemeja putih bertali leher biru. Bergelak ketawa bersama, memasak bersama, membunuh bersama. Amboi psycho nya.
Jelas sekali Sarah tak boleh nak move on *gelak tutup mulut*
Dan dalam kemuncak perbincangan sembang petang kami hari itu, Sarah memberi tahu kepada aku bahawa kadang-kadang dia menyesal juga menolak lamaran jejaka jejaka terdahulu. Mungkin dia sudah boleh berbahagia dengan ikatan yang sah, tapi itu semua impian jadi debu. Sarah sudah menolak, itu pokok pangkalnya.
" Kenapa kau tolak pulak bila ada orang ajak kahwin? Kan senang tu. ", tanya aku kepada Sarah sambil memintal-mintal straw di dalam cawan. Kadang-kadang aku juga muak dengan perangai Sarah. Tuhan sudah beri lelaki yang mahu kahwin, ditolak pula. Bodoh mungkin.
" Aku bukan suka kat dia pun. Walaupun dia boleh bagi rumah, kereta, harta benda, tapi kalau kau tak suka, takkan kau nak aku kahwin jugak? ", balas Sarah sambil merenung jauh pada mamak yang sedang menebar roti canai. Mungkin dalam diri mamak tersebut, dia nampak kelibat pembunuh berkemeja putih bertali leher biru. Mungkin lah. Imaginasi orang siapa yang tahu.
" Habistu sekarang kau pilih la, nak bersama dengan orang yang kau tak suka tapi mungkin memang berniat mahu menjaga kau sebab tu dia ajak kahwin. Atau pun kau boleh pilih nak bersama dengan orang yang kau suka, yang mungkin juga suka kau jugak, tapi tak mampu nak beri apa yang kau nak, yang rasa bahawa dunia ni lagi besar maknanya dari kahwin dengan kau. "
Sarah diam. Aku juga diam, malas mahu mengacau apa yang sedang menari-nari dalam otak Sarah. Iya lah, sampai bila Sarah nak kekal naive. Dunia ni memang tak adil, cinta pun ada yang kita dapat, ada yang kita tak dapat. Sudahnya, sampai maghrib aku dengan Sarah sibuk merenung dua gelas milo ais di atas meja dan juga mamak yang tak menang tangan ambil order.
1 comment:
alamak...aku tengah rasa semua ni..malangnye sampai sekarang tak boleh nak decide..hanya mampu berdoa dan istikharah aje
Post a Comment