Monday, 9 December 2013

Nota Terakhir


Semalam sekali lagi aku menyanyi masa tengah mandi. Sebenarnya jarang-jarang orang nak dengar aku menyanyi dalam bilik air. Kalau tak bersebab jangan haraplah. Atas sebab apa pulak nak menyanyi masa mandi? Itu kita letak ketepi. Aku nak beritahu satu rahsia ni. Pasal lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu – Ukay’s. Kan dalam lagu tu kononnya jantan tu didampingi oleh dua orang wanita (ada sebab kenapa aku sebut jantan – kita letak ketepi dulu). Dan akhirnya salah seorang wanita itu mengalah dan mengundur diri. Dalam lagu ada sebut yang cenggini bunyinya;
 
Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar
Untuk menguji



Sebenarnya jantan tu ada sedikit menipu di situ. Memang betul wanita tu ada tinggalkan sekeping nota (mungkin sekeping mungkin lebih – yang ini pun kita ketepikan dulu). Dan tak ringkas pun nota yang ditinggalkan. Setelah aku korek dan kelebet di sana sini, nah. Akhirnya aku akan dedahkan nota yang dah disimpan berpuluh tahun tu.

                                             



Sabtu, 21 April 1994.



Amir,



Bagaimana dengan keadaanmu pada hari ini? Mestilah bahagiakan walau tiada aku di sisi. Sebab yang di sana sentiasa menanti. Aku di sini hanya menunggu. Entah apa yang ditunggu, itu aku tak tahu.



Sudah berapa lama agaknya kita dalam keadaan begini? 3 bulan? 6 bulan? Aku rasa sudah setahun lebih rasanya. Setahun yang bahagia walaupun sudah kutahu kau punya yang di sana. Tapi kita tetap bahagia dalam dunia yang kita cipta. Hanya kita berdua.



Amir,



Aku tahu kau tak punya kuasa untuk membuang salah satu antara kami dan kau tak punya kuasa untuk menyatukan kedua antara kami Mungkin kau kurang kemampuan untuk membahagia keduanya, mungkin dari segi nafkah zahir. Aku tak fikir kau kalah dalam nafkah batin kalau dilihat dari susur galur keturunan kau. Bahagian mana yang kau tak mampu, hanya kau saja yang tahu. Dan kau simpan tanpa memberitahu.



Memang diakui aku bukan sentiasa di hadapan mata. Aku jauh dan jarang untuk dapat diluang masa bersama. Hanya dapat berutus surat sebulan mungkin tiga kali (nak buat camne, kita bercinta dalam zaman yang belum wujud lagi whatsapp). Dan kesempatan untuk berjumpa sentiasa tidak pernah untuk tidak menghangatkan lagi kasih kita. Ya, aku suka.



Selalu aku terimbas kembali di saat kali pertama kita berjumpa. Entah apa yang ada pada diriku, hingga kau jatuh suka. Aku yang memang tiada sesiapa pada waktu itu dengan senang menghulur salam perkenalan hingga tidak menyangka engkau tanpa sengaja telah menduakan.



Owh. Lelaki taguna, taguna, taguna.



Namun engkau bijak (mungkin licik sebenarnya) menabur kata sayang. Sentiasa menjaga hati dalam setiap tutur bicara. Di hadapanku sedikit pun tentang dia yang di sana tidak diungkit. Malah sezarah pun tidak. Walau kadang dalam sengaja aku mengundang kata perli, kau diam dan tabah. Hanya melempar senyum senget. Iye, kadang-kadang aku geram. Marah yang aku mahu bangkitkan hancur lebur dek sentuhan manja yang kau berikan.



Dari hari ke sehari, aku sentiasa menunggu kata putus namun yang aku jumpa hanya aku mahu putus. Bukan kerana tidak sayang. Bukan kerana sudah bosan. Tapi kerana penat digantung; ke langit pun tidak, ke bumi apatah lagi. Tangan dan kaki naik kebas berada di awangan. Jadi di sinilah aku sekarang. Menulis nota yang terakhir. Bagi memudahkan perjalanan hidupmu. Menjaga yang satu, tidak perlu dua lagi. Aku dibiarkanlah pergi, usah dicari lagi. Setiap orang layak untuk temui bahagia dan janganlah ditamak pada bahagia yang mendapat.



Amir,



Mungkin selepas ini kau akan rasa kekurangan. Mungkin juga tidak. Entah, aku tidak pasti. Aku mungkin akan mulai membenci bila sudah kutahu di mana letaknya aku setelah pemergianku nanti. Aku tak mendoakan kebahagiaanmu sebab aku rasa kau tak perlukan doa dari seorang aku.



Akhir kata dariku, aku bahagia bila kau tak bahagia.



Dari kesayanganmu,

Z(bukan nama sebenar).



P/S: Jangan lupa next lagu kau nanti masukkan kisah aku, kisah kita. Royalti nanti, belakang cerita. 





Ada dalam 2,3 keping lagi nota yang aku tak reveal kat sini. Ada unsur-unsur yang susah nak ditapis, kalau ditapis jugak entah apalah yang tinggal. Lelaki macam Amir ni kalau wujud lagi di zaman sekarang  aku kategorikan dia sebagai bacul, kaki perempuan, sweet talker atau telah di ‘queen control’kan. Full stop. Taknak cakap banyak lagi.



“Kau rasa seperti di syurga bila kirimu bahagia dan kanan pun bahagia. Mungkin kau belum kenal lagi erti lubang neraka.” SD





5 comments:

|| A r a W a n i || said...

Hahahaha.
Shina. Ini lucu.

|| A r a W a n i || said...

Hahahaha.
Shina. Ini lucu.

AiraEzaira said...
This comment has been removed by the author.
Anisnad said...

lelaki taguna taguna taguna

ahahaahahahah (Y)

Unknown said...

Aku rasa aku begini sebetulnya. Menyesal.