Perkara yang paling hodoh dalam bercinta adalah insecure.
Rasa tak selamat dengan keadaan sekeliling. Atau rasa tak selamat pada saingan
yang muncul tiba-tiba. Entah betul atau tidak itu saingan, akal taknak bagi
walau satu jawapan pun. Diserahnya bulat-bulat pada hati. Hati yang memang pesen
kejap teguh kejap rapuh, mulalah nak memainkan perasaan curiga. Yeap, kat situlah
bermulanya insecure.
Bila duduk dalam
keadaan insecure, kebanyakan mereka dengan mudah menggunakan bibir atas dan
bibir bawah untuk suruh kita bertenang. Bawak-bawak bersabar.
“Cool down, babe.
Nothing happen.”
“Rilekslah. Kau jangan
menggelabah sangat. Duduk diam-diam. Nanti dia cari kau balik.”
“Bagilah dia masa.
Bagi dia ruang. Everything gonna be fine.”
Ahh, iyelah tu. Disuruh bagi masa, disuruh bagi ruang. Nanti
dia pasti akan balik semula ke pangkuan. Adakah yang balik semula itu diri dia
yang dulu atau dia yang semakin berubah kerana ada yang telah berjaya merubah?
Dah datang lagi satu keraguan yang bikin hati double up level curiga. Keadaan
jadi makin meruncing. Fuuuu…. *kesat
peluh*
Mengikut kajian (kajian diperoleh dari segi memerhati dan
mendengar), mereka yang ada level insecure yang tinggi adalah mereka yang
mempunyai tahap level confident yang rendah. Mereka yang sentiasa rasa rendah
diri selalu meletakkan diri dalam keadaan tak selamat. Setiap persoalan di
jawab oleh diri sendiri.
“Dia mestilah suka si
A. A jauh seribu kali lagi cantik dari aku. Model type lagi. Aku ni kerani
cabuk jek.”
“Aku selalu buat dia
marah. Dia selalu serabut dengan aku. A selalu berjaya happy kan dia. Memang
kalah tak sempat masuk saringan camni.”
“Dah seminggu dia
diam. Menyesal aku melawan cakap dia haritu. Mesti dia tengah bengang sekarang
dan taknak go on dengan aku lagi.”
Itu semua jawapan-jawapan bagi mereka yang sentiasa punya
rasa rendah diri yang melampau. Kenapa jawapan itu keluar dari mulut sendiri,
kenapa tidak ditanya terus kepada si empunya badan. Takut? Si dia hilang tak
dapat dikesan? Tiada kesempatan untuk berjumpa? Dan akhirnya terjadilah keadaan
hanya ruang dan masa yang menentukan segalanya. Kalau betullah hanya 2 unsur
itu sahaja yang boleh menyelesaikan masalah. Macam mana pula kalau ada unsur
yang lain di tengah-tengah antara ruang dan masa? Okay, sekali lagi level insecure
mencanak-canak grafnya naik sampai ke bumbung. Dah meluap-luap sampai hampir
meletup. Terduduklah kau memikirkan
seribu satu kemungkinan yang bakal membinasa jiwa. See, perkara hodoh
(insecure) membinasa diri (cinta) atas sebab buta pada diri sendiri (rasa
rendah diri).
Bagaimana pula dengan rasa insecure pada perkara yang 80%
nampak mencurigakan? Ini bukan main serkap jarang. Sebab orang kata bila
terlalu sayang, bila terlalu cinta sedikit sebanyak kita boleh bau kecurangan.
Eh, betul ke gitu? Wallahualam. Apa benda yang nampak mencurigakan? Kalau dulu
nak buat something tanya pendapat kita dulu samada okay atau tidak, boleh ke
tidak. Benda ni bukanlah macam nak mintak keizinan tapi sekadar memberitahu. Tapi sekarang, nan hado lagi. Benda semua buat
sembunyi-sembunyi belakang kita. Sebab katanya kalau diberitahu nanti kita
cepat melenting. Tapi kalau tak diberitahu bukan ke kadar melenting itu lagi
tinggi bila dah kantoi nanti. Apa kau fikir kantoi itu tak pernah wujud ke? *tarik
nafas dalam-dalam*
Insecure dah jadi satu perkara paling hodoh. Ditambah pulak
dengan pelbagai alasan mengarut, wujud satu lagi perkara paling hodoh. Kalau dah namanya
bercinta agaknya dah memang wajib untuk meredah lautan api. Dalam lautan tu
pulak penuh dengan jerung-jerung yang kelaparan. Silap gaya tak cecah langsung
ke pulau cinta. Mati di tengah lautan.
“Orang kata bila bercinta, hati kena kebal. Jiwa kena kuat. Semangat
mesti kental. Keinginan mesti padu. Putus asa jangan sekali. Rasa curiga jangan
diabai , kerana semua tahu ada pencinta mesti ada penghalang. “ SD
1 comment:
SHINA. jangan buat entry macam ni lagi please...aku sentap. bahahaha~
Post a Comment