Tuesday, 10 December 2013

Mistake's

"I've found a love because of you, and I returned back that love because I love you too."


Semalam hari ulangtahun kami yang kedua. Aku tengok dia bersungguh-sungguh nak raikan semuanya, semua benda. Bahagia untuk dua tahun tak terucap katanya. Beria-ria gaya dia dengan muka penuh ceria, happy. Dia buat suprise macam-macam untuk aku. Candlelight dinner, bunga sejambak atas meja dan hadiah yang aku sendiri tak jangka.

Dia pakai baju kemeja biru yang aku belikan dulu, baju kesayangan dia katanya.

Aku diam. Aku pandang mata dia dalam-dalam.

“Maaf dan terima kasih untuk semua ni.”

Dia terpinga-pinga sekejap mungkin kerana kata maaf yang aku ucapkan tadi, terkebil-kebil matanya memikirkan bait-bait kata yang aku ucap. Aku tersenyum sambil cuba palingkan topik ke hal lain. Berkata-kata seolah-olah tiada apa yang terjadi. Dia mula terikut bersama melayan bicara aku. Malam itu kitorang banyak gelak je semata. Bercerita tentang hal-hal lalu yang kebanyakkannya lucu. Masa macam mana kami first time berjumpa, masa macam mana mula-mula dia approach aku. Habis semua kami gelakkan bersama. Bersinar muka dia penuh bahagia. Tak kering gusi aku melayan kerenah dia.

Aku gembira melihat dia gembira.

Dalam pada masa sibuk berbicara, aku terpandang muka dia, termenung jauh aku seketika. Ada timbul sedikit rasa hiba. Mungkin kerana ada satu rahsia yang aku simpan jauh dari pengetahuan dia. Sakit. Benda yang aku sendiri tak sangka. Tengok muka dia, buat aku betul-betul rasa bersalah. Air muka yang bahagia, takut sekali kalau aku hancurkan semuanya. Macam mana kalau dia tak boleh terima? Macam mana kalau dia patah hati hanya kerana aku puncanya? Macam mana kalau dia terluka? Macam mana? Macam mana?

Kerap kali aku tanya pada diri aku sendiri. Tak terjawab dek hati yang buta dan akal yang gila.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

Satu benda yang tak terungkap aku genggam dan aku campak jauh. Banyak benda salah yang aku buat tanpa dia tahu sedikit pun. Dia manusia yang tak sepatutnya aku layan begini bila dia berusaha sedaya upaya nak mempertahankan hubungan yang sedia ada. Bila dia bersusah payah dalam semua benda hanya untuk aku. Layanan penuh hampa aku lontarkan pada dia tanpa dia sikit pun merungut. Tak patut betul. Aku kejam, membunuh rasa tanpa sedikit pun rasa kesal. Dia layak untuk terima yang lebih baik dari semua ini.

Pahit yang aku cipta aku telan sendiri. Dia tak tahu dan dia tak patut tahu.

Satu rasa yang pasti. Aku taknak sakitkan dia lagi. Aku pilih hati, aku pilih dia. Aku masih punya rasa sayang pada dia. Dia layak untuk bahagia. Kalau bahagia dia dengan aku. Biarlah aku tunaikan bahagia dia.

Salah yang aku cari, aku campak entah kemana tak aku cari lagi. Aku taknak salah yang sama kembali.

Sekuat mana pun atau sebuta hati mana pun kau ada, takkan ada satu masa pun yang kau sikit pun tak timbul rasa kesal. Kau ingat senang nak pasang dua? Kau ingat senang bila kau buat salah dan kau pandang muka yang tak bersalah tiap masa? Kau ingat senang nak tipu semua benda? 

Pilih yang terbaik dan tak mungkin ada penyesalan.


Aku pilih dia.



1 comment:

리타 (Rita) 에릭 said...

nice. deep :) ...btw, i like your quote

"I've found a love because of you, and I returned back that love because I love you too."