Jujur aku cakap, rasa macam baru semalam baru nak masuk tahun 2013. Hari ni dah menghitung hari nak meninggalkan bulan Disember. Banyak juga yang dirasa, lelah jugak berlari pecut dengan hati yang diragut, itu belum campur dengan luka pedih dahulu yang belum sembuh. Susah rupanya hidup ni. Susah rupanya jadi manusia yang ada hati.
Tapi tahun ini berbeza sedikit. Tahun ini rasa rabak dia lain macam. Kalau dulu bila rabak, rasa sedih. Kalau dulu rasa rabak, mesti rasa nak meroyan, rasa macam luka kena hiris berkali-kali dengan pisau dan dilumur dengan garam. Tapi itu dulu. Sebelum saya jumpa kamu.
Sayang,
Amboi, pelik sungguh rasanya bila dah berani nak memanggil sayang. Tapi mungkin tidak mengapa, sayang saya hanya di sini. Bila berjumpa, saya macho macam biasa. Seratus kali ucapan maaf saya ucapkan jika selama ini mungkin kelihatan saya ini ego orangnya, keras hatinya, tapi betul ni sayang, itu bukan tanda saya tak sayang.
Sayang,
Jarang sekali kita berbicara tentang apa yang terjadi, apatah lagi mahu berbicara mengenai apa yang kita rasa dalam hati. Mula-mula kawan, lepas tu saya pun dah keliru apa dah jadi. Tapi seperti biasa, awak cakap biarlah Tuhan yang menjadi saksi, dan masa sebagai bukti.
Tapi kadang-kadang, dunia seolah-olah membuat satu konspirasi. Bila sudah acap kali mulut membuat sumpah tidak mahu berjanji, di pengakhirannya kita masih di sini. Masih lagi berjumpa, masih lagi dalam persimpangan dilemma, masih lagi di takuk yang sama, mungkin masih lagi tak tahu apa yang menanti di kemudian hari. Dan bila ada jarak sebagai pemisah, saya pun mula makan hati.
Sayang,
Mohon jangan salah faham, you're one of the best things that had happened to me. Saya juga sudah maklum, jodoh itu semua ketentuan Tuhan. Dan salah saya juga, saya jauh. Agak sukar untuk berjumpa, apatah lagi bermesra. Saya pula memang jenis yang sibuk, memang jenis ke sana ke mari tak ingat dunia, jadi masa yang terluang untuk awak itu hanya seketika. Maafkan saya.
Jadi, bila saya tahu tentang si dia yang lagi satu, yang mungkin boleh memanggil awak sayang selalu, seolah-olahnya saya rasa dunia saya menjadi keras seperti batu. Saya diam. Saya pendamkan kesemua. Saya senyum melihat tangan awak tak lepas memegang fon. Saya perhati kan aja kesemuanya. Sebab seperti biasa, saya harus menjadi macho.
Bila dah jadi begini, saya bersyukur sebab ada jarak antara kita, biar susah hendak berjumpa. Biar susah saya saksikan semua. Alah, kalau kahwin pun boleh bercerai, apatah lagi hubungan yang tak termeterai. Jadi saya gunakan segala ruang dan masa untuk menjadi sibuk. Tapi betul ni sayang, itu semua bukan tanda saya tak sayang.
Sayang,
Ini semua bukan makian, tapi sebagai ucapan terima kasih. Terima dan kasih untuk semuanya. Yang manis itu harapnya akan kekal manis, dan yang pahit itu mohon agar diletak tepi dihujung kaki. Terima dan kasih juga kerana bersabar, kadang-kadang perempuan yang macho ini juga adalah perempuan paling manja di dunia. Tapi tak mengapa, manja saya, awak seorang aja yang rasa, lelaki yang lain saya hulurkan bisa.
Dan Disember ini memang bulan pengakhiran, saya harap apa yang terjadi antara kita, dilipat kemas jadikan bekalan. Kalau rindu, boleh la sekali-sekala diselak dengan senyuman. Kita bermula dengan kawan, diharap walau apa pun yang terjadi esok, masih boleh kekal sebagai kawan.
Jilaka, yang last tu aku tipu. Agak-agak kalau kau nak pilih dia yang lagi satu tu, bagi warning seminggu dua dulu, boleh aku cari awal-awal pengganti yang baru. Adios.
5 comments:
:') same goes with me.
lol
ohemji...kenapa macam kena je ni...
susah..jadi manusia yang punya hati.
Can I ask ? Kalau copy paste and letak kredit masih dikira satu kesalahan ke? Entri ni menarik, tak mampu nak menulis macam ni. Hope diberi kebenaran untuk copy paste and letak kredit :)
Post a Comment