Monday, 1 December 2014

Saling menjauh, bukan jalan penyelesaian.

 Aku tak rasa bila kita ada masalah kita perlu melarikan diri daripada orang yang kita rapat, dan aku tak rasa kau patut malu untuk ceritakan pada someone yang kau rasa kau percaya gila-gila untuk kau menjadi diri kau sendiri untuk luahkan perasaan, dan aku tak rasa meski dia tak dapat selesaikan dia boleh jadi pendengar yang terbaik. Aku tak rasa dengan perangai buruk aku ni aku mampu membahagiakan orang sekeliling aku dan aku tak rasa aku mampu menjaga hati sekeliling manusia yang berada dekat dengan aku dengan sebaiknya. Kau rasa?

 Setiap hari, mesti kau akan fikirkan masalah dan cara penyelesaiannya. Tapi kau jumpa atau kau masih mencari? Bagi aku pencarian itu sudah lama dan yang kau mahu adalah jawapan. Bila kau ada jawapan, aku tak rasa jawapan itu tepat pada kau dan kau akan terus mencari. Tak letih ke?

 Sama juga bila kau bercinta, macam biasa i love you i miss you. Perkataan yang sama kau ucapkan cuma pada orang-orang yang berbeza. Dan bergaduh pasal tak menjaga hati, curang, keluar dengan orang lain dan putuskan hubungan. Apa yang kau nakkan dalam sebuah hubungan sebenarnya? Think.

 Aku tak rasa kau cukup bersedia menerima seseorang itu dalam hidup kau kalau setiap kali berselisih faham kau nak judged satu sama lain. Dan bagi aku salah seorang akan mengalah sebab nak selamatkan hubungan. Kau rasa sampai bila seseorang tu nak memendam rasa dan berkorban untuk orang yang tersayang?

 Misalnya setiap kali kau menjalinkan hubungan dengan orang baru. Kau pasti orang baru tu akan bagi nafas baru dalam hubungan yang kau cipta? Atau sekadar kau dengar cakap aku dan aku dengar cakap kau, dan bagi aku peranan kepercayaan dalam hubungan tu tiada. 

 Dan setiap kali gagalnya dalam bercinta kau akan guna cara yang sama dan salahkan pasangan kau demi nak menegakkan sesuatu keadilan yang entah celah mana kau nak buktikan?

 Cinta itu give and take. Bila aku cakap benda macam ni tak ramai orang boleh buat melainkan menyeksa perasaan pasangan iaitu menyakiti, membalas supaya dia rasa apa yang kita rasa dan so on. Maksud so on ni banyak kalau nak ikutkan. Jadi hargai pasangan anda, sebab penyesalan selalu berada pada............akhir sekali.


Embun Karina Abdullah.

Mungkin, kisah lucu kita.

 Hujan renyai-renyai, takkan hujan rintik-rintik air bergelora pula. Hujan sebegini menggamit memori, dulu atap tirih, berlari anaklah mencari besen menadah, bila terlalu lebat banjir satu rumah, ambil kain lap lap lap dan lap. Kemudian esoknya tahu dah kain buruk tu kena basuh dan jemur. Apa je yang kanak-kanak seawal umur 10 tahun tahu? Kena marah menyuruh itu dan ini lalu hati bilang, "Ah ibu tak sayang aku."

  Abah kerja ladang, tengahari pulang makan dan petangnya pula kembali mengutip buah relai. Tulang masih kuat tak sama seperti sekarang dah tua dan bertongkat. Hati tua mana boleh lagi nak marah, masa inilah kita yang dah dewasa perlu menjaga hati dan perasaan mak abah.

 Hujan ni, mengingatkan aku lagi, lempeng kelapa cicah gula serta kopi panas kurang manis, petang sebegini tiada apa selain dari mengenang kisah lama. Cucu pula asyik berkejaran berlari depan mata. "Tok, kenangkan pada siapa? Mengelamun panjang." Aku diam. Mereka hidup dalam zaman moden mana tahu apa. Yang tahunya iphone6 dan kisah sweet mereka bercinta kononnya manis macam gula yang takkan pernah habis. Aku senyum je.

 "Tok, ceritalah pasal nenek dulu orangnya macam mana? Cantik tak?" Cucu sorang lagi bertanya. Aku kalau nak ikutkan malas nak jawab, cantiknya tu tak boleh nak cakap jadi aku terdiam. Lama. Lalu aku arahkan salah seorang cucu aku ambilkan album dekat almari bilik atas.

"Ini, nenek kamu. Atok tahu atok power dapat tackle nenek kau dulu, malas je atok nak cerita lebih-lebih, kamu tengok mak kamu sekarang, cantiknya macam itulah." Sempat juga aku sengih dalam hati. Dah memang betul arwah bini aku dulu cun-melecun.

 Cucu-cucu semua dah lari, malas layan aku mungkin. Tak mengapalah. Salina, kalau lah kau masih hidup lagi, mesti kau masih tersenyum melihat aku duduk menghadap pokok mempelam yang kita tanam bersama seawal perkahwinan kita dulu, lebat buahnya sama seperti suburnya cinta kita. Sampai sekarang aku tak lupa kau menjerit ketika kerengga menggigit, kemerahan pipimu Salina menahan malu, dan aku jatuh cinta entah keberapa kalinya.

Salina,

Usia aku dah lanjut, 78 tahun namun aku bukan seorang pelupa dan nyanyuk, Alhamdulillah ingatan aku masih segar. Salina. Ah rindunya. Tak mengapalah aku mahu beransur solat asar dahulu.

 Gagah juga menongkat menjejak ke bilik air untuk mengambil wudhu' lalu sempat juga aku menoleh pada pokok mempelam kita, aku tersenyum lagi. Salina.

 Semoga esok, dan waktu petangnya dapat lagi aku berkhayal yang kau ada bersama, minum petang bersama sambil mengenang kisah-kisah lucu kita.

Dan pokok mempelam itupun terbuai daunnya. Berusia lama seakan cinta kita.


Tamat.

Embun Karina Abdullah.


Monday, 17 November 2014

Jualan Akhir Tahun MABOPA & TerfaktabTour Sabah!

 Pengumuman penting. Jualan akhir tahun Mabopa kami akan melakukan jualan penghabisan stok 2014. Dengan selamba dan bersahaja kami berikan kalian diskaun mutlak dari 10%-50%. Buat kalian yang menyimpan hasrat untuk memiliki buku kami dengan harga paling steady, ini lah masanya. Rujuk poster untuk tarikh dan tempat. Yang dari utara, selatan mahupun pantai timur. Turunlah, dan nikmatilah jualan akhir tahun ini. Kami menanti kalian dengan senyuman.


Adalah pertama kali kita ke Sabah! See you guys there~

Sunday, 26 October 2014

Memberi Cinta

Cinta ialah pemberian.

Sebenar-benar cinta ialah cinta yang tidak mengharapkan orang yang kau cinta itu mencintai kau kembali. Cukup kau yang memberi cinta dan menunjukkan rasa cinta itu.  Jika cinta kau ikhlas, orang itu akan merasa keihklasan cinta itu.

Contoh situasi :

Si perempuan sedih dan kecewa kerana pagi itu, dia  tidak mendapat mesej "morning!" daripada si lelaki seperti kebiasaannya. Jadi, si perempuan terus melabel si lelaki sudah lupakannya atau sudah berhenti mencintai (Dengar macam over pada telinga si lelaki, tapi deep down - itulah yang perempuan sangka. Cis)

Why not kali ini si perempuan pula yang menghantar "morning!" kepada si lelaki dan bertanya hari-hari beliau. Bukankah cinta itu sebetul-betulnya ialah saling memberi? Bukannya saling mengharap dan saling menanam ego. Kalau cinta, katakan cinta ; berikanlah cinta.

Bercintalah secara matang.

Wednesday, 15 October 2014

Atau nama glemer-nya; KOLUMPO KITA PUNYA.


Di event KOLUMPO KITA PUNYA INI kami menjemput korang datang ke sesi bersama penulis Evasion iaitu Farah K. Novel ini merupakan novel Inggeris sulung terbitan kami.


Malah, jangan lupa juga dengan aktiviti TerfaktabTour kami di UIA Kuantan pada hari yang sama kelak. Info menegnai kedatangan kami ke tempat korang ada pada gambar di bawah
Update; 29 Oktober Terfaktab Tour akan berada di UiTM Puncak Alam.

Amacam korang? Jumpa di sana dan marilah kita membeli buku sampai lebam!

Wednesday, 17 September 2014

#1 Post-Break Up, Don'ts : Kutuk Ex

Orang selalu kata, ‘Tengah sayang, itulah yang ditatang. Hilang sayang, semua pun melayang’. 

Masa bercinta semua manis, semua baik. Puji amboi kemain tinggi. Takde salah, semua betul. Tapi adat bercinta biasalah ye dak, kadang tak sampai hujung. Jodoh tak panjang agaknya. Lepas break up, pap! Twist 360 degree. Semua benda keluar. Dari yang dulu sebaik manusia, sekarang dia hentam sampai ke tanah serupa orang tu tak pernah ada sisi baik. Entah dia lupa jalan cerita dulu, atau dia yang lupa diri. 

Kutuk Ex-bf/gf selepas break up is a BIG NO wahai anak-anak. Why?

Kau tak rasa macam kutuk diri sendiri ke? Dia pernah jadi sebahagian dari hidup kau. Pilihan kau. Pernah sayang, pernah cinta. Bila kau mengata dia sama macam kau cakap diri sendiri. Bila kau kata dia tak guna. Kau sayang orang tak guna ke selama ni? Atau sebahagian dari hati dan diri kau selama ini adalah tak guna? Mungkin jugak kau ada taste yang teruk sebab suka orang tak guna. Magaaddd.

Kalau kau nak kata ‘sebab aku dah sedar dia tak guna lah aku cari baru’. Mampu senyum sinis je lah aku kalau dengar sebab permainan ayat tu akan terus berlangsung kalau kau break dengan pasangan kau yang seterusnya dan yang seterusnya lagi. On and on and on. 

Bila kau seronok sangat menghebahkan sesuatu yang buruk tentang ex kau, tanpa kau sedar sebenarnya kau jugak dah bukak jalan untuk orang keliling nampak kelemahan bukan setakat hubungan, malah diri kau sendiri. Depan kau mungkin orang akan gelakkan ex kau, belakang kau mungkin orang akan make fun kau pulak. Who knows? Sebab kadang kita memang akan rasa kita betul, tapi rupanya ada jugak salah kita yang kita tak perasan. So, beware. 

Tak tahu orang lain cemana, tapi orang kutuk ex kita depan muka ni dia punya makan dalam boleh tahan pergi jauh dari orang mengata diri kita sendiri. Exactly bukan sebab still ada perasaan. Tapi entah. Bila aku tengok member kutuk member pasal ex dia, ‘Kau lah bodoh pergi pilih orang macamtu’ sampai member tu duk terkulat-kulat tak tahu nak balas apa. Aku yang tengok dalam hati duk berketik ke yang bercakap tu ‘Hang tau dak, hang ni cilake?’

Ada setengah orang fikir, dulu ada benda yang perlu dijaga dan dirahsia buruknya hubungan atau pasangan dari umum sebab dia masih ada dalam hubungan tu sendiri. Putus je, dah boleh lepas semua memandangkan pihak yang satu lagi bukan siapa-siapa lagi dekat dia. Dari buruk yang dulu dinafi, sekarang dibuka dengan rela hati tanpa sekelumit rasa bersalah dihati.


Kawan, itu prinsip yang salah. 

Tak semua benda perlu dirungkai. Sama ada jahatnya dia atau silapnya engkau, biarkan simpan kekal diam. Tak perlu dijaja. Macam mana kau jaga masa bersama, macam tu jugak sepatutnya kau jaga sesudah tiada. Boleh bercerita, tapi tidak semua. Kena ada limit yang sangat rigid masa bercerita. Dan tujuan pun bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Sebab kadang orang dengar bukan sebab betul-betul kisah, tapi sekadar nak tahu. Seronok mengambil tahu. Dan cerita engkau menjadi rencah bicara hasil sesudah tahu.

Macam mana kau mula dengan cara yang baik, macam tu jugak kau kena sudahkan dengan cara yang baik. Dunia ni tak besar mana. Esok lusa entah macam mana bertembung muka.

Dalam membina hidup baru, kau perlu biarkan yang lalu kekal berlalu. Yang sedia tahu, biar sekadar itu. Dan yang tidak tahu, biarkan diam membisu. Cukup kau dan dia sahaja tahu apa sebenarnya berlaku yang semua orang tak tahu. 

Monday, 15 September 2014

Stay.

Hai. Asyik cakap pasal sedih, pasal patah hati, pasal nak move on, pasal curang lah. kali ni saya nak bagi penyelesaian kepada awak-awak yang tengah bahagia tapi macam tk confirm je nak bahagia tu.



Are you in a great relationship but wonder if there's someone better out there for you?
Ya, betul, kita cuma manusia biasa. Kita takut kalau-kalau kita buat kesilapan dalam pemilihan terutama sekali dalam hal cinta. Apatah lagi kini kita hidup dalam persekitaran yang berfikiran, "Kau muda lagi. Tak payah fikir komitmen." Maka banyaklah jiwa yang jatuh dalam perangkap, kekal rasa ragu-ragu walau dah bertahun dengan orang yang sama. 
Pada aku, ada satu je perkara paling penting untuk mencintai orang yang kau tengah bersama sekarang ni.
Kau kena fokus kat apa ada pada dia, bukan yang takde. Merepek lah 'I want a guy/girl who..' tu. Kau mesti pernah dengar psikologi yang gelas half-full dan half-empty. Kalau kau jenis macam aku; half-empty glass, kau akan fikir atau list kan apa yang kau tak suka kat pasangan kau. Ini yang kita taknak. Kau kena betulkan balik perasaan dan minda. Ingat, kau dah pilih dia. Nak tukar-tukar buat apa. Kau ingat senang ke nak move on, suka orang lain, move on, repeat? Yang nak test market walau dah ada bf/gf tu pulak, aku cuma nak cakap pergi mati kau sana. Nanti jadi the one that got away, jangan menangis meroyan.
"The grass is always greener on the other side because it's fertilized with bullshit."