Friday, 22 February 2013

cubaan pertama

Hai..

Hihi. Sebenarnya aku still rasa tak percaya sebab terpilih untuk jadi salah seorang penulis dekat blog terfaktab zine ni. Serius. Ibarat impian jadi kenyataan lah orang katakan. Tak dapat jadi skuad terfaktab pon okay lah sebab ada chance nak berangan kat sini. Hehe.

Actually, sekarang aku tengah rabak. Tersangkut dalam konflik dan masalah. Al maklumlah duniawi. Bukan semua benda yang kita nak kita dapat. Tapi tu lah, mungkin Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk aku nanti pada masa akan datang, jadi mungkin ni sebabnya aku rasa sakit sekarang. Jangan ingat aku cuma rabak dalam masalah cinta. Lagi banyak masalah lain yang aku ada sebenarnya.

Bab nak introduce diri sendiri memang tak pandai. Nak dipendekkan cerita aku ni memang suka bercerita. Bergosip, menulis atau apa-apa je. Aku tinggal di Ipoh. Selalu terlepas semua event atau apa-apa acara yang terfaktab adakan. Sedih gila. Duduk jauh kan. Nak buat macam mana. Redho jela. Hihi. Sudah berpunya?? Eh?? Haha.
Pernah ada blog pada satu masa dulu tapi dah ditutup atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ya, aku seorang hardcore terfaktab. Sangat obses dengan terfaktab sebab terfaktab besttt. Hihik. Pernah satu ketika dulu semua penulis terfaktab aku kacau. Well, terlalu obses lah katakan sampai macam tu sekali aku buat. Haha. Sampai diorang semua dah tak larat nak layan aku dah gamaknya.

*ehem ehem*

Jadi, pandangan aku pasal cinta? Well, love is not about me and you. It's about "us". Cinta tak berguna kalau sebelah pihak je yang beria-ria nak jaga hubungan. Tak guna jika ada "me" je tapi takde "you". Tak guna jugak kalau ada "me" and "you" tapi takde "us". Cinta memerlukan komitmen kedua belah pihak. Kalau taknak ada komitmen dan cuma mahu touch n go kau boleh pergi bercinta dengan ayam.

"A true relationship is not about me and you. It's about us. All about us. It's called LOVE."

No comments: