Sunday, 24 February 2013

Start Your Engine...


Hello. SD in the house. Erm, entri pengenalan diri bukanlah sesuatu yang amat digemari. Sama juga irl, sesi berkenalan sering dielak. Tiada istilah sombong, Cuma mungkin agak kekok bergelumang dalam kalangan manusia yang antaranya agak sukar untuk diserasikan dengan diri. Okaylah, kita balik pada topik yang sepatutnya tentang tujuan blog yang dicipta oleh adik/abang/encik Aqram.

Bila bos si Aqram menawarkan aku untuk menulis di sini, aku terfikir samada dia nampak aku hebat dalam bercinta atau adakah aku terlalu rabak? Aqram, I need your explanation. Bercinta. Cinta. Perhubungan antara dua insan bernyawa. Kasih sayang. Kecewa. Ditinggalkan. Penyailang dan disailang. Mungkir janji. Ya, itu semua scene yang pernah berlaku depan mata selama dalam kehidupan aku.  Dan ada juga yang menjadi lipatan sejarah dalam hidup sendiri. Dan perkara yang melibatkan hati; rabak, ditikam, ditindas, penipuan. Itu semua adalah satu pembunuhan secara halus. Yang mana membunuh perasaan hati sikit demi sedikit. Dan mungkin juga ada yang mati hanya kerana hati. Tak mustahil. Pernah terjadi dan ada yang juga pernah terfikirkan untuk itu. Betapa hati itu kadang-kadang punya kuasa lebih besar dari akal fikiran.

Ada orang bermati-matian tidak membenarkan diri hidup tanpa cinta. Ada orang yang serik menghidupkan cinta dalam hati. Ada orang yang dalam ketakutan samada perlu untuk menyubur cinta semula atau tidak. Pelbagai ragam, pelbagai hati. Tiada agensi match maker dalam dunia yang boleh memadankan setiap satu hati yang bernyawa. Usaha kita sendiri. Cara penyelesaian kita sendiri. Tindakan kita sendiri. Yang ada hanya pandangan, pendapat dan nasihat dari orang-orang di sekeliling.  Dan itulah harapan aku di sini. Menjadi penasihat cinta. Peneraju untuk sentiasa membenarkan cinta  sentiasa hidup. Sentiasa ada dalam diri kamu.

Bila berkata untuk menjadi penasihat cinta, maaf jika aku katakan di sini yang aku agak kejam dalam mempersoalkan tentang cinta. Aku tidak selalu memandang cinta yang sudah terlalu cliché dalam kehidupan seharian. Aku lebih sukakan akan cinta yang mencabar. Cinta yang sebenarnya ada di sekeliling kamu, mungkin disedari tetapi tidak diendahkan. Cinta bukan tentang sepasang hati sahaja. Mungkin ada tiga hati, empat atau lima. Dan percayalah, itu yang sering berlaku sekarang.

Okaylah, rasanya tak manis untuk menakut-nakutkan kalian sekarang kan. Bagi masing-masing warm up dulu. Bagi semua senyum-senyum ceria. Seronok-seronok bercerita erti cinta. Cerita tentang fairy tale, ye dok.

“Apa gunanya hidup di dunia jika kau hanya duduk di tepi sebagai penonton. Kenapa tidak kau beraksi di situ, sebagai hero cinta. Adakah datang suatu kerugian? Mari sertai aku.” -SD 


No comments: