Sunday, 24 February 2013

Appreciate

photo credit to psychedelicwomb instagram

I'm She & I'm in love.

Tapi cinta ni tajuk yang sangat besar. Cinta pada siapa? Mak, boyfriend, makanan, kucing, agama, and the list goes on.

Bagi aku, cinta perlu dihargai. Untuk semua yang ada dalam hati kau, kau kena appreciate dan cinta seikhlas hati. Bila dah ada dalam hati, maksudnya dah jadi sebahagian dari diri kau. Appreciate, sebab bila cinta hati kau tu hilang, sakit dekat dada kau tu takkan ada ubatnya. Haa. Aku tau sebab aku pernah rasa. Rasa rindu, rasa jiwa kosong, rasa mcm dah mati.

Cinta kena ikhlas. Buat kopi setiap pagi untuk suami, jgn merungut. Cium mak setiap hari, jgn segan. Bersih sangkar kucing, jgn membebel. Call girlfriend bila jauh, jgn berkira. Sebab bila mak dah takde, baru kau menyesal nak rindu. Bila ukulele patah, baru nak nangis. Bila boyfriend pergi holiday jauh-jauh, baru rasa nak berkepit. Appreciate masa ada sebab nanti bila dah hilang takkan ada yg boleh ganti. TAKKAN.

Aku tulis based on pengalaman dan untuk peringatan dekat diri sendiri jugak. Aku, bukan perempuan subang yang tipikal. Aku kurus kering sebab sara hidup sendiri. Aku, anak yatim yang suka bila dimanjakan.

4 comments:

Anonymous said...

Duk subang ke?

she said...

Lahir dekat subang, membesar dekat subang, family pun dekat subang, tapi diri sendiri duduk merata.

Anonymous said...

chantek lah. boleh lepak. teringin jugak aku nak jumpa.

kakaka.

- yg malas nak guna akaun. Aqram

she said...

Oh haha, boleh bos. Boleh, boleh.