Hi.
Terus terang aku nak bagitau, sebelum masa kau terbuang baca patah demi patah yang aku tulis, rasanya perlu kau tahu sesuatu. Aku bukan special pun. Lagi hebat si pengemis yang ada di jalanan, pakaian koyak rabak dan busuk pun lagi hebat dari aku. Kenapa? Hebat lah sebab dia duduk tepi jalan pun dapat duit hari hari. Lagi hebat pakcik yang bermain gitar kat KL Sentral tu, korang pernah tak dengar dia nyanyi? Awesome kan? Betul ni, tak percaya? Haa masih nak buang masa membaca? Terpulang lah.
Kadang kadang aku pun tak tahu aku ni macam mana, nak huraikan pun susah. Introvert pun bukan, sebab kadang kadang kalau kena topik best, konfem berjam jam aku boleh lepak berborak. Nak cakap feminin pun bukan juga, baru minggu lepas aku sempoi keluar pakai jeans dengan sweater Astro Boy kuning jumpa lelaki yang aku minat, lepas tu balik bilik menangis menyesal haha! Alim? Lagilah jauh panggang dari api, sebab semua orang adalah sinner, aku tak terkecuali. Terpelajar juga bukan sebab kalau aku dah pandai takdelah aku terkalut kalut belajar kat universiti tapi pointer masih bawah tiga.
Aku ni takdelah rare sangat pun, hipster pun bukan. Agaknya kalau lalu sebelah korang pun konfem takkan perasan sebab selalunya aku memang berjalan tunjuk pandang bawah. Tapi aku ada Abah yang awesome, kawan rakan sahabat yang suka tampar aku jatuh balik ke bumi kalau dah terbang sesat hingga ke langit, dan juga enam ekor kucing kat rumah. So aku ni boleh kira half awesome lah kot? Haha. Aku ni jenis kalau stress, diam aja, kena pijak kepala pun aku diam aja, malas nak cakap, pendam hingga hati aku mati sampai lah sekarang. Selalu juga aku jadi mangsa friendzone, benci betei tapi nak buat macam mana aku pun bukan jenis suka berjuang. Kalau benda tu nak terbang jauh, lepaskan aja, tu prinsip aku. Macam tu lah jugak pandangan aku kalau bab bab relationship ni.
" Kalau dia nak pergi, biarkan pergi. Kenapa perlu kejar manusia yang berlari jauh sedangkan mungkin ada yang wujud di sisi? "
Eceh, keluar ayat bajet pujangga pulak.
Aku bukan la feminist, tapi mungkin pengalaman lepas ajar aku cara untuk bangun dan bangkit tanpa lelaki. Eh bukan la aku cakap perempuan boleh survive tanpa guys tapi, entah lah. Aku tak rasa kita perlu desperate dalam mengejar cinta. Bila dah umur meningkat tua, aku belajar cinta tu akan datang cari kita sendiri, dan perlukan usaha, bukan paksaan. Itu definisi cinta aku, sebab tu aku tak amik port sangat ungkapan cinta " demi kau kekasihku, laut berapi pun sanggup direnangi. " Kepala hotak kau, yang memandai nak berenang laut ada api tu kenapa? Konon ala ala Bruno Mars nak sambut Grenade? Haha goodluck with that.
Anyway, bagi aku cinta itu bukan bersifat destructive, tapi aku pun tahu kadang kadang cinta ni bersegi segi, tak ada salah dan benar. Bagi aku la, masing masing konfem ada pandangan tersendiri kan. Takpe, cinta tu subjektif, asal hati bahagia, apa salahnya kan? Oh lupa nak cakap, aku Zaffe, dan aku tak suka tengok movie fullscreen kecuali kat wayang. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu kenapa.
No comments:
Post a Comment