Tuesday, 18 June 2013

Kau malu?

Kau malu nak mengaku dia boyfriend kau?

Sebab dia pendek, gemuk, tak handsome? Malu nak bawak jumpa kawan. Sebab dia takde duit, takde kerja, takde kereta.

Kau tinggalkan dia untuk lelaki lain. Yang lagi tinggi, perut six packs, muka handsome kacak bergaya. Kau bawak lelaki lain jumpa kawan-kawan kau. Sebab lelaki lain ni kaya boleh belanja semua, kerja pangkat besar, kereta dua pintu.

Satu hari kau sedar, lelaki lain ni tak sayang kau macam mana dia sayang kau. Lelaki lain ni tak pernah setia, tak peduli kalau kau sedih, suruh kau diet, tak suka tengok muka sememeh, marah kau pakai selekeh.



Kau rindu rasa kena cium dekat dahi setiap pagi, setiap malam. Kau rindu dia yang suka layan kerenah kau, usap rambut kau, buat kau gelak. Dulu, dia tak pernah kisah kalau tengok muka kau sememeh, tak pernah kisah kalau kau pakai simple, tak pernah kisah kalau kau naik 2kg, tak pernah buat kau nangis sedih, tak pernah tinggikan suara.

Dia dah taknak kau yang dulu tak pernah nak hargai dia. Sekarang dia bahagia dengan aku yang takkan tinggalkan dia.

Sekarang, kau nak dia balik. Tak malu ke kau?

Saturday, 15 June 2013

Sakit



Sakit.   

Satu benda yang semua orang akan rasa. Tipu lah kalau kau kata kau tak pernah rasa. Paling lopek pun mesti sekali pernah rasa macam mana rasa kena tikam jiwa. Bila rasa sakit rasa nak penerajang orang pun ada. Kan?

Sakit ni sebenarnya satu rasa yang gila. Sakit yang kekadang datang tanpa kau cari atau kekadang tak ada tapi kau yang cari sakit sendiri. Masa sakit tu lah kita nak tahu siapa yang selalu ada dengan kita. Masa sakit tu lah kita nak tahu siapa yang pedulikan kita. Masa sakit tu semua rasa kita nak luah. Remuk rendam, kecewa lara, semua kita luah, semua kita rasa. Bila sakit, rasa macam satu hari suntuk tak cukup masa kita nak menangis meratap bagai gila. Rasa macam satu hari tu patut ada 48jam atau selebihnya. 

Nak nangis orang kata habiskan masa satu hari. Kena nangis lama-lama sampai puas hati. Tapi kalau satu hari pun rasa tak cukup macam mana? Kemana lagi nak lari?   

Kekadang bila kau sakit. Kau mesti cari semua orang yang kau ada. Luah semua benda, luah semua sakit dalam jiwa. Kau minta pendapat, kau minta nasihat. Orang yang betul peduli akan betul-betul pujuk kau sampai tangis kau berhenti. Bagi nasihat itu ini. Kau dengar, kau iyakan tapi dalam hati kau taknak tahu pun apa nasihat orang lain. Kau berdebat itu ini dengan orang yang jadi tempat kau meluahkan perasaan. Semua rahsia, semua rasa keluar tanpa disangka. 

Bertalu-talu nasihat kawan kau lemparkan. Kau ambil, kau dengar tapi lepas itu kau buang ke laut. Kau buat pekak, buat buta tuli. Kau ikut kata hati kau sendiri. Sebab pada kau, apa yang kau fikir je yang betul. Sebab pada kau, kawan kau tak rasa apa kau rasa. Kau yang rasa dan kau je yang ada hak nak buat apa yang kau nak. Orang susah payah bagi cadangan nak jauhkan kau dari rasa sakit hati, tapi kau degil nak hadap sakit sendiri. Bila sakit kau mengadu itu ini kat semua orang. Ingat semua orang suka dengar cerita sama berkali-kali?   

Ibarat kau cuba belajar menunggang basikal. Kau mula kayuh, kau jatuh. Luka berdarah, kau rasa sakitnya. Tapi kau bangun balik, naik atas basikal dan kayuh sampai habis. Mak kau kata sudahlah. Nanti bertambah luka. Tapi kau degil, kau buat pekak telinga. Kau kayuh juga. Sebab kau tahu, satu rasa yang puas kau akan dapat bila kau dah berjaya kuasai basikal tu. Kau dah berjaya tunggang. Kau rasa puas bila kau boleh depa tangan sambil kaki kayuh pedal.   

"Nak rasa bahagia kena rasa dulu sakitnya."

Itu contoh sakit yang kau cari sendiri. Kau tahu sakit tu ada punca. Punca datangnya dari mana. Tapi kau tetap dekat dengan punca. Hadap rasa sakit yang buat kau jadi gila. Kau butakan mata, kau matikan rasa. Sebab kau rasa bila semua sakit tu dah reda kau akan temu bahagia. Tapi kau yakin bahagia tu akan ada? Kalau bahagia tu cuma angan-angan yang sia-sia macam mana?   

Berbaloi ke kau cari sakit sendiri kalau kau sendiri tak pasti bila tarikh luputnya? Takkan kau nak hadap sakit tu sampai mati? Konon berharap kau akan bahagia satu hari nanti?

Friday, 14 June 2013

Confession #30

Kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikirkan selama ini salah sebenarnya. Tak kiralah, pasal manusia, dunia, mahupun syurga neraka. Dulu aku fikir, baik dan jahat ni boleh je sama dengan hitam putih,senang orang nampak dengan mata kasar. Akhirnya aku di sini fikir yang manusia tu banyak yang berwarna kelabu, pakai topeng celoreng persis kuda belang, kadang-kadang hitam bergaris putih, kadang-kadang putih bergaris hitam. Sama juga lah dengan cinta. Dulu aku rasa macam perasaan fall in love mesti indah, mesti ada bahagia kat hujung cerita. Gambaran merah jambu, perasaan buat aku terasa di awangan. Cloud nine.

source
Tapi kau mahu tipu siapa? Dunia tak indah. Itu semua dongeng.

Terasa ada gerak di sebelah, beban baru atas katil. Mata aku sengaja pejamkan, perlahan aku hembus nafas. Terasa lima jari berjalan perlahan di pangkal peha. Ah, dah terjaga rupanya dia. Aku telan pahit tekak sedang pinggang aku dirangkul. Dan yang seterusnya kau tentunya tahu, tak perlu aku cerita.

Dan dalam masa satu jam berkata bahasa kononnya cinta menggunakan tubuh, akal aku masih lagi berlari-lari. Dalam masa tangan dia dan aku menjadi satu, irama yang sama bergerak laju, sebenarnya dalam diam hati aku bisu. Tiada apa yang dirasa, entah apa yang seronoknya hubungan sebegini. Tapi aku simpan jauh-jauh, mulut hanya mampu mengeluh kesah, nada manja sengaja diluah, biar ego seorang lelaki terjaga. Lantas bila sudah, aku pahatkan senyuman puas, walhal mata aku cepat-cepat beralih arah, bingkas aku bangkit dan mengutip pakaian atas lantai.

Mandi. Ya, aku patut mandi.

Shit! Dah pukul 3.15 petang. Aku dah terbayang muka bengis Madam Lim kalau aku datang lambat kelas dia ni. Masa ni lah aku teringat assignment report yang dia bagi minggu lepas aku tak print lagi. " Sarah ada kelas lepas ni, so I don't think I could make it tonight. Final exam pun dah dekat, I need to study. Maybe next week I datang lagi, okay? " ujar aku laju. Aku lihat dia hanya mengangguk perlahan, dan tangan aku lincah memakai tudung empat segi merah jambu bercorak bunga putih, padan dengan baju kurung hitam pada badan.

" Take care, Sarah. Thanks for the night. " ujar dia.

Pernah tak kadang-kadang kau rasa yang selama ni kau fikir betul tu salah? Tipu kalau aku cakap benda macam ni semua orang nak buat. Tapi tipu juga aku cakap kalau aku buat ni kena paksa dan bukan rela. Baik, betul dan buruk, itu semua kelabu bagi aku. Bibir diketap sendiri, kuat. Teringat dulu susah-payah bekerja siang malam untuk makan, itu belum lagi nak bayar yuran pengajian. Masa tu ada orang tolong? Tak ada. Siapa nak kawan dengan kau kalau tak berduit? Dulu juga berhempas-pulas makan hati, cuba untuk setia separuh mati. Akhirnya jantan tak guna tu kahwin dengan orang lain. Bak kata orang, habis madu, sepah dibuang. Masa aku nangis, berapa kerat je ada? Masa aku meroyan hati patah, kau ada? Tak ada, aku hidup bangkit seorang. Geram bara dendam berapi semula.

Dulu bila orang tanya, aku ada jugak cuba nak cerita. Cuba juga nak bagi orang faham apa yang aku rasa. Tapi sekarang aku malas. Berat mulut aku nak kata kat orang, sebab tak ada yang akan faham. Pernah ke orang kisah, sakit aku macam mana, jalan yang aku pilih macam mana. Semua orang sibuk nak agungkan sakit sendiri, semua orang rasa cabaran hidup dorang lah paling getir, paling teruk. Sebab tu aku malas. Biar aja lah aku diam.

Semua orang asyik berlumba dorang lah paling sakit sampai tak nampak, ada orang lain yang lagi parah rabak teruk dari dorang. Semua orang dah jadi buta.

Ah, pedulikan! 

" Ini kan yang kau pilih? Mereka yang lain apa kisah. Abaikan. Mahu salahkan siapa? Tiada! " bisik Iblis dalam hati. Kesian Iblis, asyik dia yang dipersalahkan, padahal kadang-kadang dosa yang dibuat sebab hawa nafsu sendiri, dia cuma curah minyak atas api. Pantas dua tangan digunakan untuk mengemas barang, mengutip segala sisa satu malam. Sebelum keluar, aku ambil satu keping kertas nipis atas meja. Hak aku, maruah aku, harga yang aku letak untuk setiap hujung minggu. Tujuh ribu ringgit Malaysia. 

" Boleh makan besar aku malam ni. " kata aku sambil bersiul girang. Harap-harap Madam Lim tak marah aku tak buat lagi assignment yang dia bagi. Hhhmmm.


Monday, 10 June 2013

Galau

Ikut hati mati
Ikut rasa binasa

Tapi aku tak ikut hati, tapi aku dah pun mati. Aku tak ikut rasa, tapi tetap jugak binasa.

Orang kata jangan mudah percaya dan beri sayang tu sewenangnya. Jangan terlalu murah dengan sayang sebab kelak makan diri. Habis kau fikir aku tabur sayang aku mengikut angin lalu? Biar terbang rawak. Bertebaran lah sejauh mana dia mampu. Rebahlah pada yang dia mahu. Sayang itu aku jaga, aku bendung biar tak pergi ke orang yang tak selayaknya. Aku tahu. Tapi mungkin aku silap sebab aku tak jaga hati aku sebetulnya. Hati yang timbulkan rasa sayang. Sayang aku ikat tahan, tapi hati aku lepas bebas.

Jangan bagi ruang untuk hati disakiti. Tapi mana kau tahu hati kau akan sakit kalau kau sedang kecap bahagia. Sayang baru berputik, semua nampak indah. Yang buruk pun dikata elok. Kau kata itu buta tuli, pergi mati sana sebab kau mungkin tak pernah rasa nikmat cinta sampai kau jadi bodoh. Akal boleh realistik tapi hati tak kan pernah boleh waras. Dalam berjaga kau tergelincir. Tenggelam dalam nikmat perasaan sampai lupa kemungkinan yang menanti dihadapan.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Sakit. Memang sakit. Sakit yang tak boleh nak diungkap.

Menangis selagi kau boleh. Benam hati kau sedalam yang kau mahu. Layan remuk redam selagi kau mampu.



Aku mahu kau tahu, ini bukan salah kau sayang. Kau tak bodoh. Menyerahkan hati pada yang dia yang masih kelabu tu bukan satu kesalahan. Lumrah manusia. Tapi dia. Dia tak pandai menghargai kau. Penglihatannya masih liar. Hati nya masih besar. Nafsunya masih kasar. Otaknya masih dumpu. Dia juga seperti kau. Insan biasa yang buta bila dihidangkan dengan rahmat kasih. Biarkan. Beri dia peluang. Lepaskan dia melangkah sejauh mana dia mahu. Tengok destinasi mana mahu dia berhenti. Sebab kau perlu tahu mana letak duduknya kau dan dia.

Dan kau cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah kau. Dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. Tak perlu terlalu mencari di mana silap. Abaikan mahkluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya yang wujud antara kau dan dia. Dan rahsia itu biar terus kekal disitu. Simpan. Kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama apa yang di dalam.

Saat dia terjatuh sebagaimana dia lakukan pada engkau, baru dia tahu apa itu dunia. Dia akan sedar, hati tu bukan sekadar untuk bahagia. Derita sentiasa menanti untuk mengambil tempat. Ada sisi lain selain putih. 

Sudah, kesat air mata. Lalui hari kau seperti masih punya pelangi. Bertenang. Teruskan hidup dan bersedia. Lihat ke mana takdir akan membawa kau. 

Friday, 7 June 2013

Tolak tepi

Malam yang senyap, bunyi jarum jam pun aku boleh dengar. Buku " The Perks of Being A Wallflower " dan cawan berisi air kopi diletak perlahan atas meja. Nafas dan keluhan aku hembuskan perlahan. Suara Thom Yorke setia jadi peneman, album Pablo Honey berulang aku dengar. Hati rasa sebak.

Selama ni aku tak pernah nampak erti bila orang cakap  " If you love someone, set them free. " Aku tak pernah mengaku kalah. Kalau aku nak, aku akan usaha sampai aku dapat. Sama dengan perhubungan, aku jenis direct, kalau suka akan terus confess. " Kau confident, boleh la. " cakap kawan aku, Cumi. Tapi malam ni baru aku sedar berat beban bila kita suka kat orang.


" We accept the love we think we deserve. "

Kau ingat kau seorang aja yang sakit? Habistu aku? Tangan yang melepaskan juga terluka. Aku tolak kau tepi ada sebab, bukan sengaja. Bukan sebab aku tak suka, bukan sebab perasaan sayang tak ada. Tapi nak buat macam mana. Hidup masih panjang, dan hidup juga bukan pasal cinta aja. Kerjaya, pelajaran, mak bapak, itu semua kena fikir. Bila aku nampak kau, hati rasa gentar. Hati rasa takut nak berjuang. Rasa takut buat aku lemah.

Dan aku kena kekal kuat, aku kena kekal realistik. Kalau setakat cinta, takkan boleh bayar makan minum aku, tak boleh nak tanggung hidup aku. Kalau asyik bergelumang dengan emosi cinta tak stabil, macam mana nak berjaya? Macam mana nak kekal sober? Macam mana nak jadi waras sentiasa? Orang bercinta ni kalau tak reply text pun boleh bawak berperang. Itu cinta apa? Cinta manis remaja? Cinta budak-budak? Maaf ya, bukan itu yang aku cari dalam hidup.

Kau perlukan dia yang manja, yang boleh bergelak-ketawa, yang boleh berjumpa saban hari tanpa jemu. Dia yang cantik, kulit lebih mulus, hati lebih tulus. Dia yang boleh Whatsapp kau setiap saat, bertanya makan minum pakai kau, yang boleh beri senyuman manis bila kau sakit. Bukan aku, kau tak perlu aku. Aku yang sibuk ke sana ke mari dengan urusan dunia dan bergelumang dengan lumpur realiti dan perasaan sendiri. Nak senyum pun payah, hati aku simpan jauh biar dingin, biar beku. Sebab aku rasa sakit perit nak terus bernafas dalam kalangan mereka yang kejam. Aku nampak dunia satu tempat layar yang tak indah.

Cinta itu suci? Cinta tak boleh bawak mati.

Jadi jangan kau sedap mulut kata aku manusia tak berperasaan. Aku pun rasa apa yang kau rasa. Kau anggap benda ni mudah macam buang ludah. Aku fikir juga nanti, kalau kau punya mata yang boleh nampak segala buruk cela hodoh nista aku, apa akan jadi? Sepuluh tahun akan datang, apa akan jadi? Kau ingat cinta kekal abadi?

Aku tanya kau ni, apa akan jadi?


Tuesday, 4 June 2013

Dying love


Cahaya hening pagi langsung tak memberi peluang pada kegelapan. Menerobos tanpa belas kasihan.

Mata aku masih sembab, masih sayu memikirkan masalah hati. Hari ini aku bangun, melihat pada cermin. Sugul betul wajah aku hari ini. Tiada seri, manis hilang entah kemana. Aku capai tuala yang tergantung dibirai katil. Sambil menghempas pintu bilik air tanpa sedikit rasa kesal, tetapi penuh amarah.

Setelah siap mandi, aku capai wardrobe yang aku sedia sambil membungkus segala kelengkapan yang ada. Selesai segalanya aku melangkah masuk kedalam kereta. Dengan jaket kulit, skinny jeans, kaca mata hitam dan juga sneakers, aku memulakan pemanduan. Memandu menuju destinasi yang aku mahu. Berjam-jam waktu aku siakan dia atas jalan semata-mata untuk ke tempat yang aku sendiri tak pasti kenapa aku mahu pergi.

Hari yang tadinya terang benderang sudah hampir gelap, matahari makin tak kelihatan. Aku menunggu hari menjelang malam. Gelap, dalam kelam malam aku mencari kelibat manusia disepanjang pantai. Tatkala itu aku terpandang sepasang pasangan kekasih sedang asyik bermesra. Nampak bahagia.

Aku hampir terkedu rasa. Sakit dalam hati aku tahan lama. Dengan rasa marah aku terus berjalan lemah ke arah mereka. Aku berdiri teguh di depan mereka berdua. Serta-merta si lelaki terus memandang aku. Mungkin terkejut. Pandangan dia. Ya, itu pandangan yang dahulu yang pernah aku puja. Tetapi kali ini tak sama macam sebelumnya, kali ini dia memandang aku dengan pandangan penuh rasa takut dan hiba.

Aku tersenyum sinis. Pandangan penuh benci aku lemparkan pada dia, pada keduanya.

Dalam masa yang sama aku keluarkan sepucuk pistol yang aku bawa bersama. Penuh rasa angkuh aku halakan tepat ke kepala dia. Dia masih terdiam kaku. Tapi dalam anak matanya aku dapat baca rasa hati dia, apa yang dia nak kata.

Aku menggelengkan kepala seketika.

Maaf? Hurhh! Dah tak ada lagi untuk kau. Dah terlambat.

Si perempuan cuba bangun menipis dan cuba menadah dada. Dia ingat aku nak tembak dia? Aku terajang betina tu ke tepi. Terjelepuk dia jatuh ke tanah.

Dangggg!!!

Semuanya jadi dalam sekelip mata. Satu bunyi yang begitu memuaskan.  Sangat mengasyikkan. Cecair merah terpercik sedikit ke wajah aku. Aku kesat tanpa rasa sesal.

                                                                       *****

Semuanya dah berakhir. Mulai harini takkan ada lagi hari yang kau tinggalkan aku penuh luka penuh lara. Tapi kali ini aku tinggalkan kau dengan rasa sakit, mati hati, mati akal, mati jiwa, mati segala.

Aku gembira. Kali ini aku pergi dalam kepuasan hati sambil mendengar suara perempuan meratap penuh sayu. Sedih dalam tangis.

Kalau aku tak mampu memiliki kau, maka tiada yang lain boleh ganti tempat aku.

Dalam hati sarat rasa gila. Ya, kerana aku pernah gilakan dia. Biar dia pergi, biar tinggal hanya dalam kenangan aku saja.





Monday, 3 June 2013

Sakit Serupa Bodoh

Ni kalau dapat jumpa depan mata memang sedap. Teringin aku nak tengok siapa perempuan tu.

Monolog seorang perempuan pada suatu petang yang cuacanya boleh tahan panas. Namun bahang dek cuaca diluar tak boleh menandingi suhu yang boleh tahan tinggi dekat dalam hati.

Kemain lagak doa mintak terserempak depan mata. Mesti seronok katanya. Macam drama. Hiks. Mungkin kerana marah, dia mintak yang tak sepatutnya.

Kau jangan mintak yang bukan bukan. Kang dah nampak kau tak lalu nak hadap. 

Kata rakan kepada perempuan tersebut. Nasihat yang bagus, tapi si perempuan pesen tak makan saman. 

Chill lah. Takdenya aku nak terajang dia time tu. Come on. Baru fun. Haha.

Masih angkuh dan lupa diri. Ego masih besar. Tak sedar yang tanah masih ada dibawah. Menunggu untuk menerima dia terjatuh. Atau mungkin tersungkur.

Pap, Tuhan makbulkan doa. Kuasa Dia. Kau mintak ye, naahhhh. Rezeki kau. Bukan senang tau hajat nak dipenuhi. Bersyukurlah sebab kau terpilih.



Eh, itu bukan kereta dia? Siapa yang turun dari kereta tu? 

Dari tenang menjadi resah. Mata tak lepas pandang. Hati mula gundah. Otak sudah ligat. Badan menggigil.

Ini lah masa yang dia tunggu selama ni. 

Istighfar. Ah, still tak jalan. Tarik nafas. Hembus. Dia masih sabar. Masih waras. Masih teguh. Sekurangnya saat itu.

Mungkin dia fikir dia cukup kuat nak hadap adegan keramat tu. Tapi dia lupa yang hati dia rapuh. Sekuat mana dia tahan, kuat lagi hati dia terganggu. Besar mana ego dia, besar lagi perasaan kecewa dia dek hal tersebut.

Tahan. Tahan. Tahan.

Menangis.

Kan dah kalah.

Ada benda yang kau patut tahu, dan ada benda yang kau tak patut tahu. Selagi kau belum bersedia untuk hadapi kebenaran yang menyakitkan, ambik lah peluang nikmati penipuan yang menyenangkan. 

Dan hati, tetaplah kau disitu dan terus teguh.