Seperti yang dijanjikan. Sempena dah Ramadhan. Maka pihak kami berbesar hati membuat jualan penghabisan stok dengan menawarkan potongan harga dari 10% hingga 30%.
Layari www.terfaktab.com untuk membeli buku-buku yang nak di habiskan stock tersebut.
Lincah!
Monday, 8 July 2013
Saturday, 6 July 2013
Aku suka dia? Bitch, please.
Jepun ni banyak
term pelik-pelik dalam melabel orang especially dalam relationship sampai
manusia herbivorlah karnivor omnivor pun ada maksud kalau kat sana. Artikel ni
aku nak cerita pasal the unfortunate case of being a tsundere. Tsundere ni pronunciation dia sun.they(dei cam kau
panggil mamak).ray. Kalau korang yang memang dah otaku mode switch on lepas
nampak perkataan ini mesti dah tau apa maksud dia sebab tsundere ni pun memang
one of typical characters dalam anime/manga.
Tsundere ni
senang cerita macam bipolarlah (sikit) lagi-lagi kalau dengan orang yang dia
suka; mulut dengan ekspresi orang tsundere ni tajam sikit mampuslah siapa yang
dia suka tapi dalam hati sebenarnya dia suka walaupun dia selalu cakap
bodohlah, banganglah, bencilah. Ada
faham? In other words, tsundere ni mahu tapiiiii taknak tunjuk dia akan tunjuk
dengan keganasan/kebencian. Kalau nak contoh paling familiar & universal,
Helga dalam Hey Arnold. Dia sukaaaaa gilaaaaa kat Arnold tapi perangai dia bila
depan Arnold? Heh.
The
unfortunate case jadi tsundere ni ialah bila nak mengaku kau suka kat orang tu
pun payah tahap dewa. Belum mengaku kat orang lain lagi, nak mengaku kat diri
sendiri pun azab. Peringkat awal bila si tsundere sedar yang dia (might be)
suka orang tu, dia akan deny gila-gila-gila punyalah dalam otak dia sendiri. “Kenapa nak suka kat dia? Tak handsome pun si
Abu lagi handsome. Eee dahlah pemalas bodoh lembab kepala cam bola ragbi pulak
dah tu.”
Bila dia
dah rasa confirm suka pulak, dia akan rasa cam nak facepalm oh god why kenapa
aku boleh suka manusia kepala bola ragbi camni tapi rasa suka tu tak hilang
jugak. Bila nampak orang yang disukai tu kalau orang normal selalu hati
berbunga tsundere pulak cam pehal dia nak tunjuk muka hodoh dia depan kau. Bila
confuse, orang tsundere ni ada gak rasa cam nak meroyan kat Twitter macam
manusia lain tapi nanti dia terfikir pehal aku yang nak kena meroyan pasal dia
siapa dia untuk diroyankan.
Part paling
dahsyat sebagai tsundere ialah bila kawan-kawan dia tengah bergosip pasal crush
dia, dia boleh buat-buat taktau siapa nama crush dia padahal dalam hati dah
terpahat terukir duduk fikir tiap-tiap hari. Kalau kawan dapat sense pastu tanya tsundere ni boleh jadi jawab "Aku suka dia? Bitch, please." Tapi kalau si crush tu tak kenal
dia, buat apa dia nak kenal si crush tu hebat sangat ke si crush tu sampai dia
nak kena tau nama. Nampak tak betapa teruknya jadi tsundere ni?
Oleh sebab
perangai hazab camni, kalau si crush orang tsundere ni tau memang muntah darah
gelak guling tak percaya. Contoh kalau ada orang bagitau kat Arnold yang Helga
suka dia memang Arnold geleng kepala tak percayalah sebab tsundere ni memang
sehabis boleh taknak tunjuk yang dia suka kat crush dia.
Jaaaadi
point aku kat sini, kemungkinan tsundere ni jadi forever single ialah 99.9%
sebab crush diorang selalu salah faham diorang ni musuh ketat. Aku doakan semua
para tsundere akan jumpa pasangan yang memahami sebab for sure pah cerohlah nak
harap si tsundere ni start. So, ada antara korang yang rasa korang tsundere lepas
baca ni? Mohon bertabah.
xoxo,
Gasip Gol
P/s: Eeeeee siapa yang suruh korang baca sampai
habis ni? Eeee bencinyaaaa.
Friday, 5 July 2013
Jangan lari, hadap.
Kalau kau rasa dengan dapat lupakan orang dengan cara larikan diri dari orang yang buat kau sakit tu satu kejayaan, kau silap. Sebab berjaya berhadapan dengan orang yang buat kau rabak tu jauh lagi besar tahap menang dia.
Kau ingat senang nak hadap muka yang buat reaksi macam takde apa-apa sedangkan dia buat kau sakit hati tu tak tahu nak cakap macam mana. Nak nak yang jenis kejam serupa nazi. Semalam baru lepas buat kau rabak harini dia datang dekat kau sengih sengih macam baru jumpa harta karun. Rasa macam nak terajang muka dia pun ada time tu. Kalau kau tak betul betul kuat, mau meleleh dah kau kat depan dia. Tapi sebab kau kena berlagak steady dan cool, so kau pun buat macam takde apa.
Sebenarnya tu lagi baik dari kau lari tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Tak nak contact dengan dia. Atas alasan kau tak boleh tengok muka dia. Kalau dengan cara tu kau cakap kau dah berjaya bangkit dari kekalahan, kau silap. Terang terang kau masih tertakluk bawah bayang bayang dia.
Eh, ye lah. Kalau kau betul betul dah move on, jadah apa kau still tak boleh tengok muka dia? Nampak sangat kau tergugat takut jatuh hati balik. Pesen senang kalah. Haritu sikit punya meroyan, tapi still tak boleh jumpa dia, sakit hati tak hilang lagi katanya. Sakit hati ke sebab kau ada hati lagi kat dia. Mulut cakap dah move on, tapi hati duk terkenang kisah silam. Sudah lah. Dia elok tegak depan kau buat muka bahagia, kau tak habis dengan muka taik. Tak rasa malu ke bila tunjuk sisi lemah kau ke dia.
Memang tak mudah nak berhadapan dengan dia. Nak nak baru lagi kan. Kalau hati tu boleh nampak, luka pun tak kering lagi. Tak payah tengok muka, dengar suara pun dah sakit hati. Marah tapi nak nangis. Kan? Macam bodoh. Tapi sampai bila pun kau nak macam tu. Kau pernah dengar ayat,
Kau ingat senang nak hadap muka yang buat reaksi macam takde apa-apa sedangkan dia buat kau sakit hati tu tak tahu nak cakap macam mana. Nak nak yang jenis kejam serupa nazi. Semalam baru lepas buat kau rabak harini dia datang dekat kau sengih sengih macam baru jumpa harta karun. Rasa macam nak terajang muka dia pun ada time tu. Kalau kau tak betul betul kuat, mau meleleh dah kau kat depan dia. Tapi sebab kau kena berlagak steady dan cool, so kau pun buat macam takde apa.
Sebenarnya tu lagi baik dari kau lari tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Tak nak contact dengan dia. Atas alasan kau tak boleh tengok muka dia. Kalau dengan cara tu kau cakap kau dah berjaya bangkit dari kekalahan, kau silap. Terang terang kau masih tertakluk bawah bayang bayang dia.
Eh, ye lah. Kalau kau betul betul dah move on, jadah apa kau still tak boleh tengok muka dia? Nampak sangat kau tergugat takut jatuh hati balik. Pesen senang kalah. Haritu sikit punya meroyan, tapi still tak boleh jumpa dia, sakit hati tak hilang lagi katanya. Sakit hati ke sebab kau ada hati lagi kat dia. Mulut cakap dah move on, tapi hati duk terkenang kisah silam. Sudah lah. Dia elok tegak depan kau buat muka bahagia, kau tak habis dengan muka taik. Tak rasa malu ke bila tunjuk sisi lemah kau ke dia.
Memang tak mudah nak berhadapan dengan dia. Nak nak baru lagi kan. Kalau hati tu boleh nampak, luka pun tak kering lagi. Tak payah tengok muka, dengar suara pun dah sakit hati. Marah tapi nak nangis. Kan? Macam bodoh. Tapi sampai bila pun kau nak macam tu. Kau pernah dengar ayat,
Lagi jauh aku lari, lagi cuba aku lupakan dia, lagi dekat dia datang, lagi asyik aku teringat dekat dia.
Aku bukan angkuh, tapi aku tak pernah larikan diri dari orang yang buat aku rabak. Bukan lah tak pernah langsung. Maksud aku paling teruk pun aku berselisih bahu dan aku tunduk. Kalau dia tegur, aku balas, kalau dia lalu buat bodoh, aku pun jalan buat bodoh. Settle. Tapi aku rasa tu tahap boleh dibanggakan lah sebab ada sesetengah orang langsung tak boleh. Dengar bunyi tapak kaki, bau dia sekali lalu pun boleh boleh mengundang air mata. Parah.
Bagi aku bila kau face up dengan manusia yang buat kau melalui fasa sakit dalaman ni menunjukkan kau memang super power. Of course lah sebab tak semua orang boleh buat kot. Kau tak rasa ke macam best bila dia buat atau cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau semalam. harini kau jumpa dia kau boleh senyum dan gelak ketawa dengan orang lain serupa takde apa. Bravo. Silap haribulan, dia balik yang rasa tergugat sebab tengok kau tak terjejas dek angkara dia.
Jangan tunjuk yang kau lemah depan dia. Macam mana sakit pun kau hadam sengsorang. Kalau perlu, cerita dengan someone, go ahead. Cerita. Tapi bila sampai depan dia, hadap. Control diri kau sebaik mungkin. Selagi kau boleh sorok rabak kau tu, kau sorok. Kalau nak melalak pun tunggu sampai rumah, masuk bilik, cari bantal, tekup muka. Jangan meroyan campak campak barang pulak. Mengamuk pulak mak kau nanti.
Cara ni bagi aku one of the best cure lah. Harini kau tengok muka dia sakit level sembilan puluh lima. Esok tengok muka dia sakit tu dah turun level tujuk puluh. Lusa turun lagi level lima puluh lima. Everyday kau akan get used and slowly kau jadi okay. Bukan lah aku pergi suruh kau jumpa dia hari hari. Itu contoh. Jangan jadi bebal kau pergi cari dia tak tentu pasal. In case kalau terjumpa atau memang kau perlu deal dengan dia hari-hari. Tak perlu nak larikan diri kalau terserempak. Kalau kena kat aku tu memang aku gelak je. Perangai serupa budak belum sunat.
Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas.
Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Orang kata, alah bisa tegal biasa.
Ini nama dia ikut hati tak lama lagi kau mati dekat tangan laki.
Bagi aku bila kau face up dengan manusia yang buat kau melalui fasa sakit dalaman ni menunjukkan kau memang super power. Of course lah sebab tak semua orang boleh buat kot. Kau tak rasa ke macam best bila dia buat atau cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau semalam. harini kau jumpa dia kau boleh senyum dan gelak ketawa dengan orang lain serupa takde apa. Bravo. Silap haribulan, dia balik yang rasa tergugat sebab tengok kau tak terjejas dek angkara dia.
Jangan tunjuk yang kau lemah depan dia. Macam mana sakit pun kau hadam sengsorang. Kalau perlu, cerita dengan someone, go ahead. Cerita. Tapi bila sampai depan dia, hadap. Control diri kau sebaik mungkin. Selagi kau boleh sorok rabak kau tu, kau sorok. Kalau nak melalak pun tunggu sampai rumah, masuk bilik, cari bantal, tekup muka. Jangan meroyan campak campak barang pulak. Mengamuk pulak mak kau nanti.
Cara ni bagi aku one of the best cure lah. Harini kau tengok muka dia sakit level sembilan puluh lima. Esok tengok muka dia sakit tu dah turun level tujuk puluh. Lusa turun lagi level lima puluh lima. Everyday kau akan get used and slowly kau jadi okay. Bukan lah aku pergi suruh kau jumpa dia hari hari. Itu contoh. Jangan jadi bebal kau pergi cari dia tak tentu pasal. In case kalau terjumpa atau memang kau perlu deal dengan dia hari-hari. Tak perlu nak larikan diri kalau terserempak. Kalau kena kat aku tu memang aku gelak je. Perangai serupa budak belum sunat.
Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas.
Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Orang kata, alah bisa tegal biasa.
.......................................
"Sampai sekarang aku still tak boleh jumpa ex aku sebab rasanya kalau aku jumpa, confirm aku menangis. Tak boleh." - seorang wanita yang telah pun berkahwin.
Conversation
Assalamualaikum korang. Seriously, it did happen.
2.03 a.m – 5 July 2013
Malam tadi dia call, kebetulan aku tak tidur lagi. Aku
angkat. Hmm, we got nothing to say, lebih banyak diam. Aku bukak buku Physics
and baca. Yes, we’re on the phone but he keep talking to his dorm mates.
Annoying gila bila call orang lain tapi bercakap dengan orang lain. Say
farewell sebab dia nak main futsal, k foinee. Dia call lagi, masih bersembang
dengan kawan-kawan. Tenuk gila muka aku bila kena hold on call. Habis main
futsal lah katakan, nafas termengah-mengah. Tak bercakap tapi buat bunyi uh uh
ah, uh uh ah. Seksi gila aku cakap dengan korang, macam orang tengah
buat apa entah hehe. Aku rasa macam nak tampar je muka dia dengan tapak kasut
ni ha.
Talking about studies studies err bosan. Well, he will
going to Japan, pursuing his studies memang lah dia asyik buat tazkirah
percuma. 10 minutes, takde bunyi. Dia diam, aku diam. Eh, aku nak tidur lah. Suddenly,
Hey
nak tanya lah
Hmm
Dengar
baik-baik
Amende?
Amira
suka Luqman eh?
Heh?
Terbeliak biji mata aku. Apa hal mamat ni.
Hahaha, amende natang sangat soalan ni.
Cool ree cool
Just
say yes or no. If no then its ok, if yes tell me why.
Cicak
betul lah. At first I would like to say no, senang and simple kann?
Listen
Amira, if you don’t then its ok. But remember when everything ends, memories
begin. You’ll cry.
-..-
I don’t cry.
Suara mendatar.
Easy,
answer me. I won’t ask it again. If you say you’re not, don’t ever think to
come back to me. Once broken considered gone. Faham?
Macam mana aku nak jawab. Jawab ya? Aku pun tak yakin,
kalau iya pon bagilah aku masa amik wuduk dulu buat solat istikharah hurgh. If
jawab tak, menyesal sampai mati pun tak berguna. Well, I keep come back and
forth. Berdalih mengarut merapik apa-apa entah. Pastu cara dia macam nak
mengugut, perasan tak? Benci gila. Suara dia memang serious habis lah. Aku tak
yakin dengan perasaan aku, tapi aku tanak menyesal. Tapi, tak semestinya jugak
kan. If it were meant to be, then it is meant to be.
Letih main game ni, rasa menyampah.
Ok, yes I do like you.
Heh,
you don’t like me?
I do love youuuu *pitch menjerit* Ehh, I do
like, bukan love. Silap cakap.
Haha,
don’t scream lah. Kan senang bagitahu awal-awal. Hah, malu lah tu. Eh tak payah
nak malu sangat. Sepak kang. Whether its like or love, things are just the same
for me.
Whatever. Its my time to ask you question.
Tadi Luqman tanya ‘do you LIKE me kan?’ ok, do you love me Muhammad Luqman?
Pehh, tebal gila muka aku.
Hah,
cakaplah betul-betul. Orang nak jawab ni.
Do you love me Luqman?
Ok sabar ok ree
Hah,
line tak berapa clear ni. Cakap kuat sikit ok sayang
Pekak,
eh banyak kau punya sayang.
Dah ah, malas nak tanya. Tak penting pon.
Dah ar, menyampah pulak.
Alah,
chill lah orang tanya je. Sekali lagi soalan tu, boleh?
Tanak tanak tanak. Mengantuk, orang nak
tidur. Nak baring nak bantal. Dah lah orang NAK TID….
Tak sempat habis cakap.
Yes I
love you. I love you. I love you.
3
minit dia diam aku diam.
Ah, ok.
Sebenarnya
dengar je tadi, saje suruh ulang hehe.
TENUK!
Aku mungkin suka kau, tengoklah esok lusa tapi jantung
aku macam nak lunyai kena tumbuk dengan ke-gentle-an kau haha. We don’t what
will happen next, I just wish the best.
Well, I can tolerate man without breast, kau takde kan
sayang?
ps: yang italic tapi unbold tu aku/monolog dalaman. Hahaha
Wednesday, 3 July 2013
Crush
Waktu paling indah dari sudut cinta bukan masa bercinta
sebenarnya. Sedar tak, thing are more beautiful when you haven’t declare yet.
The moment when you secretly stalking at him and scream in a little pitch
because he looks so cute. The moment where you wish, he will suddenly look at
you. And, the moment where you said you will appreciate him. You won’t be like
all his previous.
You can even smile walaupun hanya see his back. Keep on
smiling and wishing he was yours. No fight, no dramas. Its only you who
tolerate the feeling and the lovestory. Bila nampak dia berjalan dengan
perempuan lain, muka kau berubah jadi rojak. Rojak busuk. Cemburu punya pasal,
padahal kau berangan sorang-sorang je. Hari tu, mood kau cloudy habis. But, when
you see his eyes your face suddenly rainbow-ish. Love take hostage. Easy kan
kalau kita boleh bercinta macam ni.
Apa yang dia suka, semua nampak awesome di mata kau.
Ok,
entah macam mana you guys texting. Cakap pasal kelas je pun, kau still baca
text dia berulang-ulang kali.
“Esk ada kelas
Chemist - Rafi”
“Ah yeke,
thanks J”
“K.”
Kau dok ulang baca mesej dia, padahal cakap benda tu je pon.
Kalau orang lain bagi “K” kau marah, dia takpe pulak haish. That what hearts
do, what feeling want. Suatu rasa gembira dan ada nilai ikhlas dan jujur. Tak
perlu sebarang ungkapan cinta jiwang-jiwang atau hadiah mahal-mahal.
Bila mula
ada interaksi antara kau dengan dia. Dia
bagi kertas kat semua classmate kau and kau sekali, kau cium bau kertas tu
sebab tangan dia dah pegang kertas tu. Entah kalau tangan dia masa tu korek
hidung kau bukannya tahu. Tapi kalau kau tahu, kau peduli apa.
Terus membayangkan kisah kau and dia. Buat jalan cerita
kisah cinta korang dalam drawing block. Gila. Takdir Tuhan tu cantik, sentiasa
beri kejutan. What is not meant to be will never meant be. Dia berjalan ke arah
kau. Kau pura-pura tak nampak dia, hati kau dah nak melompat keluar menyorok
bawah kerusi.
Eh, Amira
kan?
Manisnya dia
senyum.
Ah saya, ada
apa?
Gelabah
Jemput
datang ke majlis perkahwinan saya hujung minggu ni, kecik-kecik je
Heh?
Datang ya?
*dia buat muka
simpati, dia pandang mata*
Terdiam. Eh, kau kata tadi bercinta sorang-sorang kan
lebih indah. Hmm, yeke?
Bakar hati
Aku mahu teruskan bebelan aku dari isu Tunggu.
Jadi apa yang kau pilih? Sudah mula buka mata dan melihat kiri dan kanan? Sudah mula move on dari menunggu buta? Kalau ya, aku doakan yang terbaik untuk anda. Tapi bagi yang pilih mahu tunggu? Aku sarankan sila stand-by tuala basah di tepi, aku bakal tembak peluru pedas dan panas. Kain kapan putih sekali, mana lah tahu nanti ada yang sentap sampai terhenti nadi.
Pusing tepi atas bawah punya sembang pun takde guna kan. Jadi, kau ambil keputusan untuk terus menunggu. Okay, okay. Itu hak masing-masing. Tunggu pun best juga. Best makan nasi dengan hati setiap hari. Kenyang dengan perasaan harapan nyawa-nyawa ikan. Best tu, sambil menangis pukul 3 pagi, kau bayang kau macam dalam movie The Adjustment Bureau, willing to wait and go against everything for love. Ececeh, so dramatik. So sweet.
Tapi kau perasan something tak?
Dalam kelam kabut kau tunggu dan kejar crush kau tu, ada manusia ni yang setia tegur kau, cakap hi. Ucap selamat pagi, tanya how was your day? Bila kau hitung hari dan hafal jadual exam crush kau sebab nak cakap good luck punya pasal, dia ni yang pesan kat kau jangan study hard sangat masa exam, tidurlah awal, katanya. Tapi bila dia text, kau reply acuh tak acuh. Bila dia Whatsapp, kau sanggup guna WeChat sebab taknak kantoi last seen punya pasal. Kemain.
Dia baik, take care pasal kau. Mungkin kurang handsome/cantik dari yang kau minat tu. Mungkin tak kaya mana, mungkin berperangai awkward. Tapi mak aku pesan, lebih baik pilih orang yang sayang kita dari orang yang kita melebih-lebih sayang.
" Tapi dah tak sayang, nak buat cemana. Tak boleh, tak ada feeling langsung. Takkan nak tipu pulak. " Jangan tipu aku, masa kau baca apa aku tulis tadi, tu alasan yang kau kata dalam otak, kan? Kihkihkih.
Oh, habistu kau tak fikir pulak, mungkin tu la sebabnya crush kau pun tak ambil peduli pasal kau? Tak sedar? Masih buta? Kau sibuk menangis, kenapa lah si crush kau tu suka lelaki/perempuan lain padahal kau dah bertungkus-lumus usaha mengorat, kau ingat semua tarikh hari jadi dia, mak dia, atuk dia, semua tarikh la senang cerita. Kau rasa kau deserve to be with him. Hehehe meh sini aku nak ulang balik ayat kau. Kan dah dia takde perasaan kat kau? Nak buat cemana, kan?
Jadi lepas ni, mungkin ada yang rasa insaf sikit dan mula mahu nak appreciate dia yang ada depan mata. Mungkin la, kalau kau pesen yang keras hati sangat nak buat cemana. Tapi masa tu Tuhan nak tunjuk langit tinggi rendah, dia tiba-tiba berubah. Kalau dulu celik mata je dah ada ucapan selamat pagi dari dia, sekarang dah takde. Kalau dulu dia sanggup sabar dengar kau cerita dan merengek pasal lapar la, benda benda bodoh dalam hidup kau tu, sekarang dia beri alasan busy, mengantuk, ataupun reply pendek-pendek. Kalau dulu kat Twitter atau Facebook, pantang nampak kau meroyan sikit, dia dah tanya what's wrong. Sekarang? Dah takde.
" Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. " Tahniah!
Apa yang kau rasa sekarang? Marah? Kecewa? Pernah kau fikir dia resah tengok last seen Whatsapp kau? Pernah kau fikir harapan sebu dah nak basi dalam hati dia tunggu kau reply text? Bayangkan perasaan dia bila dia call pastu kau sembang acuh tak acuh, kalau lagi kejam, terus reject call. Tapi bila kau bosan, kau cari dia. Kau nak dia pay attention kat kau. Main tarik tali dengan perasaan dia.
Kau nak tuduh dia tak ikhlas la sekarang? Kau nak cakap dia cuba sekerat jalan? Tak cuba sehabis yang mungkin nak mengorat kau? Cik abang, cik akak sekalian , ayat tu cantik sikit. Kau pernah fikir malu yang dia tanggung? Dia tetap call kau, text kau, ambil berat pasal kau pastu kau buat bodoh. Malu kot. Bila orang yang suka kau tu decides to walk away, mungkin bukan sebab dia dah ada crush lain pun. Mungkin lelah semput dia kejar kau dah sampai tahap maksima. Kau bukan pernah pun kisah pasal rasa celaru perasaan dia kan? Pernah tak fikir?
Ini adalah pembalasan paling mantap. Jadi bila dia klik unfollow, buang nombor kau dari contact list, delete dari WeChat dan Whatsapp, dan kau kata fuck you, well then fuck you too. You never appreciate him/her before. So why now? Dah pergi sana jauh jauh menangis tak berlagu.
Tuesday, 2 July 2013
Benda Yang Sering Dilakukan Bersama Ketika Couple
Ohai! Lama betul aku tak update dekat sini.
Selepas hampir 2 bulan tidak mengupdate apa-apa entri di sini. Kesibukan di tempat kerja dan hidupan harian, juga beberapa isu kekeluargaan yang perlu aku selesaikan membuatkan idea aku mati dan mood untuk mengetuk keyboard laptop sudah terpadam.
Apa khabar semua para pencinta? Sihat? Sudah makan? Sudah gosok gigi pagi tadi? Tipu! Gigi tu kuning, lagi nak menipu dah gosok gigi.
Okay. Intro panjang-panjang, bukannya korang baca pun.
Hari ini aku mahu menyentuh tentang benda-benda yang sering dilakukan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta.
Bila manusia jatuh cinta, mereka ingin melakukan aktiviti yang melibatkan kedua-dua pihak. Ya lah, melakukan hubungan seks pun perlu melibatkan kedua-dua pihak jugakan? Kalau melibatkan sebelah pihak sahaja, itu namanya onani.
Melakukan aktiviti bersama kadangkala boleh menambahkan keutuhan perhubungan, dan kadangkala tidak baik untuk kesihatan hubungan tersebut.
Jadi, mari kita lihat antara aktiviti yang selalu dibuat bersama oleh pasangan-pasangan bercinta.
Pakai Couple T-Shirt
Rasanya kamu tahukan apa itu Couple T-Shirt? Ada 2 jenis Couple T-Shirt. Yang pertama, t-shirt yang mempunyai design yang sama. Yang kedua, t-shirt yang mempunyai corak yang bercantum antara 2 t-shirt. Kalau kamu pakai dan jalan sama-sama, nampaklah corak yang bercantum itu. Ala... Yang selalu Levi's keluarkan tu.
Mungkin zaman sekarang, pakai Couple T-Shirt bukanlah menjadi satu trend. Trend ini menaik masa zaman aku study dahulu. Tapi masih ada lagi pasangan yang masih memakai Couple T-Shirt ini. Cute ape?
Pakai Couple T-Shirt ini nampak simple dan tak membawa apa-apa pengertian, tetapi mempunyai unsur romantik tanpa sedar.
Pasangan digalakan membuat perkara ini tetapi janganlah tiap kali kamu date, kamu nak kena pakai Couple T-Shirt pula kerana ia boleh menjadi agak mengjengkelkan juga.
Pakai Couple T-Shirt bukan sahaja boleh menunjukkan keromantikan pasangan tersebut. Tetapi juga memberitahu semua orang bahawa "Orang yang pakai baju sama dengan aku ni balak/makwe aku! Tolong jangan berani nak tackle!"
Kerap Keluar Makan Bersama-sama
Walaupun kamu belajar di kelas yang berlainan, walaupun kamu bekerja di tempat yang lain, kamu tetap makan sarapan, makan tengahari dan minum petang bersama.
Makan bersama boleh menambahkan keakraban hubungan sesama pasangan. Tapi sebenarnya, ada sebab lain kenapa aktiviti ini dilakukan.
Antara sebabnya ialah untuk mengawal nafsu makan pasangan masing-masing. Si wanita risau perut si lelaki sudah seperti bentuk lelaki yang sudah 15 tahun berkahwin dan si lelaki risau dengan si wanita yang pada mulanya boleh memakai baju adiknya, kini mampu memakai baju ayahnya.
Tetapi aktiviti ini perlulah ada give and take. Janganlah suruh si lelaki sahaja yang terpaksa bayar setiap kali makan. Botak teman lelaki kamu tu. Lagipun, nanti makin lambatlah kamu nak berkahwin sebab duit si lelaki tak cukup-cukup.
Memilih Lagu Couple
Lagu couple adalah lagu cinta yang dipilih untuk setiap pasangan. Ada beberapa kreteria yang menyebabkan sesebuah lagu dipilih menjadi lagu couple (1) Lagu tersebut merupakan lagu kegemaran kedua-dua mereka (2) Lagu tersebut mempunyai pengaruh kepada hubungan mereka (3) lagu tersebut mengingatkan mereka kepada suatu memori indah dalam hubungan mereka, contoh: Lagu tersebut berkumandang semasa first date (4) Lagu tersebut tengah popular semasa mereka bercouple (4) Lagu tersebut merupakan lagu tema bagi sebuah drama atau filem, yang mana couple tersebut berangan kononnya kisah hidup mereka seakan sama dengan story line drama atau filem tersebut.
Sebagai contoh, kawan aku Azmen (Mungkin bukan nama sebenar.... Mungkin) dan aweknya (kini isterinya) memilih lagu Stand Inside Your Love nyanyian Smashing Pumpkin. Eh? Ke lagu Whatsername nyanyian Green day? Aku lupalah pulak yang mana satu.
Memilih lagu couple memang satu perkara yang simple, tapi romantik. Tapi ada juga keburukannya. Kalau hubungan tidak berterusan, putus di tengah jalan, maka secara automatik lagu tersebut akan menghantui diri sepanjang hidup.
Kalau putus secara baik, mungkin tiada effect sangat. Tapi kalau kena putus secara tak baik (Kena kikis dengan awek lepas tu terus blah, balak mengandungkan kamu lepas tu hilang entah ke mana) pasti sakit jiwa kalau mendengar balik lagu couple tersebut.
Dan kalau pasangan tersebut meninggal dunia, setiap kali terdengar lagu couple tersebut, pasti meleleh air mata. Teringat kenangan silam masa dia masih hidup. Oh... Syahdunya. (Layan lagu Tiada Lagi Kidungmu untuk mendapatkan feel sedih).
Dan kalau boleh, sorokkanlah tajuk lagu couple tersebut dari kawan-kawan anda. Kelak bakal mengundang padah.
Sebagai contoh, kawan aku yang tinggal di rumah sewa semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dahulu. Sibuk menyanyikan lagu couple tiap-tiap hari. Buka mp3 lagu tersebut kuat-kuat sampai semua housemate dah rasa annoying mendengar lagu tersebut.
Sebaik sahaja putus, kawan-kawan, termasuk aku, terus menganjing kaw-kaw punya. Kami semua menyanyikan lagu tersebut kuat-kuat. Tapi jangan risau, kami buat benda tu pun selepas dia sudah move on dari perpisahan tersebut. Jadi kami rasa, dia tak terasa hati pun dengan perbuatan kami... Mungkin.
Tidak Merahsiakan Password Kamu
Ini juga perkara lazim. Kononnya cinta punya pasal, segala password boleh dikongsi bersama. Dari password Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Foursquare, kad ATM duit PTPTN dan lain-lain lagi, semuanya dikongsikan.
Kalau mak ayah tanya password kad ATM, kemain lagi kamu mengamuk tak mahu bagi. Kononnya "Saya dah besar la mak, abah. Saya boleh jaga duit saya". Tapi kalau makwe mintak "Ambiklah password ni. Kalau nak ambik duit sekali pun, saya tak kisah."
Aku pernah menulis sebuah cerpen dalam entri di Terfaktab terdahulu tentang fenomena berkongsi password ini. Kamu boleh refresh ingatan kamu dengan membaca entri tersebut di sini.
Tukar Sim Card
Perkara ini agak popular dilakukan semasa zaman aku study dahulu. Tapi aku tak pasti samada method ini masih dilakukan oleh adik-adik indie & hipster zaman sekarang. Kawan-kawan aku ramai betul yang terjebak dalam permainan penukaran sim card ini. Aku? Tidak sama sekali.
Penukaran sim card dilakukan untuk memastikan pasangan masing-masing tidak curang sesama sendiri. Pasangan masing-masing dapatlah tahu siapa yang ada dalam senarai phone book pasangan mereka dan tahu siapa yang kerap menelefon pasangan mereka setiap hari.
Bagi aku, ini merupakan satu perkara tidak bijak. macam apa yang terjadi pada kawan-kawan aku. Bila emak bapak masing-masing call, mereka mesti pelik kenapa anak mereka berubah jantina.
Kes yang terjadi pada kawan aku, dia tukar sim card dengan aweknya. Bila emak dia call, terkejut beruk emak dia mendengar suara perempuan yang menjawab telefon. Emaknya fikir yang bukan-bukan, kononnya anaknya sudah bawa perempuan balik ke rumah sewanya. Menangislah emaknya mengadu pada ayah yang anaknya dah membuat kemungkaran. Terus haru biru dibuatnya.
Tukar sim card sebenarnya idea gila. Selain bakal menerima makian dari mak bapak sendiri dan mak bapak kekasih kamu, kamu juga bakal menerima makian tambahan dari kawan-kawan yang galak mahu mengajak kamu bermain futsal dan kawan-kawan yang ajak buat slumber party/sleepover.
Lagipun, kepercayaan adalah kunci perhubungan. Kalau kamu tukar sim card kerana tidak percayakan pasangan kamu, baik tak payah bercinta.
==========
Cukup sampai di sini dahulu. Aku sudah malas nak taip panjang-panjang. Sebenarnya ada banyak lagi benda aku mahu tulis tapi perasaan malas berjaya merajai hati aku. Lain kalilah aku sambung lagi... Mungkin.
P/S: Aktiviti bersama boleh mengeratkan perhubungan, dan juga boleh menjahanamkan perhubungan. Pastikan kamu memilih aktiviti yang betul untuk memastikan hubungan kamu berterusan sehingga ke jinjang pelamin.
Subscribe to:
Comments (Atom)



