Wednesday, 3 July 2013

Bakar hati

Aku mahu teruskan bebelan aku dari isu Tunggu.

Jadi apa yang kau pilih? Sudah mula buka mata dan melihat kiri dan kanan? Sudah mula move on dari menunggu buta? Kalau ya, aku doakan yang terbaik untuk anda. Tapi bagi yang pilih mahu tunggu? Aku sarankan sila stand-by tuala basah di tepi, aku bakal tembak peluru pedas dan panas. Kain kapan putih sekali, mana lah tahu nanti ada yang sentap sampai terhenti nadi. 

Pusing tepi atas bawah punya sembang pun takde guna kan. Jadi, kau ambil keputusan untuk terus menunggu. Okay, okay. Itu hak masing-masing. Tunggu pun best juga. Best makan nasi dengan hati setiap hari. Kenyang dengan perasaan harapan nyawa-nyawa ikan.  Best tu, sambil menangis pukul 3 pagi, kau bayang kau macam dalam movie The Adjustment Bureau, willing to wait and go against everything for love. Ececeh, so dramatik. So sweet.

Tapi kau perasan something tak?

Dalam kelam kabut kau tunggu dan kejar crush kau tu, ada manusia ni yang setia tegur kau, cakap hi. Ucap selamat pagi, tanya how was your day? Bila kau hitung hari dan hafal jadual exam crush kau sebab nak cakap good luck punya pasal, dia ni yang pesan kat kau jangan study hard sangat masa exam, tidurlah awal, katanya. Tapi bila dia text, kau reply acuh tak acuh. Bila dia Whatsapp, kau sanggup guna WeChat sebab taknak kantoi last seen punya pasal. Kemain.

Dia baik, take care pasal kau. Mungkin kurang handsome/cantik dari yang kau minat tu. Mungkin tak kaya mana, mungkin berperangai awkward. Tapi mak aku pesan, lebih baik pilih orang yang sayang kita dari orang yang kita melebih-lebih sayang.

" Tapi dah tak sayang, nak buat cemana. Tak boleh, tak ada feeling langsung. Takkan nak tipu pulak. " Jangan tipu aku, masa kau baca apa aku tulis tadi, tu alasan yang kau kata dalam otak, kan? Kihkihkih. 

Oh, habistu kau tak fikir pulak, mungkin tu la sebabnya crush kau pun tak ambil peduli pasal kau? Tak sedar? Masih buta? Kau sibuk menangis, kenapa lah si crush kau tu suka lelaki/perempuan lain padahal kau dah bertungkus-lumus usaha mengorat, kau ingat semua tarikh hari jadi dia, mak dia, atuk dia, semua tarikh la senang cerita. Kau rasa kau deserve to be with him. Hehehe meh sini aku nak ulang balik ayat kau. Kan dah dia takde perasaan kat kau? Nak buat cemana, kan?



Jadi lepas ni, mungkin ada yang rasa insaf sikit dan mula mahu nak appreciate dia yang ada depan mata. Mungkin la, kalau kau pesen yang keras hati sangat nak buat cemana. Tapi masa tu Tuhan nak tunjuk langit tinggi rendah, dia tiba-tiba berubah. Kalau dulu celik mata je dah ada ucapan selamat pagi dari dia, sekarang dah takde. Kalau dulu dia sanggup sabar dengar kau cerita dan merengek pasal lapar la, benda benda bodoh dalam hidup kau tu, sekarang dia beri alasan busy, mengantuk, ataupun reply pendek-pendek. Kalau dulu kat Twitter atau Facebook, pantang nampak kau meroyan sikit, dia dah tanya what's wrong. Sekarang? Dah takde.

" Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. " Tahniah! 

Apa yang kau rasa sekarang? Marah? Kecewa? Pernah kau fikir dia resah tengok last seen Whatsapp kau? Pernah kau fikir harapan sebu dah nak basi dalam hati dia tunggu kau reply text? Bayangkan perasaan dia bila dia call pastu kau sembang acuh tak acuh, kalau lagi kejam, terus reject call. Tapi bila kau bosan, kau cari dia. Kau nak dia pay attention kat kau. Main tarik tali dengan perasaan dia.

Kau nak tuduh dia tak ikhlas la sekarang? Kau nak cakap dia cuba sekerat jalan? Tak cuba sehabis yang mungkin nak mengorat kau? Cik abang, cik akak sekalian , ayat tu cantik sikit. Kau pernah fikir malu yang dia tanggung? Dia tetap call kau, text kau, ambil berat pasal kau pastu kau buat bodoh. Malu kot. Bila orang yang suka kau tu decides to walk away, mungkin bukan sebab dia dah ada crush lain pun. Mungkin lelah semput dia kejar kau dah sampai tahap maksima. Kau bukan pernah pun kisah pasal rasa celaru perasaan dia kan? Pernah tak fikir?

Ini adalah pembalasan paling mantap. Jadi bila dia klik unfollow, buang nombor kau dari contact list, delete dari WeChat dan Whatsapp, dan kau kata fuck you, well then fuck you too. You never appreciate him/her before. So why now? Dah pergi sana jauh jauh menangis tak berlagu.


10 comments:

Nur Azila Ismail said...

betul, kadang tak nampak org yang ada depan kita sbb sibuk kejar yg tak pernah hargai kita..:')

Unknown said...

Artikel ni kena batang hidung gak.
Dalam proses menunggu nak rujuk balik tu, ada mamat yang usha2 and dia gak patah hati sebelum usha gua.

tapi dia tak pernah nak menyerah.
Dah lepas 6 bulan berlalu. Tengok2 ex dah declare ngan minah lain. That time baru perasan "buat apa tunggu kalau orang dah buang dan tanak kita"

So, I just rebound relay dengan dia. Alhamdulillah until now. kitaorang masih lagi sama2. *Bahagia*

Judh said...

Tahniah * tepuk bahu sendiri

Pencinta Seni said...

perghhh...aku terasa..ermm...padan muka aku kan...haih...huhu..

Tears Of The Mask! said...

Tapi kalau jadi 'orang yg depan mata' tu macam mana pulak? Lagi faktab kot sebab diperlakukan sebegitu.

Unknown said...

Terbaekkkk.

N.A.L. said...

Tahniah pada diri sebab terasa macam makan cili paling pedas di dunia khayalan.. Dishhh! Kena setempek pada hati yang luka pedih.. Haha

Anonymous said...

susah la kalaui cinta bertepuk sebelah tangan ni...ermmmmm

Sepatu Jalanan said...

damn

Unknown said...

Adoiiiii... terasa pipi ditampar kiri kanan