Thursday, 18 July 2013

Love thyself

Kau, aku rasa kau kena belajar sayang diri kau dulu. Mesti kau bengang kata aku tak faham, tak rasa apa yang kau rasa. Aku tau, benda ni klise gila memang line wajib dalam movie chick flick yang memang buat kau rasa nak roll eyes lagi-lagi bila yang cakap tu heroin yang pakai dress pink tapi please, please, please love yourself before anyone else.


Kenapa, kau tanya? Kenapa, ikut suka hatilah aku nak sayang dia sampai separuh mati, kau kata? Okay let’s see, kau bagi masa, usaha, tenaga, even duit untuk dia tapi aku nak tanya kau worth it ke semua ni? In the end kau ada dapat balasan apa-apa tak? Ada dia cakap terima kasih? Oh, kau kata balasan tak penting, yang penting dia happy. Habis kau? Kau, kau rasa kau happy tak? Kau tak rasa penat ke kau je yang memberi?  Cuba kau duduk, fikir dalam-dalam. Kau, kau sanggup je terjun laut kalau dia jatuh, you jump I jump, tapi kau fikir balik dia, dia nak ke terjun untuk kau?

Kau pernah dengar Grenade kan? Bruno Mars kata “I'd catch a grenade for you, throw my hand on a blade for you, I'd jump in front of a train for you, you know I'd do anything for you.” Kau tak rasa tu macam diri kau ke? Kau selalu dengar kan lagu ni, kau tau kan the whole story of lagu ni? Perempuan dalam lagu ni, even lepas dapat everything pun masih nak, nak, nak lagi. Dan Bruno pun bagi, bagi, bagi. Dan pengakhiran lagu ni bukannya happy ending, Bruno tau yang dia “wouldn’t do the same”. Sebenarnya kau pun tau kan? Yang benda ni one sided, kau je yang memberi and at last kau yang left with nothing but dust and heartache sebab dia dah ambil semua.

Tanya diri kau balik, berbaloi ke kau buat semua benda ni? Dia lagi suka kat kau ke lepas kau buat semua tu? Ke dia lagi gunakan kau mintak tu mintak ni? Is all that worth it? Kau happy ke macam ni, dalam masa 5 years lagi kau nak ke kau je yang still member? Lagi teruk kalau sebenarnya korang tak ada attachment pun, macam korang tak officially together pun. Apa je yang kau cuba nak buat ni? Kalau aku boleh, aku memang nak tarik bahu kau nak goncang kuat-kuat bagi kau sedar.

Kau tengok diri kau kat cermin, please jaga reflection yang kat cermin tu. Asyik jaga hati orang je, hati sendiri? Asyik bagi macam-macam kat orang je, diri sendiri? Kesian kat diri kau tu, jaga sikit dia. Kalau orang lain boleh touching kalau kau tak bagi apa yang diorang nak, kau ingat diri kau sendiri tak sedih?

Macamni, apa kata kau manjakan diri kau pulak, pergi buat facial ke kalau duit dah bagi kat dia semua buat sendiri kat rumah pun boleh tempek timun dengan tomato kat muka; buat manicure; pergi shopping untuk diri kau pulak – anything, absolutely anything that will make you happy. And lepas tu aku harap, kau akan lebih sayang diri kau dan kau akan sedar that, no he’s not worth all the troubles because he didn’t give you any in return and masa tu aku harap kau akan jumpa the one yang akan jaga kau more than anything in the world.




Because aku nak kau tau yang you’re worth it. Lantaklah kau tergelak sebab aku curi tagline Loreal ke apa tapi seriously you’re worth too much to put up with this shit. So please, please, please, aku merayu sayang diri kau tu.

2 comments:

Ais ketoi said...

jaga hati sendiri dulu sebelum jaga hati orang lain

Eyka said...

tengah belajar untuk protect hati sendiri..wish me luck :)